Update : 07 Oktober 2011

Intipati /Isi Pembentangan Bajet 2012

.

Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

 

– Sumber : Malaysiakini.com

____________________________________________________________________________

Salam, Pembentangan Bajet 2012 ini akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober, 2011, oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Pastinya ramai kakitangan awam yang menantikan Pembentangan Bajet 2012 ini dan mengharapkan ada kejutan buat mereka seperti bonus lumayan ataupun kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan awam. Apa pun sama-sama kita nantikan siaran langsung pembentangan bajet 2011 aka Belanjawan 2012  ini nanti.

pembentangan bajet 2012

Gambar : Mynewshub.my

Bajet 2012 ini memberikan tumpuan kepada pengurusan kos sara hidup rakyat untuk mengurangkan bebanan rakyat bersesuaian dengan slogan “Rakyat Didahulikan Pencapaian Diutamakan”, dan pada masa yang sama menguruskan perkembangan ekonomi negara (Transformasi Ekonomi), dan suka saya memetik update entry dari seorang rakan blogger yang mencadangkan dalam Budget Malaysia 2011 cadangan dari Blogger di blog beliau, yang mana beliau telah mencadangkan agar “Meningkatkan Gaji Minimum” untuk mengurangkan pergantugan kepada pekerja asing, ini satu cadangan yang baik buat semua rakyat Malaysia.

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

– Jadi apa harapan anda dalam bajet 2011 ini?, jom share ^_____^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

47 thoughts on “Pembentangan Bajet 2012”
  1. mari tukar kerajaan, kerana mereka lupa kami adalah majoriti pengundi, rakyat di mata BN adalah penjawat awam dan bukannya satu malaysia. kakitangan kerajaan boleh menikmati kenaikan gaji, golongan muda pekerja swasta tertindas!! ini tidak adil!! kerana kami jutaan pekerja swasta masih tertindas dan penat lelah kami membayar cukai untuk kenaikan gaji pekerja awam dan mengisi poket kerajaan. sedangkan kami penyumbang ekonomi negara. demi keluarga pekerja swasta harus berani melakukan perubahan. kerana kami pekerja swasta bukan rakyat malaysia tapi penjawat awam!! kerajaan kini bukan harapan lagi.

    1. @private sector, yaa saya sokong jom ayuh kita tukar kerajaan…
      apa yang diutarakan adalah betul dan tepat sekali. Kami pekerja swasta dianak tirikan, seolah2 kami ni tak pernah wujud dimata kerajaan. Pembelaan keatas kami langsung tidak ada, tanpa sumbangan kami pastinya Malaysia tidak akan maju dan mencapai kemakmuran ke tahap sekarang. Inikah yang dikatakan kerajaan satu Malaysia …. tanpa kami jangan harap parti barisan nasional akan menang …. Sara hidup kami kakitangan swasta pun sama dengan kakitangan kerajaan … buat pihak kerajaan yang berwajib yang konon2nya rakyat diutamakan fikir2kanlah jangan fikir periuk nasi sendiri jer ….

    2. @private sector,
      relaksla bro,tahun lepas kakitangan awam yang nganga,takde langsung tuk kakitangan awam,sume tuk swasta sampai diumumkan gaji minimumkan… jangan lupa bro…. swasta biasanya dapat bonus dasyat-dasyat bro. lagipn gaji tue selagi tak dapat kita tak tahu berapa lagi. takut2 indah kata dari kata@lembur gigi dari lidah….

  2. saya harap bg kakitangan kerajaan(PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17)…akan d naikkan basic sebanyak 20-30%…..atau pun d naikkan gred ke 19 atau pun 29….:)

    1. @Errol89, apa2 pun marila kita berdoa agar apa yang d bentangkan oleh PM kita, akan membawa kesenangan kepada kaitangan kerajaan dan swasta…PM BOLEH!!!! MALAYSIA BOLEH!!!! 1 MALAYSIA….:)

    1. @anjung maya, kalau buat had gaji minimum camtu..masalah jgk kepada yang berjinak2 nak jadi tauke..kos tinggi untuk bisnes…nanti ramai majikan akan kurangkan pekerja sebab nak kurangkan kos operasi. susah gak tu kalau di pihak majikan.

  3. Saya mengharapkan cukai kereta hibrid dimansuhkan supaya lebih ramai mampu miliknya dan penurunan cukai Superbike. Sebagai pekerja swasta saya mahu penurunan kadar cukai maklumlah penjawat awam naik jagi kami pula kena menerima akibat kenaikan harga barang sebab gaji tidak naik.

  4. harapan setinggi gunung.. harap apa yang kakitangan awam dapat nanti.. kami di swasta juga dapat menikmati juga.. bukan apa kak yan..setiap kali baget je semua macam memihak pada kakitangan awam je.. kita yang kakitangan swasta dan yang koje sendiri macam jadi penonton je masa pembentangan tu..

    Hope tahun ni sama-sama dapat.. sama-sama rasa.. tak gitu kak yan
    myvitrd recently posted..Borong Barang Baby Di IPC Shopping Center | Siapa Bakal Jadi Ayah Dan Ibu Wajib TerjahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge