Salam, wah nampaknya pengacara nona akan bertukar lagi, terus terang saya katakan disini, sejak bermula tahun ini boleh dikira dengan jari berapa kali saya menonton rancangan nona yang sebelum ini sememangnya saya gemari. Dan bagi tahun depan Pengacara Nona TV3 yang baru bakal dihostkan oleh Fara Fauzana dan Neelofa.

rancangan nonaHarapnya hasil gandingan dari mereka berdua, rancangan nona ini dapat menarik semula minat saya untuk menyaksikannya.

Fara Fauzana

Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya kita akan menukar pengacara Nona setiap tahun dan tidak terkecuali Vanidah.

“Pemilihan Fara dan Neelofa adalah berdasarkan kepada karakter dan personaliti mereka yang berbeza daripada pengacara sebelum ini.

“Kami yakin dengan pemilihan mereka berdua akan memberikan nafas baru kepada program Nona,”

– Mstar.com.my

– Nak letak gambar Neelofa tapi seksilah pulak -..-“