Salam, ingat tak hari tu saya ada entry pasal Luka Di Mulut Haziq?, syukur alhamdulillah luka kat mulut haziq tu dah beransur sembuh, saya sapukan vaseline kat mulut dan bahagian bibirnya.
Alhamdulillah haziq dah boleh senyum dan boleh buka mulut leluas ^___^
memang elok Vaseline nie, bolehlah saya amalkan untuk kegunaan harian. Vaselin nie digunakan untuk melegakan ketidakselesaan pada kulit, melembut dan melicinkan kulit dan selain itu boleh dijadikan sebagai pelembap bibir dan ianya juga boleh digunakan pada kulit bayi sebagai pelembap kulit.
100% Pure Petroleum Jelly
Murah je, tak mahal mana pun, tapi saya amik botol kecil, insyaallah lepas nie nak beli yang botol besar sebab tengok ianya serasi dengan anak-anak, now memang guna untuk harian.
– Terima kasih pada kawan-kawan yang mencadangkan Vaseline ini, memang terbaik ^____^
sesuai ke letak kt mulut? xbahaya eh?
memang boleh letak kat mulut sebagai pelembab bibir, untuk kegunaan luar sahaja, jangan makan, jilat atau telan haha
akan datang tau la saya kalau ada yang sakit mulut macam haziq ni…
lepas ni mesti aktif semula dia makan 😀
alhamdulilah,haziq dah sihat..
Alhamduliilah…berkesan vaselin tu….kalau kulit2 kering memang elok sapu kak..
senyumlah ahaii haziq comell. hahah
hihihi haziq kata makasih abang comel 😀
hahaha. samasama
ini adalah ubat yg paling penting each time pergi travel. kalau tak ada, boleh menangis,ok tipu tang menangis tuh.hehehehehe
akak baru tau pasal kehebatan Vaseline nie hehehe, nanti kalau takde pun boleh nangis gak nie, HAHAHAHA
Heh,dahsyat kening tu.Tajam.
Ikut kening ayahnya 😀
vaseline. err yg iklan TV tu vaseline la kan? guna kat mulut pun boleh ye.
kak yan, saya ada mention kak yan sebagai blogger yang menjana ribuan angka sebulan dari blog, harap kak yan tak kisah 🙂
ha’ah iklan Vaseline ada kat dalam TV tu.
wah ribuan angka tu, gigil nak baca nanti ehehe, okeh sekarang akak terjah 😀
Kegunaan luaran sahaja kan?
Ye betul untuk kegunaan luaran sahaja *tetiba rasa macam doktor pula*
boleh cuba ni..anak sy pun pg td mengadu sakit mulut..ada sket luka kat mulutnya..cemana tah leh luka..sy takut nak buh cream biasa tu takut racun masuk mulut sbb dekat nga mulut kan..budak2 tahu la cemana kan..
oh samalah kita pun takut buh kat mulut sebab takut ada racun, tapi vaseline nie jangan risau, memang boleh letak kat bibir, untuk kegunaan luaran aje tau, jangan bagi makan pulak, hehehe
Semoga Haziq akan bertambah sembuh .. (“,)
Makasih, amin, terima kasih doa buat haziq 😀
bak kata tok abah ‘TERBAIK’ den cumo guno minyak gamat yo kek umoh
layan BoboiBoy gak ke? heehehe
minyak gamat ok, tapi tak pernah pulak sapu kat bibir lagi 😀
alhamdulillah..dah sembuh pun..
Syukur, lega sangat, dia dah boleh makan macam2 😀
saya guna vaseline ni kat tmpat kerja.. hihi
hehe kat rumah tak pakai ke? specialnya tempat kerja tu 😀
ok boleh ler rembat satu , bibir anak bee yg sulung tu selalu merekah ..
Cubalah Bee, testimoni dari akak memang berkesan, bibir aiman ngan haziq tak merekah dah, sebelum nie memang merekah even diorang banyak minum air, yelah air pun banyak minum milo je dari air kosong ehehe.
Alhamdulillah mulut haziq takde luka dah, dalam proses penyembuhan :), akak sapu vaseline tu je.
Vaseline Memang Terbaik! http://t.co/SIjD260g (via @yanmie)