Salam, nak cerita pasal Vegetables Party Little Caliphs Bandar Puteri Klang, hari tu sepatutnya Aiman kena bawa sayur-sayuran ke tadika, tapi disebabkan blur tak tahu nak bagi sayur-sayuran apa, so bagi 1 plastik goodies untuk Aiman berikan kat Teacher dia.
Balik-balik rumah tu Aiman mengamuk sebab kenapa tak bawa sayur-sayuran, kawan-kawan semua bawa sayur-sayuran katanya hehehe okeh dear next time ibu tau dah bawa sayur apa ^_______^.
Vegetables Party ini bertujuan mengajar anak-anak kecil ini untuk mengenal nama sayuran, rupa bentuk sayuran serta rasa sayuran (saya agak je, hehehe).
Sebenarnya saya suka dengan aktivi seperti ini, budak-budak dapat mengenal sayuran berserta rasa, disamping aktivi yang bagi saya sangat menyeronokkan bagi mereka.
Hari tu semasa Aiman balik tadika, Aiman cerita tentang Vegetables Party ini, aiman bagitahu dia makan sayur-sayuran kat sekolah, pedahal tak rumah dia langsung tak makan sayur-sayuran, tapi berkat dari Vegetables Party ini, Aiman dah mula makan sayur-sayuran, yang bestnya Aiman siap cakap “kena makan sayur-sayuran, yang berkhasiat” hehe alhamdulillah. kalau tak dulu jenuh nak asingkan sayur dalam nasi goreng HAHAHAHA, kini tidak lagi, Thanks Teachers TLC ^_____^
Gambar sumber : Facebook Tadika Little Caliphs Bandar Puteri Klang
Salam. Saya jumpa blog ni masa google pasal kindy bandar puteri klang. Boleh tak nak mintak email? Nak tanya soalan. Saya ada anak 4 tahun. Tengh survey school baru sb kami InsyaAllah akan pindah 3-4 bulan lagi. Thanks. Wafaa
wah…bagus la program macam ni.boleh usulkan untuk sekolah saya pulak nanti 🙂
hoho..ini memang bagus punya aktiviti..
wah bagus sangat idea taska tuu…sekurang2 mahu kuga bdk makan sayur yela…bila cikgu2 suruh depa makan jer…:)
mempelbagai akitiviti sekolah ni memang menarik dan seronok bagi kanak2 terutama di peringkat awal pendidikan kanak2..semoga sukses sllu utk aiman..
Bagus la aktiviti tadika anak akak ni… Nampak menarik. Memang patut pun aktiviti macam ni dilakukan pada budak-budak. Kalau tak memang semakin ramai la budak-budak yang liat nak makan sayurkan. Mesti kentang tu yang paling laku budak-budak tu makan kan..
ha’ah betul tu mendidik anak-anak kecil supaya makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, kalau baca kat fb tadika tu kalau tak silap, fries tu yang paling laku budak-budak tu makan 😀
Kalau dah besar, memang dah tak boleh dah nak ajar makan sayur. Confirm tak nak punya. Dah agak dah kak… Mesti kentang tu yang paling laku. Hehe…
Betul2 kena ajar dari kecik, kentang tu yang paling sedap 😀
bagusnyer aktvt neh. nmpk simple tp impak beso. bebudak nk mkn sayo cemana kalo bapak budak nmpk sayo pon geleng2 paler>>> pengalaman senirikkk…hehheehhe
akak tak makan sayur ke hehe, sedap tau sayur 😀
Ingatkan disuruh bawa sayur untuk dijadikan bahan lukisan. Rupanya ada aktiviti lain berkaitan sayur 🙂
tu yang hari tu blur tak tau nak bagi sayur apa kat Aiman hehehe 😀
hehe, dalam banyak2 sayur yang aku nampak dalam gambar tue.. fries jer yang masuk ngan taste aku.. hahaha
tak makan sayur ke? hehe 😀
teringat kisah rajin makan bayam kerana nak kuat macam popeye..
hahahhaa, now masih kuat makan bayam tak? 😀
wuhuuu kena potong cantik2 baru budak2 nak makan sayur ni..nak makan pun kena ada “main”nya hahahah
betul tu kena potong cantik-cantik, ibubapa kena kreatif 😀
Bagus la kalau cikgu taksa ajar mcm tu ..
nie tadika, sama ke dengan taska ek?
Vegetables Party Little Caliphs Bandar Puteri Klang http://t.co/4SUvyML2 (via @yanmie)
wah,kecik2 dah diajar makan sayur.sangat bagus!
Betul2, budak nie susah nak makan sayur, alhamdulillah Aiman dah mula makan sayur-sayuran tapi dengan syarat sayur-sayuran tersebut kena potong kecik-kecik, bawang pun dia dah makan hehehe 😀
o.. igtkn cikgu aiman nk guna sayur tu nak msak kat Tadika..
memang ada masak pun, akak tak upload semua gambar, akak cuma amik gambar yang atas tu je, diorang goreng potato, taugeh, carrot mcm2 lagi, budak2 tulah tukang rasa dan makan 😀
mmg kekenyangan tak terhingga la bebudak tu semua.. hihi
Blog Update : Vegetables Party Little Caliphs Bandar Puteri Klang http://t.co/dK6KjzAj
Blog Update : Vegetables Party Little Caliphs Bandar Puteri Klang http://t.co/dK6KjzAj