Salam, 2 hari ni Aiman tak berapa nak sihat, kesian kat dia, tapi dia gagahkan jugak untuk ke tadika, ikutkan saya tak bagi dia sekolah dalam keadaan dia tak sihat, tapi apa boleh buat, dia sendiri yang berkeras nak juga pergi sekolah.
Dah bagi dah ubat demam atas tu, alhamdulillah ada perubahan, tapi tulah kejap panas kejap sejuk, naik risau jugak, janganlah sampai admit macam dulu, dah serik nak ke klinik dan Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, serik dan takut nak lalui masa-masa seperti dulu tak sanggup lagi sekali untuk mengintai disebalik Dari Celah Katil Wad Pediatrik -..-“
Moga cepat sembuh sayang, nanti ibu carikan macaron, sian dia dah minta 2-3 kali tapi tak dapat, dah order dengan cikmin, dan dah deal nak ambil macaron kat rumah cikmin pada isnin lepas semasa balik dari kampung, tapi cikmin demam pulak, takde rezeki, kena cari ler mana-mana lepas ni yang jual macaron, nampaknya cikmin sangat sibuk nak siapkan order terdahulu.
– Tak kisahlah Dimana-mana pun boleh asalkan jumpa macaron untuk Aiman, nanti ibu usaha cari untuk abang yea ^_____^
ciannye demam nk macaron …
mujur mau mkn ubat yer kak … ank2 sy sume sy sumbat ubat pakai picagari tu
alahh. sian nye. semoga cepat sembuh.. ikhwan pon asyik bersin je harini.
nampak macam kerap jugak si aiman ni demam kak yan…
Dh jumpa plugin for hp….kt bwh theme kak yan pun ada…tk perasan….he3
Aiman dh sihat ke!
dia demam sebab tak dapat macaron la tu..
Alahai kesiannya demam pula tak apa sekolah pun sudah sampai penghujung semester. Ikut arahan ibu makan ubat supaya cepat sembuh.
@akubiomed, Alhamdulillah hari ni Aiman dah ok, tapi now adik dia pulak nie, hope tak melarat huhuhu -..-“
@yanmie, Menjangkitlah nih.
Pengambilan Scot atau minyak ikan dapat menguatkan badan anak2
dari mudah di jangkiti demam dan selsema.. Bg tiap2 hari mkn kak Yan..
insyaAllah.
Ya Allah macam mana boleh terlupa pasal scot nie, sebelum nie semasa aiman belum dapat adik memang bagi dia makan scot, insyaallah nanti kena carikan semula untuk diorang, terima kasih ingatkan akak 😀
banyak makan ketupat ni haha .. jangan ingat bebukan kak ye , bagi dia minum air kosong bebanyak
Alhamdulillah bee, malam ni dia nampak ok tu, dah boleh bergurau dengan adiknya, semalam betul2 akak risau huhhu
org kata kalau demam elok mandikan dgn air asam , akk pernah buat tak ?
pernah jugak buat sekali kot, mak mertua yang ajar, tapi biasa akak kalau anak demam akak kerap mandikan, bagi sejuk badan baru temperature dia turun
rajin2 makan ubat nanti baik la.. 🙂
Alhamdulillah now dah takde masalah dalam makan ubat, dia boleh je makan, kalau sebelum ini memang susah nak masak, sampai masuk wad pun xmakan ubat, doktor bagi antibiotik terus masuk dalam badan, tapi tak tahan tang injection tu je 🙁
Aiman Demam Pula http://t.co/723Vtszj (via @yanmie)