Bila Si Kecil Melawak, Gelak Guling-guling Jadinya

Salam semua, macam biasa projek lipat kain dengan anak-anak, boleh pulakΒ Si Kecil Melawak, Gelak Guling-guling Jadinya saya dan Aiman, manakan tidak gelak, tengok saje gambar bawah nie hehe.

haziq

SO maklumlah bila ada benda lawak macam nie, semuanya jadi spontan, nak gelak tak boleh nak tahan-tahan, gelak kuat dengan Aiman melihatkan telatah haziq. adoiiii sib baiklah en.hubby tak baliik lagi, kalau tak memang tergelak jugak tengok gelagat haziq.

haziqPart paling kelakar time haziq nak pakai seluar jeans ayahnya, pelbagai cubaan yang haziq buat untuk memasukkan dan mengemaskan seluar tersebut HAHAHAHA adoiiii lawak, sampai terjatuh-jatuh dia.

haziqTerjatuh tapi digagahkan juga untuk percubaan menyarungkan seluar jeans tersebut hehehe.

haziqFuhhh…masuk pun hahahhaaa, saya dengan Aiman memang tak berhenti lagi gelak nie, paling..paling…dan paling kelakar bila haziq berjalan dengan seluar jeans tersebut, baju yang dia pakai tu pun baju ayahnya, siap terbalik lagi adoiiiii hahaha.

– Tak pasal-pasal malam nie senaman mulut hehehe

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Bila Si Kecil Melawak, Gelak Guling-guling Jadinya”

  1. alhamdulillah, haziq pandai bezakan baju lelaki dan perempuan, kalau haziq main dgn “mata spiderman” tu rasanya yan nak entrikan tak…haha

  2. Biasalah anak2 ini adalah penghibur dikala duka dan juga pelawak di kala tenang dan ‘musuh dalam selimut’ di kala ayahnya tengah tidur. Anak2 adalah anugerah yang tak ternilai daripada Nya …

    1. hehehe tulah bee, kadang seronok melayan diorang dengan karenah macam ni, tak kering gusi dibuatnya.

      benarlah kata orang, anak-anak itu penyeri rumahtangga πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.