Salam, seronok pulak tengok gambar Aiman kat facebook tadika dia, Teachers Tadika Little Caliphs Bandar Puteri Klang bawa budak-budak pergi surau, ajar diorang tentang adab di surau, wuduk, solat dan zikir, serius saya suka dengan aktiviti tadika seperti ini. Yang paling best bila Teacher Aiman tag kat facebook gambar Aiman jadi Imam untuk Solat Sunat Dhuha ^_____^
Kids beratur nak ke Surau An-nur Bandar Puteri Klang, sebenarnya ada cerita disebalik ini, sehari sebelum nak ke surau ni, saya tersilap baca sms yang Teacher Aiman hantar, ingatkan khamis nak ke surau, baca lagi sekali pagi tu rupanya jumaat, uwaaa sian khamis tu Aiman sensorang pakai baju melayu, apa lagi balik sekolah kena bebel dengan dia, HAHAHA, sorry yea sayang, next time ibu baca SMS bebetul dan banyak kali heeeee.
Aiman dan Kawan-kawan tengah ambil air wudhuk
Gambar ini yang di Tag di facebook saya, sejuk mata tengok gambar Aiman jadi iman muda ^_____^
Serius saya sangat suka tengok gambar atas ni, anak-anak kecil tengah sujud, comel ^_____^
Ini anak saya, Aiman ^______^
Komen dari Facebook, Tok Aiman pun ada komen ^_____^
Pendapat dan pengalaman peribadi saya tentang Tadika Little Caliphs Bandar Puteri Klang, saya sangat berpuas hati dengan apa yang Aiman perlajari di tadika tersebut, Aiman lebih berdisiplin, walaupun kadang-kadang Aiman mencabar kesabaran saya, tapi saya percaya dia seorang anak yang baik, moga menjadi anak yang soleh, insyaallah, amin.
Gambar : Little Caliphs Bandar Puteri Klang.
– Besok Parents meet tadika Aiman, bedebar hihihi ^____^
bagus sgt kecik2 dah dedahkan perkara2 asas solat ni …
teringat zaman tadika sy dolu2 … taski abim … mcm ni le juge … ank sy pun masuk taski abim juge
mak bapak mana yang tak sejuk hati kalau dapat anak leh jadi imam macam nih. hehe..
wah…tinggi harapan ibu ayah ni.ada peluang ni nak jadi imam muda 😀
xpasti samada little caliph ada cawangan di perlis ni. kalau ada, pasti akan saya hantar anak ke sana gk satu hari nnt.
Aiman insyaAllah akan jadi anak yg soleh 🙂
@Ekspresi Ruang, banyak lagi bro taska dan tadika yang macam ni 🙂
bagusnya tadika ni.. =)
@bardboo,
a’ah..tadika macam ni la sesuai untuk kita hantar anak-anak kita.Di ajar ilmu agama sebagai asas pendidikannya.
mesti dah ada orang nak jadikan menantu nih nanti..
Alhamdulillahh…sejuk mata memandang..sejuk lagi perut mak aiman mengandungkannya ye..hehe
dulu duk mengajar kat Pendamaran Jaya 3 tahun..ada beberapa kali jugak pergi bandar Puteri ni
wah tahniah aiman. Memang nampak ketokohan aiman jadi imam muda. insyaAllah.
boleh byng camne Aiman bebel Kak Yan.. heheh
alhamdulillah….sejuk ibu mengandung…. 😉
comelnye… lg smart kalau keseluruhan sistem pendidikan di malaysia dapat diubah… rasanya, little caliph antara institusi pendidikan yang berlainan corak pendidikan berbanding sekolah kebanyakan… “kalaulah”.. =.=
teringat zaman tadika dulu.. macam ni la juga.. hehe
lah memang sejuk mata , hati dan segalanya tengok anak kecil bersolat kan kak..
amin..
Imam Muda Aiman – Tadika Little Caliphs Bandar Puteri Klang http://t.co/Mk6w3O7Q (via @yanmie)
Ini bakal pemimpin negara kelak … mempunyai ilmu akademik dan juga agama yang tinggi … tahniah …
sejuk perut ibu mengandung kan yan…amin
Alhamdulillah 😀
Sejuk hati melihat anak jadi imam. 🙂
@akubiomed, Syukur Alhamdulillah 😀
@akubiomed, btol tu…semoga jd anak yg soleh yer aiman dan haziq…. dan adik2 mereka yg lain nanti.
@ejam, Terima kasih ejam, amin…amin…ya rabbal alamin 😀