Jom Buat Kuih Karipap Kentang

Salam, hari tu masa balik kampung untuk menyambut raya qurban, besoknya saya dan Mak Mertua tercinta buat projek Kuih Karipap Kentang sebelum kami balik ke Klang, layan jom

cara buat kuih karipapDoh ni Mak Mertua yang buat, saya tengok je dan tolong sikit-sikit, tapi puas hati sangat sebab dapat resepi buat kuih karipap ni depan mata, saya pernag dapat resepi buat kuih karipap dari kawan sepejabat semasa saya berkerja dahulu, tetapi karipap yang jadinya sangat ler keras, baling ke dinding pun tak pecah, suami makan pun tak boleh, keras ya amat hehe, itulah pertama kali dan kali terakhir saya buat kuih karipap.

cara buat kuih karipapSaya tolong buat nie je hehehe

Tapi kali ni nak try buat, sebab senang je rupanya, terima kasih mak atas tunjuk ajar yang diberikan, sedap sangat kuih karipap ni, lembut sangat, sedap dimakan.

cara buat kuih karipapkaripap inti kentang, sedap, lembut, tak pedas sangat, aiman dan haziq suka makan, mak mertua tak abis lagi goreng haziq dah minta nak makan hehehe.

cara buat kuih karipapTang membentuk tepi karipap ni, cantik kan bentuknya?, lebih cantik dari guna yang acuan tu, yang atas tu mak mertua yang bentukkan, saya tak reti, serius tak reti, banyak kali belajar buat tapi tak jadi, malahan karipap tu jadi hodoh sebab saya buat tak secun yang mak mertua buat hehehe.

cara buat kuih karipapOkeh dah siap digoreng, bolehlah dimakan

Sebenarnya banyak mak mertua buatkan karipap ni, hari tu otw balik klang kami anak beranak dalam menempuh jalan jem sempat lagi makan karipap yang mak goreng nie, 1 plastik siap dengan bahulu gulung hehehe.

Tak cukup dengan itu, mak bekalkan jugak 1 bekas karipap freez, so balik rumah cuma letakkan kat freezer je, bila-bila masa rasa nak makan goreng je, semalam dah abis kami kerjakan.

cara buat kuih karipapYang nie haziq punya kerja sebab diaΒ Nak Ketupat Tapi Dapat KaripapΒ hehehe.

– Free nanti nak buat karipap, resepi versi my mak mertua tercinta, hope menjadi ^____^

You Might Also Like

31 Replies to “Jom Buat Kuih Karipap Kentang”

  1. Gambar macam kekurangan cahaya mungkin pengunaan flash dapat membantu tapi saya faham susah juga nak ambil gambar sebab perlu buat 2 kerja pada satu masa. Mana satu hendak uli tepung mana lagi hendak ambil gambar. πŸ™‚

    Saya cukup tidak suka makan Karipap yang mengunakan inti keledek seharus mengunaka kentang baru terasa kaw.

    1. ooo gambar nie memang takde seni, ambil takde untuk post cecantik hihihi, ambil sebab nak post kat blog je, memang takde setting apa-apa pun.

      saya tak uli pun doh tu, saya cuma potong bulat tu je menggunakan bekas berbentuk bulat, hehe lain2 mak mertua saya yang buat πŸ˜€
      yanmie recently posted..Jom Buat Kuih Karipap KentangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge