Salam, fuhhh tengah hot pasal Orang Minyak Di Bentong, Pahang, dah masuk pulak dalam paper, sebelum artikel dalam kosmo.com.my ini keluar, saya dah baca terlebih dahulu cerita tentang Misteri Orang Minyak Di Bentong ni melalui blog cikmin.
Gambar : [Kosmo.com.my] Usaha menjejak Orang Minyak
Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh kosmo.com.my, melaporkan bahawa orang minyak aka lembaga hitam dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu yang lalu selain membuat kacau di kampung tersebut.
Kalau yang ada anak dara tu mesti tak senang duduk, takut jugak kan, eeee mintalah dijauhkan dari perkara macam ni, meh saya share laporan akhabar online dari kosmo.com.my
BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.
Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.
Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.
Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.
Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.
“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.
“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.
– Orang minyak, agak-agak macam mana rupanya yea?
Admin tumpang sekejap yer…
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program ‘Furniture Design’ boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh
ni mesti yang mengamalkan ilmu hitam…
bahaya betul benda mcm ni, harap tertangkap segera palaku tersebut
tgkp cpt sket sbb kerajaan xkan tanggung subsidi utk minyak kt bdn org minyak tu
haha…rugi kerajaan macam ni.minyak mahal tu 😛
dulu dah tangkap seko… ni muncul lagi seko…. beranak pinak agaknya
ada union kot diorang ni
harap-harap kisah orang minyak ini boleh diselesaikan oleh pihak polis
saya pun ada baca tentang orang minyak ni kat blog cikmin..walaupun tak pasti betul atau tak, tapi mesti takut gak kan..
nanti dia tahu polis2 ada di bentong dia pergi tempat lain pulak, pendeka kata semua orang kena berjaga2 takutnya .. sapalah tuk guru yg turunkan ilmu ni ..
zaman2 moden ni pun masih wujud benda ni kan…minta2lah org bentong sentiasa dilindungi Allah hendaknya…
salam aidiladha buat kak yan sekeluarga
masih ade lagi ke yg menuntut ilmu sesat mcm nie lg kat zaman2 siber nie?
igt dah lupus dah benda2 mcm ni…huhu
ajaran sesat ni
Kadang-kadang penjenayah biasa tapi paper biasa lah suka propa lebih-lebih.
Kawan saya sekerja orang Bentong turut mengakui kebimbangan mengenai orang minyak yang sedang menganas ini. Difahamkan anak-anak kecil perempuan turut tidak terlepas dari menjadi mangsanya
seramnya baca entry ni…harap2 kalau betul wujud dpt tangkap secepat mungkin
ada lagi ea mende camni pada zaman sekarang..
Tulah waullahualam
Orang Minyak Di Bentong, Pahang http://t.co/un7VG7Z0 (via @yanmie)