Salam, heee gambar bawah ini merupakan Percubaan Pertama Dengan Buah HatiΒ dalam skill fotografi, memang terlalu banyak yang perlu diperbaiki, takpe slow-slow, belajar dan terus belajar, yang penting minat itu datang dari hati.
Pepatung nie hinggap kat pokok serai saya hehehe
– Sekian, dipersilakan mengkritik hehehe ^____^
Emm menarik….walaupun percubaan pertama, tapi sedap la mata memandang..
kacak buah hati kak ni hehe
alahai pepatung… π
ok le tu kak yan…cun sgt dah bagi sy yg xberapa reti snap gambo ni… :p
cantiknya..pandai kak yan snap….
erk.. x reti nak mengomen..
tp, tringngin nak pakai dslr..huhu
Fotonya mantap….
Meskipun ini baru percubaan pertama….
ok dah tu..dah cukup kagum dah ni. hehe..
kalau boleh amalkan nisbah posisi 1:3. basic posisi utk mana2 gmbr yg cntik π
Sy nak komen x reti tp mak komen juga, pertamanya dr segi komposition tu kn jaga, kalau boleh elakkan dr meletak subjek di tengah2, biar duk tepi, bwh kanan atau kiri supaya sesuai dgn keadaan
Sy pun masih bljr lg, gmbr pertama nampak over exposed, kalau boleh masa nak snap pastikan fokus kn dkt subjek lepas tu kn bljr utk control metering, biar balance supaya nampak neutral
Lepas tu kalau nak elak blur pastikan shutter speed dlm range 1/80 sec dan keatas…lepas tu main apperture f stop utk balance kan metering supaya gmbr x gelap/underexposed…
Jgn risau tinggikan iso…
Ok itu sahaja setakat ni, gn phone je ni komen hehe
komen yg cukup berisi dan berilmu. dah lama xsentuh topik2 dslr ni
heh tumpang baca segala kritik , kita pun belum belajar apa2
percubaan yang baik..akak tak pandai nak komen..belum tahap pro pun..merangkak lagi.. π
hehehe belajar sdiri je kak, xmacam akak masuk kelas, mesti power ilmu yang akak dapat nie π
mmg x layak nk kritik just nk kata,good effort, yan!!
hehehe tapi tak reti apa pun lagi kak π
slow2 blaja kan? hehehhe
betul tu kak, hehee lagi pun buat time free je, selebihnya sangat bizi dengan rumahtangga π
Hmm not bad..tu dia Man Ishak dah bagi komen…
man yang nie tak nak komen ke? π
Percubaan Pertama Dengan Buah Hati http://t.co/o1VEPjsK (via @yanmie)
Serangga Pepatung nampak agak terang sebagai subjek. Gambar pepatung telah diedit ker Yanmie?. Saya suka gambar yang nampak macam basah susah juga nak dapat teknik tersebut. Selalu dapat hasil gambar kelam atau terlalu cerah.
Cuba main Aperture priority boleh beri kesan blurry atau bokeh dan Shutter speed. Kalau gambar luar rumah boleh set pada ISO100
ha ye edit tang lighting je, tak reti nak buat macam mana lagi, takpe slow-slow kan, belajar dan terus belajar.
Aperture priority saya cuba buat tapi tak jadi hehe pelik kenapa tak jadi, gambar tak cantik, gelap plak tu, pastu tangan masih agak kekok, biasa pegang kamera compact digital/phone camera nie berat banyak kali ganda, tangan nak snap pun masih gegar2 lagi π
Satu lagi mungkin Yanmie boleh cuba dengan set auto dahulu kemudian lihat setting pada LCD. Kemudian cuba gunakan setting pada auto untuk mode manual pula.
Cuba lihat setting auto mode untuk indoor dan outdoor dari situ Yanmie sudah boleh agak setting sesuai untunk setting mode manual pula. Biasanya auto mode dan manual mode tidak banyak beza sangat sebab kita bebas mengubahnya berbanding auto
Mengenai kamera cuba support dengan tapak DSLR dengan tapak tangan kiri dan cuba rapatkan View Finder pada dahi supaya lebih stabil.
salam kak yan… cubaan yang baik dan menarik. saya tak pandai nak kritik eye view orang. sebab masing-masing ade pendapat sendiri. tapi biar saya bersikap jujur ye:-
EXIF Gambar terakhir
1. Software yang digunakan – Photoscape
2. Aperture (f/no) – f5.6
3. Exposure (T) – 1/15
4. ISO – 400
5. Metering Mode – Patern
memula sekali… nak tanye… ade enhanced color pakai photoscape eh? kalau ade… ianya bagus.. tapi agak terang sangat dan lari dari warna kehidupan atau neutral color. cuba bermain dengan White balance untuk seimbangkan warna putih supaya “alive”. Kalau ianya setting “Dinamik Range” daripada camera… cuba matikan fungsi tu, cube prektis pakai normal dulu.
komposisi pada gambar terakhir juga sangat menarik.sebab nampak pepatung dan tak nampak “FLAT” cume kalau pada T1/15 kemungkinan akan gegar. berhati-hati masa snap.. tarik nafas dalam-dalam.. tahan sekejap.. tekan shutter… baru bernafas macam biasa. ni nak kawal vibration masa tekan triggerr.. Jangan lupa kedua-dua siku rapatkan ke dada untuk sokongan pada badan.
ok kak yan.. rasanya saya mampu tegur teknik asas je la dulu sebab saya pon banyak lagi nak kene belajar. so teruskan memetik ye… pastikan sebelum tekan trigger… fikir dulu perletakkan subjek… kiri ke… kanan ke… ruang… biar lame skit tenang dalam viewfinder tu.
akhir… kalau rasa sedap dan berketepatan “SAAT”… jangan tunggu… abaikan yang di atas… terus je petik shutter.. janji moment yang kita nak tu dapat. tapi makesure gambar tak kabur.. atau tak gelap.
salam ceria!
p/s: aiseymen… terpanjang komen plok… nanti tunggu Saudara Mijie yang pakar dalam komposisi ye.
haishhh yang sebenarnya masih tak berapa reti lagi nak setting kamera ni, pasal gegar tu memang tak nafi, payah betul tangan ni nak snap, mesti gegar hehe, plus nak edit tak reti. gambar atas tu xde ubah warna cuba edit tang lighting, terang jugak hehe *buat-buat tak nampak*, but takpe ini baru percubaan pertama, insyaallah tak bosan untuk mencuba lagi banyak kali, lagi pun minat, tak taulah tak pernah nak bosan kalau bab-bab gambar ni π
terima kasih, nanti kakyan applykan apa yang AI komen kat atas, insyaallah.
Saya pun sudah mula belajar mengawal pernafasan paling mencabar kalau ketika zooming memang mudah dapat blurry. Kalau boleh tidak mahu guna Tripod kecuali terpaksa kerana hendak membiasakan kawalan memegang DSLR dengan tidak bergoyang
Bagi saya tu dah ok dah tu.. (orang buta photography)..hehe
hehehe makasih een π
hehe good try..ini rasanya macro photography.ambik gambar serangga2 mcm ni..
http://www.digital-photography-school.com/about-digital-photography-school
boleh belajar dekat link tu utk basic digital photography.blog by Darren Rowse , si Problogger π
baru belajar dan mencuba2, banyak lagi yang perlu di improvekan, maklumlah belajar sendiri sahaja, takde amik mana-mana kelas, so agak lambat sikit nak applykan skil tu π
thanks for the link π
Blog Update : Percubaan Pertama Dengan Buah Hati http://t.co/6H3F618B
Blog Update : Percubaan Pertama Dengan Buah Hati http://t.co/6H3F618B