Salam, akhirnya Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 telahpun pun dikeluarkan dan boleh didapati secara percuma mulai hari ini., bantuan ini untuk isi rumah yang pendapatan RM3000 dan kebawah.

bantuan rakyat 1malaysia

Borang tersebut boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Download/muat turun online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500

Klik bawah untuk membaca

Syarat Layak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500

.

kemudian Borang lengkap BR1M boleh diserahkan melalui Pej Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah-sekolah yang terpilih, ianya harus dikembalikan sebelum 10 Januari 2012, manakala bagi Pembayaran BR1M, ianya akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).

Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, contohnya berkerja sendiri, boleh mendapatkan pengesahan dari wakil rakyat ataupun ketua kampung.

Untuk maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500.