Salam, tak lama lagi Drama Tentang Dhia dah nak habis kan, drama yang bakal menggantikannya iaitu drama Gemersik Kalbu yang di adaptasi dari novel Gemersik Kalbu hasil karya dari Anis Ayuni, saya tak pernah baca novel ni, tapi kalau dah jualan novel ni laris dah tentu jalan ceritanya bestkan?
Drama ini dibintangi oleh pelakon Aqasha, Ayu Raudah, Neelofa, Farahdhiya dan ramai lagi, kalau ikutkan waktu tayangan drama ni 26.12.2012 tapi baca update kat facebook drama ni diorang bagitau yang drama ni tukar tarikh mula penyiaran, takpelah sama-sama kita nantikan episode 1 drama gemersik kalbu ni.
Sinopsis Gemersik Kalbu
Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka. Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.
Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.
Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.
Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.
Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.
Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..nak tau kesudahannya..!!!
Sumber : Facebook Gemersik Kalbu
– Sekarang ni Drama, Filem semua nak adaptasi dari novel dah kan 😛
Akak… 2 Januari 2012 bakal ditayangkan…
Mejuez recently posted..Wang Kertas RM20 Baru Muncul Semula!
@Mejuez, ye ada baca kat wall diorang, dah tukar dari 26hb mcm yg akak kata kat entry tu, tarikh ditukar
yanmie recently posted..Kek Vanilla Untuk Aiman Dan Haziq
tu dia,semakin byk drama diadaptasi dari novel..huhuh
yg pling best nora elena
habisla..akasha dah datang..mesti orang perempuan suka drama nih..
ohcikgu recently posted..Harimau Muda vs Sydney FC
Kalau ambil adaptasi dari novelnya ada juga rezeki royalti penulis tu dapatkan.. hope penulis novel tidak diabaikan..
myvitrd recently posted..Detik-detik Menanti Kelahiran Myvitrd Junior
Drama Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3 http://t.co/grPN65Vl (via @yanmie)
guling2 di wak2 pagi…^ ^…
uik dh tukar tarikh lak…
kozumi_ro recently posted..Sinopsis Filem Satu Malam Kubur Berasap
guling2? tak keje ke? ha’ah akak baca kat wall diorang cakap dah tukar, tv3 tukar, maybe tv3 ada cerita lain kot…