Harga Air Kosong/Suam Segelas 80 Sen – Mahalnya!

Salam, baru terbaca pagi tadi di Berita harian online tentang Air Kosong Segelas dikenakan caj sekitar 60sen ke 80 Sen, mahal sungguh, bukan mahal sikit huhuhu, saya kurang pasti pulak kalau sebelum ini kami pernah dicajkan harga air kosong seperti tersebut, sebab tak pernah nak tahu pun caj air kosong yang dikenakan, lagipun jarang minta air kosong, selalunya minta air manis je.

air kosong

Cuba bayangkan Air kosong dengan harga 60/80 sen tersebut dengan cawan yang kecik cinonet je, memanglah tak berlaloi, air kosong je pun, takde gula, susu, atau apa-apa bahan lain, kalau beli air kat mesin air tu pun dah banyak boleh dapat dengan nilai 60/80 sen tu, hemmmm fikir-fikirkanlah kalau nak untung pun huhuhu, kalau caj 20 sen tu logik ler jugak kan.

– Macam-macam -..-“

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

38 thoughts on “Harga Air Kosong/Suam Segelas 80 Sen – Mahalnya!”

  1. Kenapa nak caj harga air? Meter tak jalan ke, semasa air itu mengalir, caj untuk pekerja nak hantar air itu, caj untuk cuci gelas itu, nak masak air itu, nak tambah ais. Itu lah perniagaan, kalau nak bagi free je baik tak payah jual air. Kalau tak berani nak bayar minum kat rumah je…. Think smart

  2. kekadang mahal tu bukan sebab air, sebab nama . tengok nama restoran tu popular/besar, pemiliknya pon tak heran la naikkan harga. ramai orang nak beli.

    1. @Ikhwan Pauzi, Betul tu, saye rase hampir semua restoran yang berkonsep kopitiam dan restaurant sederhana mewah ke atas memang caj die macam ni. Tapi caj ni, tengok tempat dan kualiti air yang disediakan, kalau tap water yang dimasak memang seharusnya caj paling mahal pun 20 sen, tapi bagi restoran yang menggunakan high quality water filter atau yang memberikan air RO, logik la kalau cajnye 60-80 sen.

      Air masak/kosong kalau kuat rase klorin atau ada rase lain seolah contaminated, bagi free pun saya rase tak berbaloi. Itu belum kire air yang digunakan untuk memasak makanan kita, entah bersih atau tak.

  3. Biasanya paling mahal pom Amir kena bayar 50 sen jer untuk air kosong. Kalau 80 sen tu agak melampau la.
    Mungkin caj perkhidmatan tu mahal kot. Mana tau air kosong tu import dari England ker..

  4. sebenarnya, salah kita. lain kali. tanya dulu. harga air kosong berapa. kalau free..baru mintak. kalau kena bayar, fikirlah. nak ke tak nak.
    memang biasanya air suam atau air kosong ni orang kedai bagi percuma.

    tapi kalau ada caj. memang tak salah. ingat senang ke nak buat air suam? kena masak dulu. guna gas. ingat gas percuma kerr? hehe..

    masuk tandas pun kena bayar. kira normal dah sekarang kalau air suam orang kedai caj.

  5. salam yan..cekik darah betul tokey kedai tu ya.Tp biasa klu atie makan kat mana2(gerai biasa la bkn restoran berekon tu :D)…minta air kosong…free jer.

  6. salam kenal dan dofollow blog femes ni
    akak pun terasa juga tapi kat giant ni, segelas air masak 30sen la..tu pun akak merungut.. bukan x mo bw termos ke apa, tp bayangkan ngan 3 anak ala2 ‘handbag’ cute yg x leh lepa.. mana nak sorong troli, nak beli barang, nak bawa termos lagi, so jalan mudah akak bawa susu dan air akak beli…tp kesian kan kat kita,.. harga barang naik menggila..

    1. @aimaniman, salam yelah betul tu, harga naik tapi gaji tak naik2 jugak, dengan anak nak sekolah lagi, saya anak baru seorang sekolah tadika tapi memang terasa sangat kos makin naik, tadika sebulan rm300, tu baru anak seorang kalau anak ramai tu macam mana lah gamaknye ye 😛

  7. hehe.. dia kira harga eliktrik (kalau guna cerek elektrik), gas (kalau guna dapur gas) atau arang (kalau dia guna dapur arang) dan service (masak air + hidang + basuh cawan/gelas)… :p jgn marah… kira murah la rm0.80

      1. @yanmie, kak Yan, memang nabi ade cakap pasal air nih. Tapi itu untuk tetamu2 yang datang kerumah kita atau musafir yang keputusan bekalan air. Bagi kedai makan yang berunsurkan perniagaan, mereka ada kos yang perlu ditanggung, pekerja yang perlu dibayar gaji, servis yang mereka beri, kualiti yang perlu dijaga, risiko kerugian, so adalah menjadi hak peniaga untuk meletakkan bayaran yang difikirkan setimpal dengan kualiti dan perkhidmatan yang mereka berikan.

        Cuma bagi kedai yang mahu meletakkan cas sebegitu mesti memastikan kualiti air dan perkhidmatan mereka adalah setimpal dengan harga yang perlu dibayar.

  8. sekarang ni mmg harga tak kenal pelanggan…

    kekadang ada sesetgh restoran dan gerai mkn yg suka caj harga yg x dpt di terima…bayangkan kalau tgh hari lunch pekena nasik+ayam+sayur+kuah+air suam harga RM9.80…adakah patut???

    pasal air kosong tu stkt ni paling tinggi harga rm0.50 sen yg koz jumpa…

    1. @kozumi_ro, uikkk mahalnye koz, tu untuk makan seorang ke? mahal sangat tu, lain ler kalau koz amik ayam 2-3 ketul hahaha, biasa kalau makan menu mcam tu lebih kurang dalam rm 5.50 sekali dengan air, takpun koz memang pegi kedai yang mewah, memang patut ler kena caj macam tu hihihi

      oooo 50sen ek air kosong, agak mahal gak ye, dulu2 seingat akak 20sen je, ala tapi kalau bg free pun diorang tak rugi kan, apa pun atas niat masing2, dapat kedai yang baik hati memang bagi free je air kosong 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.