Naik Bas Ekspress Balik Kampung Suami

yanmie 13

Salam, hiks dah lama tau tak naik bas Ekspress ni, semalam akhirnya Naik Bas Ekspress Jugak hihihi, kami naik di Bas Stand Shah Alam, tu jelah yang paling dekat, Bas Stand Klang jauh dari rumah. Sepanjang perjalanan pening pulak kepala duduk lama-lama dalam bas ni, kejap slow, kejap laju, bila dah slow tu teramatlah slow, bila laju tu sampai ikut rapat kat kenderaan lain, takut tau!

bas ekspress

Anak-anak pulak tahu apa kan, diorang seronoklah dapat naik bas, nasib baiklah tak meragam nak ke tandas, kalau tidak naya jawabnya. tapi sebelum tu memang dah pesan kat diorang dalam Bas tu takde tandas macam kat dalam kapal terbang tu, tak boleh berhenti suka-suka, so jangan nak kencing time dalam atas bas tu, dan nasib baik jugaklah diorang tak de kata nak kencing, tapi Ibu diorang pulak dan seram sejuk nak ke tandas hahahahhaa

bas ekspress

Kami naik bas pun sebab pagi tu suami kena peri outstation ke Kuantan, dia bawa sekali rakan sekerjanya ke kuantan so kami ni naik bas jelah, taknak susahkan suami lagi, kesian dia, so pagi semalam lepas dia hantar kami naik bas, dia pulak ke kuantan, arah yang sama tapi berlainan haluan.

bas ekspress

Insyaallah lepas suami abis kerja di Kuantan, dia akan balik kg jemput kami, so tak perlu naik bas sambil menahan nak ke tandas heeee ^____^

– Layan durian kat kampung 😀

13 thoughts on “Naik Bas Ekspress Balik Kampung Suami

  1. Pingback: Merpati Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

(Gambar) Dato Siti Nurhaliza Dalam Cover Majalah Glam Isu Januari 2012

Salam, fuhhhh saya dah tengok Gambar Dato Siti Nurhaliza Dalam Cover Majalah Glam Isu Januari 2012 dalam website Murai, boleh tahan, lain dari yang lain, lain sebab serkup kepalanya dah tak nampak, layan jom! memang lain sungguh hehe, ala-ala Madona gitu. Ok peminat dato siti nurhaliza bolehlah mendapatkan Majalah Glam Isu […]

Subscribe US Now