Promosi Ulang Tahun Air Asia Ke 10 Tahun – Tiket Harga 10sen Sahaja!

Salam, nak share dengan pembaca blog ini, Syarikat penerbangan Air Asia ada membuatΒ Promosi Ulang Tahun Air Asia Ke 10 Tahun – Tiket Harga 10sen Sahaja!, memang berbaloi kalau korang beli, ini tak tipu tau! betul promosi harga tambang cuma 10sen sahaja, dan jangan lupa pulak tax bahan api dan insurace kena bayar jugak, tapi takdelah mahal mana pun, murah je.

airasia

Promosi 10 Sen dari Air Asia

So inilah masanya untuk rancang percutian dengan keluarga, harga tiket memang berbaloi-baloi dan sangatlah murah, kadang-kadang kalau fikir tak masuk dek akal hahaha, last kami naik air asiaΒ balik sabah raya hari tu habis beribu juga untuk tambang kapal terbang nie.

promosi airasia

Promosi berlangsung dari 8 December sehingga 11 December 2011, untuk penerbangan bermula 1 Julai sehingga 27 Oktober 2012, so ada 2 hari lagi untuk korang merebut peluang ini, siapa yang nak balik raya tahun depan tu boleh sangatlah rebut peluang ini. Tapi saya cadangkan plan betul-betul cuti sebab kalau dah beli mana boleh tukar lagi dah, ni tiket promosi okeh, kalau boleh tukar pun kena caj tambang semasa kehkehkeh.

tiket airasia

Harga Tiket 10 sen + Tax + Insurance = 32.06 untuk seorang (sehala)

Harga Tiket Pergi Balik 20 sen = 64.05 untuk seorang (2 hala)

Saya dah beli 6 tiket untuk tahun depan ke Langkawi hihihi, insyaallah mudahan panjang umur, kami akan pergi dengan Mak dan Ayah mertua tercinta, bukan selalu dapat peluang macam ni, raya dulu kalau tak silap 5 tahun lepas kami dapat juga beli tiket Free dari Air Asia, cuma perlu bayar tax dan insurance sahaja, dan kali ni dapat yang harga 10sen hihihihi.

lcct

Haziq masa balik raya hari tu, kami naik air asia, masa beli tiket nie takde promosi so habis beribu untuk tambang kapal terbang, but we happy fly with Air Asia, ewahhh hihihi, meriah beli makanan kat atas tu ^_____^

Comments

    1. mmg ada promo rm0 tu, pernah dapat 5thn lepas, lepas2 tu xnaik dah air asia, naik mas je, raya baru nie je naik airasia semula coz mas time tu blm buat promo, airasia pun sama but compare time tu airasia murah sikit dr mas so amik air asia time tu.

  1. banyak yang dah abis dah yang seposen tu..hehe…tadi ada jumpa return tiket pegi langkawi seposen…tapi pegi jumaat balik selasa la..macam lama je… πŸ™‚ .payah gak nak bayar duit hotel lama lama ni kan kak..hehe..

    1. @puanbee, beg kena beli bee, tak silap akak 20kg rm 30, macam kami kali ni tak beli beg sebab pegi bercuti bkn balik kg, bawa beg baju kecik yang boleh bawa naik flight, balik becuti bnyk sikit tapi takdelah sampai nak beli untuk beg tu, paling2 pun guna beg galas, letak barang kat beg galas hihihi πŸ˜€

  2. hmmm .. teringin nak naik kapal terbang ..
    mudah-mudahan ada rezeki suatu hari nanti ..
    saya budak kampung .. jijak airport pun jrg bebeno .. huhuhu πŸ˜€

    1. @juanita, hehehee apasal lak xjadi tu?, akak beli je tapi tak tau ler time tu nanti dapat pegi ke tak?, kita merancang tapi hanya Allah yang menentukan, takpe mudahan semuanya berjalan dengan lancar, kalau tak dapat pergi jugak anggap ler takde rezeki, kalau rugi pun sikit je hhihihihi πŸ˜€

        1. @juanita, wah yg rm141 utk 4 orang tu pegi mana? murah jgk, akak 4 orang 256.20 gi langkawi, ikutkan hati nak pegi jauh sikit, tp tak best pegi kejap, kena lama sikit, anak pulak sekolah tak boleh cuti lama2 heeee πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.