Resepi Sambal Kicap Sedap

Salam, hiks nak bagi resepi pulak dah, kat  blog ni jarang saya bagi resepi sebab risau nanti korang buat tak sedap pulak, tapi yang nie saya confirm memang sedap hihihi, meh saya share Resepi Sambal Kicap Sedap.

Resepi Sambal Kicap

Sambal Kicap ni sesuai untuk apa jenis makanan, mulanya en.hubby menyatakan hasrat, dia minta saya buat air asam dan sambal kicap yang cicah dengan ikan bakar kat kg baru tu, teringin agaknya hihihi, nak pergi jauh pulak, kalau dekat boleh terus serbu, sudahnya saya try and error resepi Sambal Kicap nie, perghhhhhh!! sedap wa cakap sama luuuu hihihihi

Resepi Sambal Kicap Sedap

Bahan-bahan

  • Cili padi 5-10 tangkai [mengikut kepedasan yang diinginkan]
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 sudu gula merah
  • Garam secukuprasa
  • Perasa [Ajinomoto, kalau suka]
  • Sedikit jus limau

Cara membuat sambal kicap

  • Goreng terlebih dahulu cilipadi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cilipadi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, so bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.

  • Tumbuk cilipadi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah,garam dan perasa, dah siap tumbuk bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.
  • Sedia untuk dihidang.

Oh yea sambal kicap ini juga boleh dimakan dengan hidangan yang lain seperti boleh dijadikan sambal kicap pisang goreng dengan menambahkan sedikit air, so takdelah pekat sangat sambal tu, dan boleh juga dijadikan sambal kicap untuk bihun sup mahupun bihun goreng dan mee goreng, pendek kata apa-apa jenis hidangan memang boleh.

Makan dengan ikan goreng, nasi panas-panas berserta ulam memang sedap, tak pandang belakang dah hihihi

– Aiman tadi makan sambal kicap tu dengan pisang goreng, habis licin hihihi

Comments

  1. Nampak sungguh menyelerakan.. Erm akak letak Ajinamoto ke.. Bonda Nur ajar pun sama, goreng dulu cili api dan bawang merah, baru sambal jadi lebih sedap.. 🙂

  2. salam.
    sudah bookmark menu ni untuk rujukan isteri. nak mintak dia buat. atau munkin aku akan buat sendiri, boleh eksen sikit kat dia dapat buat sambal kicap best.hehe… 🙂

    1. @nurmisnan, oh yea tempe goreng, lupa pulak, akak nie suka makan tempe goreng tapi tempe goreng takde stok kat rumah nie, nanti nak cuba lah, phewwww confirm sedap hihihi sbb akak penggemar tempe 😀

        1. wahhh nanti nak cuba lah, tapi kalau tempe nie masaklah dengan apa pun memang sedap, ingat lagi dulu tak makan sebab rasanya yang agak tawar, lama2 makan jadi sedap, goreng gitu je pun dh=ah sedap 😀

    1. @Juan, macam yang akak buat kat atas tu pekat, kalau nak makan dengan pisang goreng kena tambah air sedikit, tadi aiman makan dengan sambal kicap tu, phewww licin abis dia makan pisang goreng cicah sambal kicap tu hihihi, sedapkan, dulu masa belajar kat JB akak suka makan macam tu, kat sini susah nak jumpa pisang goreng yang ada pencicah sambal kicap tu 😀

    1. @puanbee, memang sedap bee, adesss nak amik shake ke amik nasi hari nie HAHAHAHA, dugaan betul buat benda sedap2 nie hihihi, bee nk minta tlg bee LIKE entry akak nie, nak tgk button berfungsi ke tak, like tau bukan share sbb share tu ok je, LIKE akak xleh nk klik nie sob..sob…

        1. @puanbee, ala makan nasi ler bee, mana boleh tak makan hihihi cuma kalau malas nak masak meriah2 akak xamik pun nasi, just shake je, malas hahaha.

          Aikkkk boleh pulak like ye?? apasal akak takleh klik, pelik betul huhuhu

          1. @yanmie, makna nya button like tu ok , kalau tk ok bee tk leh like .. lappy akk kot block (ada ke ?)

            oh ingat betul2 tk makan , memang leh kurus kak ..

            ni nak tanya , akk letak tag iklan initty yg Universal tu kat mana ? bee letak salah kot , langsung tak de impressions

            1. @puanbee, tulah akak pelik gak nie sbb smlm akak like entry ok je, takpe nnti akak try plugin lain lagi huhhuu, sib baik ler contest ada, kalau tak memang akak malas nak fikir, alang2 dah separuh jalan kan hahahha.

              tag universal tu akak letak kat widget je

Leave a Reply

Your email address will not be published.