Update : 28 November 2012

Gerhana Bulan Penumbra 28 November 2012 – (Lunar Eclipse)

*************************************

Salam, hari ini akan berlaku lagi untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit. terdahulu pada pertama kali fenomena ini pada tahun ini berlaku iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.


Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Yang pastinya saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk menyaksikan sendiri fenomena kejadian alam ciptaan Yang Maha Esa. Disamping itu kita sebagai umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh seperti yang dijangka.

Klik bawah untuk maklumat lanjut

Cara mengerjakan Solat Sunat Khusuf -> Klik .

 

Umat islam juga digalakan mengerjakan ibadat tersebut berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.

.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8) :

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Harian-Metro-Online

.

– Insyaallah malam ni nak snap guna Buah Hati ^_____^

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

35 thoughts on “Gerhana Bulan Penuh 10.12.11 – Solat Sunat Khusuf”
  1. Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge