Salam, akhirnya teka-teki mengenai bentuk pembaharuan yang terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sudahpun terjawab apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), saya kongsikan dibawah ini Tangga Gaji Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam untuk rujukan bersama.

sbpa

Untuk makluman, kot-kot ada yang tak tahu, SPBA akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2012 nanti, dan berdasarkan pekeliling terbaru SPBA ini, pembaharuan yang dilakukan tersebut selari dengan agenda transformasi negara yang memberi cabaran kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti, setimpal dengan pemberian gaji dan imbuhan kerajaan.

So lepas ni harapnya kakitangan swasta dapat meningkatkan lagi tahap produktiviti mereka, suka saya memetik laporan berita harian dibawah ini :-

Harapan kita dan rakyat seluruhnya apabila SBPA dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari ini, ia bakal menerbitkan sinar harapan kepada seluruh rakyat untuk melihat matlamat mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya menjadi lebih dinamik, responsif dan berasaskan prestasi akan berjaya. Sudah sampai masa kakitangan awam memperbaiki kelemahan dan kebiasaan yang merugikan produktiviti negara seperti tabiat gemar pergi minum pagi terlalu lama atau kerap ghaib dari pejabat. <– Siapalah tu, hihihi.

Ok dalam Skim kenaikan gaji (SBPA) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam pula, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung pada kekosongan jawatan tetapi ianya bergantung kepada tahap prestasi dan kelayakan sesorang penjawat.

Berikut saya sertakan LINK untuk rujukan anda :-

.

Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

  • 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – Umum
  • 2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – PDRM
  • 3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – Guru

 

Jadual Pemindahan Gaji jawatan dari skim SSM ke SBPA

  • 1. B4(a)- KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
  • 2. B4(b) – KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN DIPLOMA
  • 3. B4(c) – KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN STPM
  • 4. B4(d) – KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN SPM
  • 5. B4(e) – KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN PMR
  • 6. B4(f) – SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU
  • 7. B4(g) – SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
  • 8. B4(h) – SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN PENGUATKUASAAN MARITIM

Tawaran Opsyen SBPA

Diberi kepada semua pegawai tetap yang berada dalam perkhidmatan atau Jawatan pada 1 Januari 2012 (JKK 1976, SSB, SSM) termasuk:

  • Pegawai yang berada dalam tempoh percubaan;
  • Pegawai bertaraf tetap yang belum disabit tindakan tatatertib;
  • Pegawai yang sedang bercuti dalam keadaan berikut :
  • Cuti Tanpa Gaji
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Sakit
  • Kursus Jangka Pendek
  • Cuti Belajar
  • Cuti Bersalin
  • Pegawai yang dipinjamkan; dan
  • Pegawai yang masih berkhidmat pada 1 Januari 2012.
  • Pegawai di dalam jawatan kumpulan

Pemilihan Opsyen yang dibuat adalah muktamad. Tempoh Penawaran secara umum bagi pemilihan Opsyen akan dibuat selama 15 hari (16 – 30 Disember 2011). Bagi mengelakkan kelewatan penerimaan opsyen, semua penjawat awam diminta untuk menghubungi majikan masing-masing semasa tempoh penawaran tersebut. (Sebarang pindahan/perubahan akan dimaklumkan).

Pemindahan Gred Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Berikut adalah pemindahan gred gaji daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta kumpulan pelaksana berkelayakan Diploma.

gred gaji sbpa profesional

gred gaji sbpa diploma

Tangga Gaji

.

Tangga Gaji Baru 2011 SBPA untuk Perkihdmatan Perguruan seperti dibawah.

  • tangga gaji guru DG34
  • tangga gaji guru DG 44
  • tangga gaji guru DG 48
  • tangag gaji guru DG52
  • tangga gaji guru DG54

Gred Gaji Perkidmata Perguruan (SSM)

tangga gaji guru sbpa 2011


Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-

  • SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
  • SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
  • SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
  • SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)  ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM
  • SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
  • SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
  • SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)

Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)

  • Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
  • Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
  • Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
  • Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

.

Baca selanjutnya di : Tangga Gaji Baru SBPA 2011

.

– Sumber : Jabatan Perkhidmatan AwamKulanzsalleh.com dan Beritasemasa.com

 – Akan diupdate dari masa kesemasa, setakat ini hanya tangga gaji baru 2011 SBPA dibawah yang diperolehi, seterusnya akan diupdate kemudian disini, terima kasih.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

45 thoughts on “Tangga Gaji Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam”
  1. I must say you have very interesting articles here. Your content should
    go viral. You need initial boost only. How to get massive traffic?
    Search for; Murgrabia’s tools go viral
    ManuelX recently posted..ManuelXMy Profile

  2. Nak tanya macam mana Skim W17 yang untuk Gred Gaji Baru SBPA???Berapa kenaikan mereka hendak-hendak lagi yang mempunyai kelulusan Sijil Politeknik&Diploma Politeknik…Takkan tak ada perubahan sedangkan Skim J yang ada kelulusan Sijil Politeknik ada perubahan yang setimpal dengan mereka???So..tolong jawab???

    1. elaun tanggungjawab hanya untuk GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK KOKO, GPK Petang dan GPK Pendidikan Khas yang dilantik ke HAKIKI saja, ingat bukan semua guru.

  3. Tapi sbpa py tangga gaji TAK BERAPA ADIL. tangga gaji dalam ssm dikelompokkan (cth: p1t4 di kelompokkan dengan p1t5, menjadi satu tangga gaji baru t4, menyebabkan gaji kedua-duanya sama. jdi tiada langsung perbezaan kalau kita berkhidmat lebih awal..senang cite,gaji yang kerja pada tahun 1998 SAMA dengan 1997..macamana tuh?kenaikan gaji SBPA bagi yang p1t4 dalam rm300,manakala bagi p1t5 dalam rm200 sahaja..Manakala kenaikan gaji tahunan dg41 adalah rm225(dulu +-rm90),tapa dg44 hanya rm250(dulu =-rm150);bermakna kenaikan gaji dg41 SANGAT BESAR berbanding dg44,menyebabkan gaji dg41 hampir dekat dengan dg44(hai…terasa penat bila makin lama gaji adik-adik di bawah makin mewah,tapi kami yang dah tua ni,gaji nak sama dengan mereka..ini menyebabkan prestasi kerja berkurang sikit).

    1. @el asahari, setuju..sakit hati tengok tangga gaji baru. Macam saya, gaji p1t16 akan sama dengan p1t14 & p1t15..yg tak adilnya, beza gaji baru dengan gaji lama, saya hanya dapat kenaikan yang tak sampai pun rm80, sedangkan junior saya akan dapat kenaikan masing2 RM144 & RM211..sedihnya.. 🙁

  4. PEKELILING TAK LENGKAP…MANA LAGI LAMPIRAN YANG DINYATAKAN UNTUK RUJUKAN ???????????????????????? LAMPIRAN C MANA?????????? INI YG JADI RAGU2 NIH…

  5. kenaiakn tahunan tu untuk dg41.dg44 rm 250.dg32 rm 155,dg29 rm 145,semua elaun tak berubah…perubahan elaun dimalumkan pada tahun 2013..insyallah

  6. bg cikgu,rujuk sekolah masing2…sekolh dah asa lampiran c…kenaikan tahunan masa ssm dengan sbpa mungkin x sama…sy dah tengok..ssm bulan jan..sbpa bulan april…hmmm…takpelah…kenaikan tahunan rm225..

  7. “Pegawai bertaraf tetap yang belum disabit tindakan tatatertib;”
    nk tye… kalo pgwai tetap yg dikenakan tindakan tatatertib cthny kena surcaj, camne? xdpt pilih sbpa laa yeq? arp dpt jelazkan.tq.

    1. @akubiomed, stujulah… kalo kakitgn krajaan dpt merasa naek gaji tp org laen mcm mane? krn peniaga yg gila nk kaut untung, rkyt yg kena… pastu ade pulak yg salahkan krajaan sbb brg naek hrga… mentaliti manusia ni dgn duit mmg mcm tu kah? kesian pd yg bkn kakitgn krajaan laa…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge