Salam, besok jangan lupa untuk menyaksikan Final MasterChef Malaysia Pertama Di Astro Ria  , saya follow juga rancangan ni, cuma saya tengok siaran ulangan, maklumlah suami kurang gemar tengok rancangan berbentuk macam ni, sudahnya saya layan siaran ulangan. Untuk Final Masterchef Malaysia siri pertama ini, korang rasa siapa yang bakal bergelar juara masterchef malaysia yang pertama?

masterchef malaysia final

Saya sokong Wahidan sebab saya suka dengan cara beliau, tapi ezani pun tak kurang hebatnya, pendek kata kedua-duanya memang hebat dan berbakat, apa pun sama-sama kita saksikannya nanti pada ahad ini 8 Januari di Astro Ria yang akan disiarkan secara langsung tepat pada pukul 9 malam.

– Jom main teka, korang rasa siapa bakal Juara Masterchef Malaysia yang pertama?