Salam, hiks dah tengok kan Trafik Blog Sepanjang Tahun 2011 blog ini, seperti yang saya janjikan pada entry tersebut, saya akan kongsikan pulak Hasil Blogging Sepanjang 2011, bukan menunjuk tapi sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.
Terasa kerdilnya diriku seorang je bunga kat atas tu hihihi
Permulaan tahun 2011 yang sangat manis bila mana saya mendapat Smartphone HTC Desire Z dari program maxis10, alhamdulillah syukur sangat.
HTC Desire Z kini milikku – Terima kasih #Maxis10
Lepas dapat Smartphone kat atas tu, saya Menang Netbook Acer Aspire One dari Denaihati pulak, alhamdulillah rezeki blogging.
Hadiah di sampaikan oleh En. Haji Khanafi MD Alansar
Acer Aspire One melengkapkan koleksi laptop yang ada heehehe
Rezeki seterusnya juga saya menang dari contest denaihati.com, majlis penyampaian hadiah berlangsung di Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa Blogger di Hotel Quality Bangi.
Replika iPad2 hehe comel ^____^
Hadiah disampaikan oleh YM TAN SRI DATO’ SERI TENGKU AHMAD RITHAUDEEN TENGKU ISMAIL (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia).
Terima kasih kepada Denaihati.com dan eQurban untuk tajaan hadiah tersebut
Hasil Innity sepanjang tahun lepas, RM 10,107.36
Hasil blogging yang seterusnya saya dapat beli DSLR A390 Sony hasil dari pendapatan blog ini melalui income Innity diatas, seronok sangat sebab dah lama nak beli DSLR hehehe
Seronok sebab dah boleh snap gambar cantik-cantik heeee ^____^
Berjaya Cashout Google Adsense sebanyak 3 kali, semuanya pernah di entrykan diblog ini.
Pertama kali dari Infolinks
Selain itu ada juga saya mendapat hasil Nuffnang tapi tidak seberapa hehe, ada juga dari advetorial (bukan nuffnang), alhamdulillah untungnya jadi blogger, siapa kata berblogging itu membuang masa? buktinya saya sendiri mampu menjana pendapatan dari blog.
Dengan hasil tersebut saya juga ada membuat beberapa contest di blog ini, beli hadiah untuk suami, untuk anak, untuk diri sendiri, simpan duit tersebut, dan yang paling best saya dapat bayar duit pinjaman belajar saya sendiri pada setiap bulan ^___^
.
– Kalau saya boleh, kenapa tidak anda?
pusat koleksi benda bertuah di indonesia
salam kenal kak yan , hehehe
alhamdulillah..
tahniah kak !! keep it up ok
Hebatlah kak Yan…:), Tahniah!
terbakar rasa..hehehe..:)
banyak nih, ni yg semangat nk berblogging
perghh..memang masyuk tu kak yan..bilalah mahu merasa duit riban2 ni..
the key is to stick to the one dan cuba dapatkan hasil. tahun 2012 saya nak beat kak yan. Hahaha. 3 tahun saya blogging saya tak pernah reveal apa yang saya gain.
Suri rumah mellenium ..hikhik ..
baru on ni kak yan , terjah sini dulu ..
Hasil yg lumayan.. moga tahun 2012 terus mantap..
waa…
Bersemangat baca entry K.Yan ni… Macam2 dapat hasil dari berblogging saja…
Alhamdulillah…dah boleh jadi Mentor Blogger ni kak ..tunjuk ajarku sifu
Memang membakar semangat saya ni..:)
semakin bersemangat nak blogging untuk 2012 nih
setiap usaha yg dicurahkan pasti membuahkan hasil, tahniah semoga lebih byk rezeki menyusul utk thn 2012 ni
tahniah…saya pun bersyukur jugaklah..even dapat sikit je..screenshot di bawah:
http://www.mediafire.com/?u5a8j0duj8snsar
wahh..banyaknya gadget best-best. 🙂
alhamdulillah..boleh buat jadi pembakar semangat untuk diri paih ni..blogging bukan menghabiskan masa..
Tulah kak yan.. memang pembakar semangat ini untuk terus maju.. kita sepatutnya jangan ada PHD dekat sesorang yg dah berjaya tu.. tapi jadikan ia sebagai Idola untuk sama maju macam kak yan.. TERBAIKlah…
Ni contoh blogger pembakar semangat untuk blogger2 suri rumah..
wahhhhhhhh ini yg semangat ne
banyak juga earning yan dari infolinks ye, tp skg dah tak pakai ke? awat? banyak gina innity, apa rahsianya? duk tgu yan ajar je ni. hehe
@Mohd Isa, dah buang dari blog ni, letak kat blog lain, banyak sangat script lak kat blog ni hehehe, psg adsense balik infolinks cabut 😛
@yanmie, blog lain? kat mana tu ye? hehe…susah tak infolinks ni?
usaha tangga kejayaan kan kak…murah rezeki akak..huhu semangat ni…dengan azam tahun baru …hahah menjadi blogger terlaris…boleh ke x koz ni ngeh2…
banyaknya dapat hadiah .. =)
saya pun kalau boleh nak jadi macam akak ni..dapat pendapatan dari blog..sebab nak bayar balik duit jpa..saya taknak kerja la..nak spend masa dengan jaga anak dan suami..huhu…
Memang murah rezeki.
berlipat ganda ye rezeki puan blog.tahniah!!
Tahniah ye kak Yan..
Bertuah nya kak Yan tahun 2011 dapat adiah best2 ::)
Hope 2012 betambah-tambah rezeki, begitu jugak untuk Myra 🙂
tahniah yan..
semoga 2012 berlipat ganda lagi…
kagummm kagummm kamu mmg hebat la beb….terbaekkk….bebrlog segini kaya jadinya
kagummm sgt kagummmm dengan kamu bahhhh….aku salute kamu yan….kamu hebat…go go beb
masyuk!!!!!!! kak yan mmg murah rezeki…
hope 2012 lebih masyukkkkk!!!
aminnnn 😀
Memang terbakar rasanya bila tgk income tu he3…. pelan2 kayuh kan Kak Yan.
ha’ah pelan2, tapi sangan pelan sangat nanti kena tinggal heheehe
alhamdulillah. boleh naikkan lagi semangat blogger2 lain.
@Denaihati, alhamdulillah, hope tahun ni ada lagi rezeki, isnyaallah 😀
bestnyaa kaka yah,,, leh ajar saya ni… heeee
@eiyda, jap nanti nak fikir berapa nak caj untuk yuran hahahha 😀
Kak Yan kena buat kelas motivasi kepada para blogger..
Bagi semangat kat kitorang yang tengah merangkak..
@farhan, alamak tak reti nak buat kelas motivasi hehehe, selak je entry lama2, insyaallah ada perkongsihan dalam blog ni 😀
Masih lagi belajar selok belok mengenai pendapatan pasif dengan blogging. Saya sudah mula blogging sejak tahun 2009 kemudian berhenti seketika padahal Adsense pun boleh tahan.
2010 sehingga sekarang saya mula balik dengan nama domain baru tapi agak mencabar dunia blogging kerana ramai mula menceburi beruntung kalau saya kekal pada mula dan tidak berhenti blogging.
Cuma bab-bab tarik duit melalui blogging masih rendah lagi. 🙂
@akubiomed, saya start blogging 2005 lagi sebenarnya lepas tu saya berhenti sekejap sebab mengandung dan alah kepada komputer hehehee, lepas haziq keluar barulah saya sambung balik untuk berblogging, ambik masa juga nak maintain semula lepas tu.
Insyaallah AB mesti boleh punya saya percaya, kalau kena cara boleh je maintain dapat income setiap bulan 😀
@yanmie, ada jugak orang alah pd komputer…he he
@Denaihati, hehehee alah sebab pembawaan budak hehehe 😀
@Denaihati, Ini adalah pengalaman luar biasa alah dengan komputer. Patutlah lepas melahirkan Haziq terus dapat Smartphone HTC, laptop dan iPad. 🙂
@akubiomed, hehehe haziq dah besar sekarang ni, alhamdulillah rezeki orang kata kan 😀
yeyy….jgn lupa simpan byk2 utk belanja eyriqazz sekeluarga ikan bakar..hihihi…..
@eyriqazz, setakat ikan bakar no problem 😀