Amaran : Untuk yang dah berkahwin!

Salam, terpanggil saya untuk berkongsi tentang topik ini, Kaedah Perancang Keluarga, terlalu ramai yang bertanya kepada saya melalui ruangan ContactMe, PM Facebook, DM Twitter dan tak kurang juga yang bertanya melalui YM berkenaan bagaimana Kaedah Perancang Keluarga yang terbaik, (dah macam doktor pulak rasanya hihiihi).

family planning

Family Planning Is For Everyone ^____^

Kot-kot ada yang masih belum tahu apa itu perancang keluarga, perancang keluarga bermaksud menentukan bilangan anak dalam keluarga dan jarak seseorang anak dengan anak yang lain, kiranya tak nak bagi anak tu rapat-rapat, macam Aiman 6 tahun dan haziq 5 tahun, kan setahun-setahun tu hihihihi.

birth control devices

Sebenarnya ada pelbagai jenis kaedah yang boleh digunakan dalam merancang keluarga antaranya seperti dibawah ini :-

  • melalui kaedah semulajadi (mengira waktu subur, melalui suhu badan dan banyak lagi)
  • melalui kaedah halangan (kondom, IUCD, Diafram)
  • menggunakan Alat dalam rahim
  • melalui kaedah kekal

So pilih sahaja cara mana yang anda inginkan, kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan, tapi kalau kita tak usaha macam mana nak boleh kan?

Menjawab persoalan rakan-rakan tadi (Jawab sekaligus ni hihihi), saya merancang keluarga menggunakan kaedah halangan iaitu dengan menggunakan IUCD, alhamdulillah selama 4 tahun saya gunakan alat tersebut, semuanya ok, haziq pun dah besar tahun ni 5 tahun dah dia, dah sampai masanya untuk bagi haziq adik heheee.

Bukan saya tak pernah mencuba Kaedah Perancang Keluarga yang lain, sebelum ini saya telahpun mencuba kaedah perancang semulajadi tapi tak yakin, takut terbabas hehee, disebabkan itu saya mengambil pula perancang jenis kaedah hormon iaitu mengambil suntikan selama 3 bulan sekali, yang ini memang tak best pada saya sebabnya period tak menentu, kadang sebulan tu direct period, nak solat, nak puasa pun tak boleh, tak selesa, dah tu badan pulak naik cepat seperti di pam-pam huhuhu.

Lepas menyedari ke tidakbest-an mengambil suntikan, saya memberanikan diri menggoogle untuk mengetahui Kaedah Perancang Keluarga secara halangan, dengan memasang IUD, walaupun pengalaman pertama amat mengerikan hehehee tapi alhamdulillah ianya dapat dihadapi, ala tak sakit mana pun, saya dah pasang 2 kali dan buka dua kali, alhamdulillah semuanya ok! *boleh senyum hihihi*, so jangan takut untuk memasang IUCD.

Walaubagaimanapun ianya terpulang pada masing-masing, pada saya, saya cadangkan penggunaan IUCD, sebab tak perlu risau nak fikir tarikh kesuburan, tak perlu risau pasal period sebabnya dengan pengambilan IUD period maintan, cukup masa period, bayangkan 4 tahun saya memakai alat tersebut, period saya sangat teratur, cuma pada mula-mula pengambilan sahaja tak menentu dalam 1-2 bulan tetapi selepas itu sangatlah OK ^____^

Tapi sekiranya anda mengandung jugak walaupun menggunakan IUD ini, jangan salahkan saya kerana mencadangkan kepada anda, malah salahkan suami anda kerana walau sudah dihalang tetapi masih degil jugak hehehe, rezeki jangan ditolak ^____^

aimanhaziq

– Myhero-hero, Aiman 6 tahun dan Haziq 5 tahun, kejap je masa berlalu, rasanya dah boleh bagi adik kot ekekeke *abaikan*