Salam, mesti korang ada blog yang korang suka kan, macam saya, semestinya sukakan 3 blog ni, kalau online pun tak buka dulu blog sendiri, saya pi intai blog diorang dulu, tak tahulah ubat guna-guna apa yang diorang letak kat blog ni hehehee.

1. Blog Denaihati.com

denaihati

– Blog ni memang banyak memberi inspirasi kepada saya, saya menang ipad2 dan aspire one kat blog beliau, blog yang paling best di Malaysia *tak keterlaluan kot saya kata macam tu* hihihi. dah pernah jumpa beliau 2 kali, paling best kali pertama jumpa, saya tanya denaihati yang mana? dia kata denaihati takde hahaha sabar jelah, pedahal dialah en.denaihati nya, see nampak disitu beliau seorang yang low profile ^___^, time tu saya datang ambil hadiah di pejabat Al-Ansar.

2. Blog Puanbee.com

puanbee

– Blog ni memang lagi lah, mula berhosting dengan menang contest diblog saya tidak lama dulu, bermula dari itu beliau menggunakan domain dan hosting, tahniah bee! dan maju banyak kehadapan, penulisan beliau saya boleh follow, blog personal ala-ala macam saya, lagi satu saya suka entry-entry di blog beliau, nampak keikhlasan pada entry beliau, paling best bila dia bercerita tentang dirinya…pasal kedekut beli kasut/sandle hahaha *jangan marah ye bee*, Ohnye Azam tahun baru kami sama heeee ^____^

3. Aku Biomed

akubiomed

– Blog ni memang saya suka baca senyap-senyap hehee *terbongkar dah*, saya suka bila beliau bercerita tentang anak-anak teruna beliau, dan perkongsihan tentang fotografi, banyak yang saya belajar dari blog beliau.

.

Itu jelah kot setakat ini, kalau diperhatikan ketiga-tiga blog tersebut menpunyai background warna putih dan tidak serabut dengan pelbagai widget, kemas, saya suka!

,

– Korang ada letak guna-guna ek kat blog? HAHAHAHAHA