Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” – Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal menjadi pilihan, ada banyak brand tapi rasanya Faiza punya ni lagi terbaik kot.
Pertama kali beli beras herba ponni ni, risau juga masa mula-mula masak tu, takut tak boleh nak telan, ternyata rasa beras ni lebih kurang macam beras biasa tu jugak, malah rasa nasi nya agak ringan dimulut, eeee sedaplah, tak macam beras rebus, beras rebus kalau masak, ya ampunnnnnnn dia punya bau satu taman orang boleh bau hehehee.
Beras Herba Ponni ni sesuai untuk pengidap kencing manis sebab ianya kurang kanji dan rendah gula, dan ianya juga amat sesuai untuk orang yang dalam Projek Besar macam saya ni, hikhikhik.
Herba Ponni
- Kurang kanji
- Rendah Karbohidrat, 70% lebih rendah berbanding beras biasa
- Rendah kandungan gula
- Tiada kolesterol
- Mengandungi Phytosterol (Antioksidan)
- Serat tinggi
- Rendah Indeks Glycemic
- Rendah Lemak
- 3 kali lebih besar bila dah dimasak
See, sangatlah berkhasiat beras ni kan, tapi tulah harga jelah agak mahal berbanding beras biasa, but buat masa ni saya amalkan pengambilan beras herba ponni ni, ala makan nasi pun sehari sekali je sebab yang 2 kali tu lagi saya ambil shake, beli 5kg insyallah tahan lama kot hehehee, hope magic rice ni sedikit sebanyak membantu perjalanan Projek Besar saya hikhik.
Menu pertama menggunakan Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal
Sambal belacan tak boleh tinggal, barulah syiokkkk nak makan hikhik.
.
– Siapa kata orang yang berdiet tak boleh makan sedap-sedap?? hihihi
Magic Rice ni memang mahal..tapi amat baik untuk kesihatan 🙂
mahal tak harga beras tu?
ikanbakar….aaaaa laparrr
lagik tawar beras jepun…huhu
sedapnya..
gamabr cantik sekali
@Mus, makasih hehee 😀
beras ni memang best, saya selalu gak beli utk mak ayah, tp mak saya x suka sebab dia kata rasanya tawar, hehe, tp bagi saya sedap sebab beras ni peroi (sebutir sebutir) tidak melekat satu sama lain
see, masuk blog ni terus lapar.
ohh..pandai buat sambal belacan rupanya. ni yang lapar nih..
Sambal belacan tu wajib ada dalam hidangan plus tempoyak hikhik 😀
teringin jugak nak makan magic rice ni.. tp bajet lah yg semput..
kakyong la ni hari2 berbasikal.. pagi jer lah…tp nak turunkan berat badan ni memang harus betul2 jaga makan kan.. bukan nya tak makan.. 😉
beras paling tak best, sebab makan tak kenyang, hehe.. kat rumah mak memang guna beras ni sebab nak jaga kesihatan.. tak puas bila makan..
Tidak tahu pula ada “magic rice”. Sambal belacan mengancam kalau ada ikan masin dan pucuk ubi sudah boleh layan. 🙂
okeykak , bee rasa nak try beras ni juga ..haha ya ampun ..moga kita cepatlah tercapai azam ye ..
p/s: baru balik jogging
sy dulu ada gak makan nasi beras ni..memula ok la….tp lelama cam jemu..tekak jd x leh terima dah..alih2 tukar balik ke beras biasa…kala utk diet mmg sgt sesuai la beras ni..makan pun x kisah dlm kuantiti byk sbb kurang kanji kan..
Sambal belacan yg buat berselera besar-besaran tambah dgn ikan tenggiri bakar. Harga 3xganda beras biasa, saiznya pun naik 3x lepas msk, ok kot. Mkn je jgn 3xganda…he he
memang terbaiklah… nasi tu berasnya memang agak mahal tetapi untuk kesihatan yang baik mungkin istilah mahal boleh tolak tepi kot… yang paling tak tahan tu… ikan bakar tenggiri cicah air asam pun sodap… 🙂
@yangbaik, betul2 kalau untuk kesihatan soal mahal tu kena tolak tepi, kena fikir kesihatan dulu *baru sedar diri* 😀
ikan tu sedap, perap dulu dengan garam, bawang, cili padi, halia sikit, kunyit dan yang dah ditumbuk lepas tu baru bakar 😀
sambal belacan yang tak boleh tahan tu..kalau paih makan tanpa kuah dengan sambal belacan tu pun dah sedap..hehe..sebab orang cakap kuah pun boleh jadi penyebab berat badan naik..
@paihujey, Ya Allah tok sah cakaplah bab sambal belacan tu, hari2 memang keje akak menumbuk sambal je hahaha, sebab suami akak jenis makan kena ada sambal belacan hikhik, plus akak ni makan suka pedas2, kalau tak pedas tak nikmat kehkehkeh.
Pasal kuah tu pun ada benarnya, lagi2 kuah yang berminyak, akak kurang makan makanan yang berkuah, kalau banyak kuah akak jadi tak lalu makan, akak suka makan kering2 macam kat atas tu 😀
beras dia mmg bagus untuk diet dan orang ada sakit darah tinggi @ kencing manis. harga dia agak mahal kan.tapi x pe untuk kesihatan
@rozuan, ha’ah betul tu memang elok untuk orang yang ada sakit darang tinggi, kencing manis, tang harga tu agak mahal sedikit, ni nak ambik pun sebab nak kurang kanji dan gula tu je, tak boleh ambik beras biasa, alang2 disamping tu boleh jaga kesihatan, sebab since badan agak ‘gemuk’ ni nak bergerak pun susah 🙁