Penggemar Ulam-ulaman, Baca Ini!

Salam, permulaan tahun baru 2012 yang tak berapa nak best!, jalan-jalan dan shopping di Temerloh, cuaca panas terik memang best kalau makan dan minum air sejuk-sejuk time cuaca panas macam ni, singgah makan dulu sebelum balik rumah MIL, tengok menu kat kedai tu semua best-best macam-macam ada, ada ikan patin, udang galah, ikan bakar, macam-macam lagi lah.

ulam-ulaman

Tengok pinggan saya kat atas tu, abis licin saya makan, tapi yang tak bestnya bila suami perasan ulam kacang botor yang dia ambil tak bersih, saya mula membelek ulam kacang botor yang saya ambil, uwaaaaa nak nangis boleh tak? nak muntah pun ada ni -..-“

close up sikit huhuhu

ulam-ulaman

nampak tak? ada kotoran kat ulam tu, macam telur-telur binatang pun ada uwaaaaa, perut saya dah rasa lain macam je ni, tekak pun rasa macam geli-geli je, patutlah time makan tadi macam ada sesuatu -..-“

So pesanan saya pada penggemar ulam-ulaman yang makan kat kedai tu, belek dulu ulam tu, kalau bersih bolehlah ambil, tadi saya belek sambil lewa je, sekali pandang, tapi saya tak cek betul-betul sebab time tu saya yakin makanan tu bersih, kalau tak buat apa diorang hidang kat pelanggan kan?.

Serius saya jadi fobia makan kat luar, dulu tak lama saya terbaca di blog sapa tah tak ingat, ada ulat sampah dalam nasik lemak di kantin hospital, cuba bayangkan pulak kalau anda terkunyah binatang kotor tu, eeyyeekkkkk -..-“.

– Saya pesan kat suami, kalau saya sakit lepas ni cari je kedai makan tu hahaha, hampeehhhhh betul!!!

Comments

  1. saya pernah beli nasi kat satu kedai,bila nak ambil lauk tak check dah,bila ambil nampak ada labah2 yg bulat tu dlm lauk,siap labah2 tu hidup lagi,apalagi saya beritahu pekerja kedai tu la,terus dia ambil buang labah tu,sejak dari tu saya tak pergi dah kedai tu..

  2. Tak semua macam tu. Mungkin secara kebetulan pengusaha restoran tu tak bersih dengan betul. Apapun ulam-ulaman tempatan masih pilihan yang sangat berkhasiat untuk dijadikan santapan.

  3. Tidak basuh cukup bersih lah ni. Lepas SRP saya ada menanam pkok kacang botor. Bila ada hasil saya jual dipasar dapatlah duit kocek walaupun tidak banyak. 🙂

  4. saya pun pernah kena macam ni, ulam raja nampak segar, sekali bila nak mkn nmpk ada ulat, nasib baik belum makan..memang terus X la kedai tu

  5. anak akak baru ni..makan keli dekat kedai mamak kat kl..dalam kepala keli tu ada ulat renga….bluweekkkk..terus dia tak gemor makan ikan keli..!

  6. yerkkkk..tapi kalau kakak saya dia dah biasa dengan benda2 camni..lipas,telur lalat dalam makanan..haha..tapi kena pastikan kedai tu bersih..rasanya diorang tak basuh kot ulam-ulam yang diorang letak kat situ..

  7. selamat tahun baru 2012

    alamak sekotor itu ke?? akak selalu juga makan di luar, tapi x da le ‘terserempak’ dengan cik ulat… Temerloh, cuti bulan 12 aritu akak pon p sana, lalu je nak ke Felda Sg Koyan sbb adik dapat orang sana… sepanjang jalan penuh dengan orang jual durian,.. kat port klang durian d24 sekilo RM 12 kat situ cuma RM3-4.. ya allah..

  8. wekk geli jugak kak ..

    kembang tengkuk ni ..sebab tu sy tk suka makan sgt diluar , kedai2 tertentu je .. eiii .. goli den ..

    p/s : akk memang panggil kacang botor ke ?

    1. @puanbee, memang geli bee, eee takleh tengok gambar ni hahahhaa sabar jelah -..-”

      akak biasa panggil kacang botol, tp ada kawan panggil kacang botor, akak saja buh kacang botor, kang kalau buh kacang botol cam kacang tu duk dalam botol plak pedahal bukan, eh hahhaha apa2 jelah 😀

  9. biasalah kak.. kedai2 makan ni kadang2 dorang xambil kisah soal kebersihan,..jnji laku..ramai kasteme..huhhu.. dulu pernh mkn dekat temerloh gak… lalat Ya Allah..sampai naik hitam lantai.. uwekkk nk termuntah pon ade. tak jd mkn kt situ.. g fastfood jek

    1. @eiyda, tulah kedai yang kami makan tu memang ramai orang, akak cakap kat abang makan je kat kedai tu mesti sedap sebab ramai orang, tapi tak sangka pulak jadi macam tu -..-”
      kalau tang lalat tu memang akak tak makan dah kedai tu, geli eiiyyeeekk!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.