Resepi Ayam Masak Tempoyak

Salam, memandangkan stok tempoyak kat rumah ni sangat ‘meriah’ so haruslah masak tempoyak pun meriah hiihihi, hari tu balik dari kampung, Mak Mertua ada bagi 1 balang tempoyak fuhhhh tak taulah stok tu bertahan sampai bila, memang banyak tapi i like!! sebab suami memang kaki tempoyak ^___^

Ayam Masak Tempoyak

Dalam memasak ni kita kena kreatif, nanti orang yang makan pun takdelah bosan kan?, saya ni tidaklah pandai sangat memasak, sikit-sikit tu boleh lah, masih juga dalam proses belajar dan terus belajar untuk menjadi yang lebih baik untuk keluarga.

Nak resepi tak?, resepi Ayam Masak Tempoyak ni saya reka sendiri, hihihi, meh saya share yea, kot-kot ada yang teringin nak try kan ^___^

ayam masak tempoyak

Ayam Masak Tempoyak

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Cili kering segenggam (direbus terlebih dahulu)*
  • Bawang besar (yang warna kuning tu) 1 ulas*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Bawang merah besar 1 ulas*
  • Halia agak ler banyak mana*
  • Serai di titik
  • Tomato
  • Tempoyak ikut suka hati
  • Perencah Nasi Goreng Kampung Adabi 1 peket (yang harga 50sen tu)

Cara Memasak :-

Kisar bahan- bahan yang bertanda *, kemudian tumis sehingga pecah minyak, masukkan ayam, tempoyak dan tomato, tomato tu memang saje nak masukkan awal, kiranya masam tu datangnya dari tempoyak dan tomato, kemudian masukkanΒ Perencah Nasi Goreng Kampung Adabi, masak sehingga ayam empuk dan bolehlah di angkat dan dihidangkan kepada orang yang tersayang.

.

.

Ok close up hihihi ^____^

ayam masak tempoyak

.

– Ada yang suruh tukar tagline blog jadi “Blog paling terliur” ^____^

Comments

  1. okey hari ni bee try buat , tapi

    Perencah Nasi Goreng Kampung Adabi 1 peket ni tk de bee gantikan dengan kiub pati ayam heheh ..

    sedappppppp ~

    blog terliur pun sesuai kak..

    1. @puanbee, ha trylah bee takpe perencah tu xde takpe boleh ganti dengan yang lain, ikut kreativi sendiri hehehee yang penting sedap πŸ˜€

      blog terliur ye? hahahhaha sabar jelah πŸ˜€

  2. sesiapa yg minat msk tempoyak, mesti tertonggeng2 terliur…he he
    guna lada yg direbus(mcm chili boh) sebelum blender tu, buat warna jadi merah garang. sy jarang(mungkin xpernah) mkm ayam msk tempoyak. biasa msk lemak tempoyak je.

    1. @Denaihati, hehheee siap tertonggeng2 terliur lagi tu πŸ˜€

      masak lemak tempoyak pun sedap, selalu jugak buat time stok tempoyak banyak, tapi untuk stok tempoyak kali ni belum lagi buat masak lemak tempoyak, nanti nak buatlah nak bagi orang tertonggeng2 terliur hhehehe πŸ˜€

  3. kan saya dah cakap blog ni buat saya terliur. ok bye nak pergi kenny rogers . beli satu percuma satu harini dengan memakai baju/aksesori warna merah.

    1. @Fazreen, mesti dah kenyang, dah balik dari kenny rogers kan πŸ˜€

      oh rabu kalau pakai warna merah dapat special ye?, serius baru tau sebab kalau pergi biasa wiken tu pun jarang masuk kenny

    1. @Azman, biasa buat udang tempoyak, masak dengan ayam pun sedap, ada je orang masak ayam tempoyak, ce google hehehe cuma ramai yang tak tahu, dalam memasak kena kreatif barulah menu pelbagai, tak gitu chef? chef kan? hehee

  4. Pingback: Lal Azmi
  5. wahh..menarik..saya pernah makan sekali gulai tempoyak, masa tu kat kem..huhu..bukan taste saya..tapi tgk dr gambar ni cam besh, sebab nampak cam pedas..tapi sini mana mahu cari tempoyak..huhu..

    1. @cikpuanhady, pedas baru rasa kick hehehe, suami akak suka makan tempoyak, tak kiralah apa pun jenis masakan kalau letak tempoyak dia layan je dengan penuh berselera hehehe πŸ˜€

      ada kat mana tu sampai takde tempoyak? oversea ke?

  6. Pingback: yanmie

Leave a Reply

Your email address will not be published.