Salam, syukur terbit juga entry contest gadget impian saya di blog Denaihati, sekarang ni apa yang saya perlukan, Bantu Saya Menang iPhone 4s tersebut, saya tahu pembaca blog saya semuanya ohsemmmm, betul tak?, senang sangat je tau, bila lagi nak bantu saya kan? hikhik.

iphone 4s

Cara untuk membantu saya, anda hanya perlu mengikuti langkah dibawah ini. tolong tau! alang-alang dah baca dan komen kat sini kan, apasalahnya tolong saya sekali dengan menekan social sharing di sidebar blog ini, terima kasih!.

Berikut dibawah ini saya sertakan entry contest gadget impian saya yang telahpun di publish di blog Denaihati :-

Salam, syukur alhamdulillah terpilih untuk menjadi peserta pusingan akhir ContestGadget Impian anjuran Denaihati.com dan penaja eQurban. Bertuah rasanya terpilih antara 20 blogger yang lain.

Contest Gadget Impian

Sebelum itu saya berharap penyertaan saya ini dinilai sebaiknya, dan tidak diketepikan sebab dah pernah menang sebelum ini. Harap pihak penganjur tidak memandang sedemikian, ini kerana saya telah pun berkerja keras untuk memenangi contest tersebut, saya telah mengeluarkan modal hampir RM400 untuk contest ini di mana saya membuat contest dalam contest iaitu Contest Cabutan Bertuah yang mana saya meraih LIKE, ReTweet, Komen dan G+ melalui contest tersebut. Saya rasa saya layak menang sebab saya ada kesungguhan tersebut.

iphone 4s

Ok bercerita tentang gadget impian, memandangkan boleh tukar gadget impian selari dengan perkembangan semasa, saya memilih untuk memiliki iPhone 4S. Teringin nak live blog macam Denaihati guna iPhone 4S, teringin nak tweet dari iPhone, teringin nak ambil gambar guna iPhone 4S. So. nanti tak perlulah saya bawa kamera gedabak kalau sekadar ingin berjalan-jalan di shopping complex. Cukup dengan snap gambar menggunakan iPhone 4S tersebut, plus rekod video. Kamera gedabak saya tu tak boleh rekod video, yang boleh rekod pun dari Blackberry tu pun cuma 3MP, tak cantik. Hehehe. Boleh rekod guna iPad2 tapi tak seronok pulak, orang pandang semacam sebab iPad2 besar sangat, kalau untuk main game sesuailah.

blackberry

Handphone sekarang, 2nd hand beli dari blogger roslan nazri, Keypad dah tercabut.

Phone HTC yang saya dapat dari Maxis10 dahulu saya dah hadiahkan dengan suami. Phone tersebut tidak sesuai dengan saya, berat dan bateri cepat habis. Untuk seseorang yang kaki online 24 jam macam saya ni memang tak sesuai menggunakan phone tersebut. So, saya berikan dengan suami, saya pakai Blackberry 2nd hand yang saya beli dari blogger Roslan Nazri, since dia pun perlukan duit time tu (niat nak membantu). Sehingga sekarang saya masih menggunakan Blackberry tersebut. Hari tu rosak, skrin buta, saya repair kena caj RM250. Huhuhu. Takpelah asal boleh guna lagi. Sekarang Blackberry ni pula kamera buat hal, kadang-kadang heng tak boleh nak snap gambar. Tu yang dah kurang nak live twitpic gambar kat twitter. Hehehe. Kalau dapat iPhone 4S ni kan best ^____^

spongebob

Saya berharap sangat saya dapat menang Contest Gadget Impian ini kerana saya sudah berusaha sehabis baik, sehari mahu berapa puluh ratus kali saya kempen kat laman sosial untuk membantu saya mendapatkan markah. Sehari jugak berapa puluh kali saya pantau blog rakan-rakan lain yang turut serta dalam contest ini kerana saya tidak ingin ketinggalan di belakang. Saya tidak suka buat kerja sekerat jalan, alang-alang berperang biar sampai jadi pemenang.

Dan saya yakin juga dengan berkat usaha berterusan insyaAllah ada rezeki untuk saya. Pilihlah saya jadi pemenang (ayat serius). Anda sendiri nampak kesungguhan saya dalam contest ini bukan? Di samping jumlah markah yang telah saya perolehi, boleh kata balance ke empat-empatnya, saya mempunyai RT yang banyak, Like yang banyak, Komen yang banyak dan G+ yang boleh dikatakan banyak jugak.

Saya yakin pihak penganjur dan pihak penaja pasti tidak menyesal untuk memberikan hadiah tersebut kepada saya. Ini kerana saya akan gunakan gadget tersebut sebaiknya, saya akan gunakan sendiri, saya takkan sesekali jual hadiah penghargaan tersebut, sebab ada sesetengah orang bila dah dapat mereka tidak gunakan, malah jual pulak. Lebih baik berikan kepada orang yang betul-betul inginkan gadget ini, seperti saya ^____^ hikhikhik.

Itu jelah kot. Rasanya cukup untuk saya gambarkan betapa saya ingin memenangi iPhone 4S tersebut. Terima kasih kepada penganjur dan penaja kerana menganjurkan Contest Gadget Impian ini, dan secara tak langsung membuka peluang kepada kami untuk memiliki gadget impian tersebut.

Semoga Allah S.W.T melipat gandakan rezeki Penganjur dan Penaja. InsyaAllah. Amin.

Aku yang nak menang ^____^
Yanmie

– So sudilah kiranya membantu saya ye, klik -> iPhone 4S Gadget Impian Yanmie untuk membaca luahan hati saya disana  ihikkk, makasih semua ^___^

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak SitiJaws.my dan Serverfreak

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

83 thoughts on “Bantu Saya Menang iPhone 4s”
  1. Seperti yg saya agak,kak yan boleh menang dengan bantuan rakan2 blogger sekalian.Memandangkan blog Kak Yan ramai pembaca setia,tak mustahil mereka tak bantu.dah tweet,like,dsbnya goog luck.
    azman recently posted..Ragam Kaki NomborMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge