Salam, semalam buat kerang rebus, ala simple je pun, letak halia, serai, bawang, garam dan perasa sikit untuk membangkitkan lagi rasa kerang tu, nak-nak pulak kerang tu yang fresh punya pheww sedap! tapi yang jadi masalahnya macam mana cara nak bersihkan kulit kerang?, ok saya twit tanya rakan-rakan kat twitter hikhik
Waktu ni Talian Streamyx kat rumah problem, nak google cara memang susah, terhad sangat, so saya twit dari BB je, nasib baik BIS tak tamat tempoh lagi hehee, tanya kawan-kawan soalan diatas, see ada rupanya yang bersihkan kulit kerang guna berus gigi, sampai besok, lusa…dan kerang tu busuk baru dapat masak hahahaha.
Haa yang ni kerang dah siap rebus, Aiman dan Haziq ratah kerang tu je, cara saya bersihkan cuma menggunakan bekas jarang yang berlubang-lubang tu, itu jelah kot cara paling senang, nak cari hampas kelapa kat mana kan?, biasa beli santan kelapa yang dah siap perah tu, tak dan nak jumpa sabut kelapa hehee, nak berus kulit kerang? owhhh tu memang dah takde keje lah tu hahahhaaa.
Nampak kulit kerang tu masih hitam sikit kan, tapi serius basuh kerang tu sampai ketiak basah tahu tak? hahaha, agaknya kerang tu spesis gelap sikit kot hikhik. Sedap cicah dengan air asam 😀
– Siapa da cara lain basuh kerang ni?, boleh lah share ye..
bersihkan guna batang pisang je….lagi seng…cept tanggl dy pnye kotoran…kerg nmpk bersih
macam-macam cara korang semua gunakan,.hampir pecah perut saya ketawa..bagus…saya ada cipta satu mesin khas 4 in 1..khas utk suri rumah,restoren dan hotel.. harga hanya seperti sebiji blender.. boleh cuci kulit kerang dlm 6-7 kilo dalam masa beberapa minit, cuci kulit bawang mgkin sampai terkupas, cuci kulit ubu kentang, dan asingkan bijih dri cili kering,, ada sebarang pendapat atau pertanyaan sila berkongsi pendapat..pandangan anda semua utk saya janakan idea konsep baru yg modern..
owh begitukah cara bersihkan, kalau dikedai makan saya suka kerang rebus ngan kerang bakar, memang best
guna pucuk jambu batu sure bersih punyelah!!!tapi mane ade pokok jambu kat rumah kan?
kalau bab2 cuci kerang ni biasanya suami sayalah yg rajin duk gosok kulit kerang..dia guna berus gigi yg dah lama..kahkah
saya suka kerang bakar tapi tak terlalu kering.. 🙂
tapi tak semua orang pandai masak, kalau x pandai basuh bila mkn rasa tanah..
Yang biasa gunakan untuk membersihkan kulit kerang yang berkerak samada mengunakan batang pisang atau berus sahaja.
nak tahu petua macam mana nak
pastikan kerang mati yang berpasir]
busuk dari masuk dalam periuk kia?
Pernah dengar daun senduduk ke? Kalau tak tahu cari kat google. Orang tua kat kampung dulu sental kerang dengan daun senduduk .. pehh jadi putih kulit kerang tu. Lama juga nak adjust makan kerang yg kulit luar gelap tu.
banyak kat dalam
ladang sawit daun ni 🙂
memang kulit dia hitam tak kan boleh putih pun tapi yang nak makan isinya bukan kulitnya so buat apa nak susah payah nak berus bagai kan?
ler..beli mesin basuh mahal-mahal tu apa gunanya…
Wakakakakkaa ooo titan basuh kerang guna mesin basuh ye?
aah. malas punya pasal. haha..
jawapan ko paling legend la titan hahaha
owh..itu basuhan yang biasalah akak guna untuk buat kerang rebus..ingatkan yan nak masak tomyam kerang ke..kalau guna cara yang akak buat tu..kulit kerang tu bersih dari hitam2 tu.. 😛
ni memang jenis gelap kak, ada try gak berus2 tu xmo nk hilang, selalu hilang je hitam2 tu, takpe ok je pun takde kotor masa rebus tu, anak2 suka sangat makan kerang rebus, sebelum ni diorang tak reti makan, lepas ni bolehlah buat selalu 😀
bersihkan guna batang pisang je….lagi seng…cept tanggl dy pnye kotoran…kerg nmpk bersih
model yg pegang kerang tu aiman ker?
dia pun mcm geli2 jer pegang…hehe
eheee salah, haziq tu, jenuh aiman tukang buang kulit tuk dia hehee 😀
apahal hari ni semua tekaan salah jer…
tgk gebu semcm jer tgn tu mcm aiman jer…
seorg abg yg penyayang memang camtu, tapi kalau time gaduh memang tak ingat abg adik syg nyer ler…hehe
heheee tangan je berisi tu, masih maintain slim hahahhahaa
kalau gaduh, Ya Allah gaduh sungguh, ni suara Yan dengar 1 taman hehee 😀
kerang rebus mmg sedap cicah dengan sos pencicah
betul tu, tapi akak lagi suka cicah air asam, gigit2 bawang ngan cili tu sekali hehee 😀
salam kak , kalau saya guna berus sabut tu , letak dalam penapis dan basuh lah gosok secara random bukan satu2 hehe .. bersih juga
Salam Bee,
Oh ok thanks for sharing, nanti kena beli berus sabut lain khas untuk berus kerang hehehee
berus satu2 sampai besok tak siap bee hahaha 😀
haha memang kena beli berus utk kerang 1 , gosok je bawah air paip sampai cerah sikit , tp biasanya dah hilang lumpur tu dah ok dah
berus sabut ada untuk berus rim tayar keta wakakaka, kena cari 1 ni.
betul tu bee, tak semestinya kena bersih putih tu baru boleh makan, akak basuh tu pun dah takde koto2 dah, takde pasir ke tanah ke, dijamin bersih 😀