Salam, semalam dinner di Port Klang, Restoran D’Mesra Seafood, menu yang kami order memang sedap, harga pula sangat berpatutan compare makan dekat 1 restoran tu (pernah entry kat blog), yang ni memang puas hatilah, sampai tak larat nak makan, dah ler sedap, banyak pulak tu hihihi.

D'Mesra Seafood Klang

Restoran ni kat tepi jalan je, ha ye alamat macam kat atas tu, kalau agak-agak terasa nak makan kat sini trylah datang klang, serius sedap, bagi kamilah anak beranak ni memang bernafsu sesangat makan semalam hikhik sebab bukan senang nak jumpa restoran yang menyediakan makanan yang kena dengan tekak kita ni kan.

Aiman

Aiman kata lapar, tapi nak makan kat kedai kikiki bebudak sekarang ni kan…

haziq

Haziq sementara menunggu order sampai

air

Carrot susu, Apple susu, Neslo Ais dan Milo Ais untuk kami berempat hikhik

ikan siakap 3 rasa

Ikan Siakap 3 rasa, serius tersangat sedap, Aiman dan Haziq makan banyak.

ayam masak gajus

Ayam masak gajus, serius 1st time makan menu ni, Ya Allah sedap sangat, gajus tu banyak plak tu heee terbaiklah!

Tomyam Campur

Tomyam Campur, fuhhhh sedap sangat, dia punya pedas tu kick sangat, disebabkan sedap punya pasal aiman hirup jugak kuah tomyam tu hehehe, yang ni usik kuah tomyam sikit je, pastu suh bungkus sebab tak luak langsung, tak larat nak makan, kenyang sesangat, nak tinggal sayang sebab sedap hahahahahaa, lagipun isi banyak, amik kuah je tuk aiman hehee.

udang goreng tepung

Udang goreng tepung, fuhhhhh besar-besar udangnya, suami makan seekor je, anak-anak tak nak makan sebab dah kesedapan sangat makan ikan siakap kat atas tu, yang lain-lain diorang tak pandang dah hikhik, so saya sorang je konon nak perabis, sudahnya udang tepung ni tak habis jugak pun, tapi serius sangat sedap, fresh udangnya, sib baiklah dah kenyang sangat kalau tak abis licin hehee

kailan ikan masin

Kailan Ikan Masin, ok memang sedap!, banyak cili padi, krup krap je makan cili padi tu hahahaha

aiman dan haziq

Haziq dan Aiman tengah khusyuk makan heheee

Menu diatas merupakan menu Set A, hidangan untuk 4 orang, harga menu Set A termasuk Air iaitu RM 77.30 sen, sangat berpatutan dan berbaloi sesangat sebab hidangan yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka. saya cadangkan korang sediri try makanan kat sini, serius rasa sekali pasti nak lagi.

– Insyaallah boleh jadikan restoran kegemaran selepas ini 😀

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

35 thoughts on “D’Mesra Seafood Klang Memang Sedap”
  1. Ada satu lagi tempat seafood sedap sangattt.

    Mee udang ,ikan bakar pun ada.Udang paling besar ,tak pernah tengok sebelum ni.

    Nama kedai Mee Udang klang Sentral ,tak jauh dengan Sani express terminal.

    Tak rugi try.

    1. Pernah pegi mee udang depan klang central tu dua kali.. rasa mmg superb.. tapi 2 kali gak la ceriberi.. xtau sebab apa..

  2. Ada satu lagi tempat seafood sedap sangattt.

    Mee udang ,ikan bakar pun ada.Udang paling besar ,tak pernah tengok sebelum ni.

    Nama kedai Mee Udang klang Sentral ,tak jauh dengan Sani express terminal.

    Tak rugi try.berbaloi gi cari.

    1. ha ye blog ni memang dari dulu sampai sekarang suka tunjuk makan, sapa yang tak tahan tu jangan masuk hahahaha.

      diet tak semestinya tak boleh makan, tu dah salah tu, ni pun bukan makan sorang, makan dengan family, ada family untuk diberi makan, takkan nak bg diorang diet sekali kehkehkeh.

      berhenti sebelum kenyang tu pasal tolak udang tu hehe, pedahal dah kenyang sangat, xleh masuk dah 😛
      yanmie recently posted..D’Mesra Seafood Klang Memang SedapMy Profile

    1. Kesian dia kena tinggal ye hahahhaaaaa, teringat pula masa suami duk sensorang kat rumah, tetiba rajin, cat 1 rumah, bersihkan peti ais, kemas kebun sekangkang kera, macam2 lagi lah, nampak sangat bosan duk sensorang hahahhahaa, agaknya ejam pun cam tu kot hehee.

      Alamak bencana perut?, macam dahsyat je bunyi tu hikhik 😀
      yanmie recently posted..D’Mesra Seafood Klang Memang SedapMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge