Salam, semakin lama semakin terasa sangatย Harga Barang Semakin Naik, dari sekecil-kecil barang hinggalah ke sebesar-besar barang, kalau barang lain seperti perhiasan/perabot naik tak kisah sangat, tapi bila barang dapur yang naik harga, memang membebankan pada mereka yang kurang berkemampuan.
Baru ni shopping barang dapur, biasa beli Jagung Bunga/putik jagung ni harga dalam 99 sen je, baru ni beli terkejut tengok tanda harga tersebut, untuk 4 batang putik jagung tu rm 2.49, dah sama harga dengan jagung besar 3 batang -..-“, ambiklah juga sebab putik jagung tu antara barang yang perlu ada dalam list.
Sebenarnya banyak lagi barangan kecil-kecil macam ni yang harga naik cuma antara kita sedar ataupun tidak, nak tau daun limau purut yang hanya beberapa helai dalam plastik tu pun dah naik harga, dulu 0.50-0.90 sen, sekarang dan rm1.20, dan pernah beli juga dalam harga rm2.00 sepeket kecil tu, untung ler sapa yang ada tanam pokok limau purut, cabut je kat belakang rumah.
Pokok serai yang di tanam oleh Mak Mertua ^_____^
Serai pulak kalau kat tempat biasa saya beli agak mahal jugak, seikat tak silap 0.60sen, ada 3 batang je, tu pun kecik-kecik. nak guna sekali masak untuk seikat tu pun belum tentu ada rasa serai, sudahnya saya ada 4 pokok serai kat laman rumah heeeeee ๐
Ada banyak lagi barang yang naik, cuma kita fokus pada barang dapur je, sebab barang tu yang lebih penting untuk seharian kita, takde barang-barang ni makan nasi dengan garam je gamaknye kehkehkeh.
– Gaji naik barang pun naik, acane tu??
x lama lg duit kertas akan jd x bernilai…
eloklah bercucuk tanam sndiri…
kalo mampu belilah emas dan simpan utk kegunaan masa dpan.
Kenaikan harga barang tu tak dapat dielakkan, cuma mungkin boleh diringankan bebanan dengan pelbagai inisiatif sama ada inisiatif sendiri atau bergantung kepada inisiatif kerajaan. Memandangkan inisiatif kerajaan selalunya berbentuk one-off, ada baiknya berusaha menambahkan sumber kewangan, kurang-kurang boleh buat belanja dapur. Bagi yang takde tanah, buat perancangan menu mingguan atau bulanan untuk masak di rumah pun boleh jimat belanja dah tu, daripada beli bungkus. ๐
kan, barang makin lama makin naik..huhu..yg mana boleh tanam tu, baik tanam sendiri..
tiap2 tahun ada inflasi so inilah yang terjadi.
Memang terasa..kalau rm 50 tu sikit jer dapat sekarang ni.
memang kak , kicap manis cap kipas udang tu cthnya ..dulu botol kecik RM3.80 , botol besar RM5.80 , sekarang botol kecik RM5.50 botol besar dah RM8.90 ..cer bayangkan kak , berapa RM tambah tu ?
banyak lah yg lain2 naik harga rasa mcm makan kat kedai yang dah siap masak tu lg murah , dr kita beli barang dan masak di rumah .. tapi ye lah ..tk best lak makan di kedai kan..
eeee betul tu bee, kicap kipas udang tu memang naik mendadak, giler betul lah, akak mula2 perasan tu siap pi scan balik kat mesin barcode tu kot-kot salah rupanya memang betul, lah ni tak beli kicap kipas udang tu, tak berbaloi rasanya.
akak beli kicap jalen, sedap plus harga berpatutan ๐
saya dah lama sangat x beli barang dapur, so x tau harga naik ker x, malah x tau nk compare, hehee,
yelah kan orang bujang, biasa tapau je ๐
heran betul….naik gaji baru umum & belum pasti lg…harga barang melambung, kesian orang kg
betul tu, kadang2 diorang ambil kesempatan -..-“
gaji kakitangan awam kenaikan ditangguh, barang2 naik mendadak. peniaga ambil kesempatan jekan. nak tanam, kalau kat kg bolehlah tanam mcm2 segala pokok. kat bandar tanam dlm pasu boleh la.
kalau barang2 ni dah naik harga konpom xboleh turun dah.
saya tanam dalam pasu pun hidup tk mau mati segan ahakss..
jangan putus asa Bee, nanti membesarlah tanaman tu, orang kata nak bertanam ni kena banyak sabar ๐
betul tu setuju sangat, kalau barang dah naik memang takkan turun dah, turun je kalau ada pemantauan dari pihak berkuasa.
nak naik senang nak turun tu payah uhukkk
betul tu,skrg ni semua benda mahal..semua nak cepat kaya…huhuhu
paling kesian pada golongan yang kurang berkemampuan ๐
Saya sudah mula mengesan kenaikkan harga sejak tahun lepas. Apa tindakan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal harga.
ye betul tu sejak tahun lepas memang perasan sangat harga barang semakin meningkat, haishh tak bolehlah macam ni, kalau tak dapat dibendung nanti makin berterusan -..-“
Kalau rumah teres bolehlah tanam apa-apa yang patut.
Kalau rumah flet ni, bleh tanam guna hidroponik jer….
ye2 betul tu, tapi tak ramai yang nak tanam guna hidroponik kan ๐
rm50…beli gas setong,beras sekampit…licin…
ha ye betul sangat tu kak ๐
saya salu kalo membeli tak tgk harga,main amekk jek.tapi skang sesejak umi n abh da bersara mmg kn pandai la berbelanja.harga b arang mang naik sangat kak yan.yang boleh tanam better kita tanam jek.. cam kat umah saya ada daun kari, limau purut, serai,limau kasturi.jimat skit kan.
akak pun dulu jenis gitu main ambik barang je, harga belakang citer, tapi lately akak perasan banyak barang naik, tapi amik ler juga sebab benda tu dah jadi keperluan seharian, nak buat macam mana kan.
baguslah ada tanam, akak teringin nak ada tanaman macam kat rumah eiyda tu tapi akak tanam tak mo nak menjadi hehee.
seronok balik kampung mak mertua, macam-macam tanaman ada, petik je kat belakang rumah, ni kat sini sampai daun2 pun nak beli heheehe ๐
sekarang ni RM50 boleh kira berapa sangat ler barang dapur yang boleh dibeli.
kenaikan yang rakyat biasa seperti kita sangat terasa, bukan orang2 yang hidupnya semua boleh hantar claim tiap2 bulan tu (pak menteri).
diharapkan adalah peniaga yang masih ingin beramal dalam perniagaan, InsyaAllah akan lebih melimpah-ruah rezeki nanti.
betul tu ejam, dulu rm50 tu kalau shopping kat chowkit dah boleh dapat ikan, ayam, sayur, bawang, ikan bilis, rempah2, now kalau kebetulan beli barang kat chowkit jangan harap ler rm50 tu cukup. tu baru kat chow kit belum kat pasaraya lagi, paling2 rm50 tu abis kat ikan/ayam je -..-“
Betul , saya kalau jumpa port kedai yang jual2 murah2 sikit dr kedai lain , dah tentu jadi pelanggan tetap ..rezeki tu kan ..
betul tu Bee, so far untuk barang2 dapur akak suka beli di econsave, jauh lebih murah berbanding pasaraya lain, seafood pun fresh2 lagi ๐