Hari-hari Mau

Salam, ha ye ni aktiviti baru anak-anak, stok epal kat rumah ni tak pernahnya kering, abis je epal tu mesti nak topup (dah macam topup phone plak heee), sebelum ni buah epal saya seorang je yang makan, anak-anak memang tak pandangnye, nak makan apatah lagi kan.

makan epal

Ni semua lepas saya beli epal yang ala-ala warna pink tu, bukan epal fuji, epal apatah namanya, mula-mula saje nak bagi rasa plus nak paksa suruh rasa sebab sedap hihihi, sekali tu sedap agaknya kat tekak diorang, sehari mau 2-3 kali ulang nak makan, so perutukkan 2 biji sehari untuk seorang hahaha, oklah tu kan makan buah dari tak makan.

makan buah epal

Nyummm…nyummmm, haziq tengah kunyah buah epal

Ada lagi 8 biji tu, tahan untuk 2-3 hari ni, kena pi cari lagilah nanti, sebab dah diorang suka makan kan, oh ye nak tau kat rumah ni stok buah-buahan memang banyak, kadang-kadang tu peti ais dah macam kebun buah-buahan hahahaha.

Antara buah yang selalu saya beli antaranya, strawberry, kiwi, epal, anggur, pisang, tomato cherry, avocado, mangga, semuanya sedap-sedap belaka hiks! nak tau saya suka potong kecik-kecik semua, kemudian campur-campur semua tu dan makan gitu je, kurang berkenan letak dressing. ha bukan saya je yang suka, suami dan anak-anak pun suka.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Hari-hari Mau”

  1. hehe.. tajuk tu best, hari-hari mau, masa kursus kahwin dulu la ustaz tu cerita pasal suami hang perangai macam harimau, hari-hari mau, semua gelak, saya tak paham pun, balik baru paham.. budak2 lagi la kata kan masa tu..

  2. saya ni kurang suka makan buah..kalau saya suka makan pun tentu buah yg saya suka tu susah nak dapat terutama sekali buah ciku memang peberet saya..pokok2 ciku kat kampung2 sekarang kebanyakannya dah pupus..adoi..mana nak cari ciku ni…ciku ciku ciku ciku

    1. eeee epal hijau memang agak susah nak masuk, hahaha, kalau nak juga kena buat jus epal letak susu sikit baru boleh telan hehe, terer betul diorang ye 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.