Salam, semalam punyalah bosan ya amat, tak tau nak buat apa, apalagi selongkar barang apa yang ada, sudahnya terhasil lah Donut Big Apple Versi saya hikhik.
Nak membentuk tu yang rumit bagi saya, sebab saya ni bukan jenis tangan lembut, bukan jenis yang kreatif, ikut dan je yang penting sedap ekekeke, untuk yang ni saya bentuk guna cawan 😀
Inilah dia Donut yang saya buat tu, kenkonon nak buat macam Donut Big Apple tu hahaha, dari segi rasa memang boleh tahan sebab dalamnya lembut sesangat, celup pulak dengan coklat, yang hias tu suh anak-anak hias, ikut suka hati diorang, dan hasilnya macam kat atas tu, pandai juga diorang hias (pedahal campak-campak je pun hahaha).
Saya tolong celupkan coklat je, anak-anak yang hias, comel jugakkan heeee comot-comot tapi kadang-kadang comot-comot macam ni kira seni jugak kan ihikk.
Haziq makan sambil tengok TV
Tengok tu sampai menjilat jari hehehe
Untuk donut yang dapat dihasilkan semalam, ada 20 biji donut, siapa nak perabis tu? saya rasa gitu-gitu je sebab saya masih dalam misi Projek Besar saya, maklumlah 1st time buat tak dapat nak anggarkan lagi berapa biji boleh dapat, takpe next time saya kena kurangkan kuantiti bahan tersebut, dapat 5-6 biji pun dah ok, ni siap letak dalam peti yang balance-balance tu, nak makan baru goreng.
Kebetulan ada rakan dan biras nak resepi ni, ok saya kongsikan kat bawah ni ye :-
Bahan-bahan :-
- 700gm Tepung gandum / 3 cawan
- 3/4 Susu cair
- sedikit garam
- 1 paket Yis yang 11gram tu
- Telur 2 biji
- Majerin 3 sudu besar
- Gula Kaster 4 sudu besar
- Campurkan semua bahan tadi dan uli sehingga menjadi doh, saya jenis malas so saya guna mixer je hehee, senang keje.
- sekiranya doh nampak keras tambahkan sedikit susu cair tadi ataupun sekiranya doh terlalu lembut dan melekit kat tangan, tambahkan sedikit demi sedikit tepung sehingga doh tak melekit kat tangan.
- dah siap doh tersebut biar kan doh tadi dalam 30-40minit dan tutup menggunakan kain lembab, biarkan doh tersebut mengembang 2x ganda dari saiz asal.
- siap proses kat atas tu bolehlah canai doh tersebut dan terapkan mengikut saiz bulatan yang korang nak.
- Goreng menggunakan api panas sederhana
- dah siap goreng angkat dan toskan, biarkan sejuk dahulu
- bahan-bahannya, serbuk coklat, susu pekat, susu cair, gaul sampai likat dan berkilat.
- ambil donut tadi dah celupkan, seterusnya terbalikkan, jangan risau coklat tu dia akan rata sendirinya.
- hias dengan coklat rice, almond nib atau apa sahaja yang korang suka.
- siap untuk dimakan
- jangan lupa snap gambar HAHAHAHA

1 gigitan untuk setiap pembaca blog ini hehehee
– Nanti boleh masuk list untuk makan-makan punya menu ^____^
Nyam..Nyam… LOok Delicious… 🙂
as-salam kak, sy nak try.. mase bancuh tepung tu xde gune air ke?
WAU
Terimakasih kerana berkongsi resepi! anak2 memang suka bab donut gini…
setelah sekian lama tanpa entri makanan, kini ia kembali. yummy
fuh..mmg terliurlah tgk gambar donut tu. nasib baik tgh pantang bersalin, kalau tidak mahu terus buat ni. insya allah habis pantang nnt nak cuba resepi donut kak Yan 🙂
sedapnya … rasa nk g beli big apple lah pulak
yuhuuuuuuu ………..
nampak sangat sedap 2..comel..warna warni lagi 2
ah tidak, lapar plak bila dah terbuka entri ni…dapnyer..dapnyer..
boleh dijadikan aktiviti bersama anak2 kan…untuk develop kreativiti diorang..
sedapnyer..
wahh..donut ni peberet hubby..zahra tengok mood..boleh la try buat nanti..
Ini memang menjadi kegemaran kanak-kanak ni…. 🙂
cuma tak boleh bagi makan manis sangat.
ni dh kalah dah ni design big apple..:-p
Nampak menyelerakan…emm..nyam..nyam
Wah sedapnye.. saya pencinta donut.. sebab tu saya bulat.. 😉
sedapnya…buat sendiri ker?
Pergh!!!
Terliur kak tengok donat tue.
Nak try buat tapi gula kaster tue gula apa?
anak2 kurang teruja dgn donut… jd ibunya tak pernah rajin nak buat donut… hehhe
rajinnya Kak Yan… nak makan sikit tp sanggup buat..nmpk mcm sedap tu..
wah.. sedap2 saya dan isteri gila makan JCo.. nak suruh dia try buat juga la..
balance dr 20biji tu boleh la poskan ke…
bagusnyalaa yanmie ni… rajin
Emm .. menyelerakan ! Tentu sedap. =)
Lama juga tidak makan donut kerana manisnya tapi kalau ada yang belanja tidak menolak. 🙂
sedapnyeeeeee…….terus lapar…
sedapnya donut tuh!
wonderful. kak yan kalau nak lagi lembut dan gebus
campurkan sedikit tepung kentang.. gebus giler..
oh yeker?, okes thanks for sharing, next time akak try letak 😀
dah lama tak buat donut sendiri kak yan. kalau anak2 saya dpt yg deko2 hebat cam kat atas tu…. kompem cepat je licin!
budak2 suka makan benda yang comel-comel, salah satu rangsangan gak tu nak bagi diorang makan kan 😀
patut la banyak 700g tpgnya.. btw resepi senang, bleh try nanti. jeles tengok haziq makan sememeh mulut.
700gm tu lebih kurang 3 cawan gitu
hoho..tak berani makan banyak-banyakkk..nanti kurus..
ala perli lah tu 😀
haha baru juga buat di kampung kelmarin .. sedappp ..dan tk teringin sangat lah .. masih lagi dengan projek diet tu ..
akak rasa gitu2 je bee, tak berani nak makan banyak sebab tepung plus manis, masih under projek besar lagi ni, tapi anak2 suka lah, lagi2 nampak comelkan, diorang berselera je makan 😀
Wahhhh sedapnya kak. Nak cuba la lepas nie. Memang tercari2 resepi donut nie. Hihih
trylah senang sangat nak buat tu 😀