Salam, tengok tak Program Realiti baru yang berbentuk pengacaraan di Astro iaitu On Air?, nak tahu, blogger Hilal Azmi terpilih antara top 10 menjadi perantis lelaki On Air, tumpang gembira untuk beliau, salah seorang blogger adik yang rapat dengan saya.
Saya dah 2 kali kot jumpa dengan Hilal ni, suami pun dah jumpa dengan dia, yelah dimana saya disitulah suami kan hehee, sejujurnya gembira sangat Lal terpilih dalam program realiti ini.
Seperti apa yang Aznil Nawawi dan Suhaimi Sulaiman katakan, akak memang setuju dengan mereka, Lal mempunyai pakej, yang bestnya diorang kata muka Lal sangat menyenangkan dan sesuai untuk berada di Astro Oasis, nak tahu bukan diorang je, akak ngan abang pun fikir gitu gak heheehee *nak gula-gula*
Kepada lal, adik angkat yang dah terangkat ni hahahhaa, good luck, do ur best!, akak tau ramai rakan blogger yang gembira dengan apa yang Lal buat sekarang ni, pakej dan cara penyampaian dah ok, tapi improve lagi, akak nak Lal boleh pergi jauh dalam bidang ni.
Jom LIKE dan Follow Hilal Azmi :-
Fanpage : Hilal Azmi
Twitter : @hilalazmi
Facebook On Air Astro : https://www.facebook.com/OnAirRIA
.
Mula-mula jumpa hilal saya cakap kat dia, eeee hensemnye Hilal ni, tahi lalat tu menambah manis, malu terus dia, HAHAHAHA.
..
– Tahniah Lal, Pesan akak, bila dah berjaya nanti, pandai-pandailah membawa diri yea 😀
oo… peserta On Air…
Blogger femes
tahniah..semoga berjaya menjadi pengacara yg bagus nanti
hilal azmi memang hensem n peramah..tahniah buat hilal. 🙂
good luck hilal azmi
Thanks bebanyak Kak Yan atas entry menyokong sy ni… Sy amat menghargainya.hohohoh
@lAl, boleh online juga ye ? ingat tk boleh heheh
tahniah. walaupun tak kenal. hehe
@Apih, Hahha.. thanks apih. 😀
Tanniah kepada Hilal kerana terpilih, Buat yang terbaik.
@akubiomed, Akanku usahakan yg terbaek agar nama BLOGGER xtercalar.. 😀
thniah buat hilal ye..
@syu90, Thanks syu…. 😀
@lAl, wecome..^___^
oh..inilah hilal rupanya..
@titan, hew hew hew… ni la Hilal.. 😀
tahi lalat manis tu, tu yang menambah kemachoan lelaki kacak.
fuh tak sangkakan blogger on air tu..lepas ni mana taw google on air ke tangan kakyan 😛
Tuhlah..rezeki hilal dah kat situ, sama-sama kita doakan beliau terus berjaya dan jangan sesekali lupa diri..
@JAI, Insyaallah.. doa kalian akan memberikan jutaan berkat.. insyaallah. 😀
saya kenal Lal di twitter jer.good luck Lal
@azmanisma, haliuuu.. 😀 sorry la kalo TL slalu semak ngan tweet yg merapu..ahaha
selamat berjaya hilal , walaupun tk kenal sangat heheh bangga juga sbb dia blogger ..
@puanbee, thanks PuanBee.. slalu nampak ja nama PuanBee ni.. 😀
@lAl, Eh , hilal jawabkan ye .. tahniah sungguh2 ni , kelmarin dah malas tengok ON AIR , tp dah tahu ada blogger leh le layan tengok ..buat betul2 tau .. kalau tk kena kang kena kutuk ..hahah lawak je
selamat datang ke arena RETIS yer hilal…hehe
muka mmg penuh cahaya, sesuai sgt2 utk ditempatkan kat oasis.
lepas ni ramai ler anak2 muda tgk saluran oasis plak…kan.
selamat berjaya yer hilal.
@ejam, heheee tulah ni dah nak jadi RETIS, comfirm twit kita dia buat tak nampak je pas ni hahahhaa *gurau*
@yanmie, wah! nampak ler..ahahahha… takut xsempat nk reply ja.. 😀
blogger menjadi dj..hebat
@nancypoh, dj?
@yanmie, ada latihan utk DJ jgak.. tpi pemberat pada rncangan TV. 😉