Salam, phewww mood blogging sudah mari sebab masalah blog sebelum ni alhamdulillah sedikit sebanyak dah dapat diatasi oleh saya sendiri kiikikikik, tahniah pada diri sendiri heheee, Macam-macam hal betul bila blog ada masalah, semuanya timbul lepas saya tukar themes blog.

blog

Memang saya tahu apabila menukar themes blog sedikit sebanyak akan menjejaskan trafik dan SEO blog, setelah sebulan 1-2 kali bertukar themes, saya semakin pelik, kenapa trafik blog ini semakin merudum?, yang sangat menyedihkan bila google “yanmie”, malahan Denaihati yang duk 1st index haha, tak aci betul.

So semalam saya menyiasat themes baru yang slide tu, rupanya themes tersebut tidak ada H1 Tag, sebab tu homepage blog tidak di index oleh google, sebab tu sitelink ghaib ntah kemana, tapi setelah masalah dikenal pasti, saya tukar themes sekarang ni, lama juga saya guna themes ni, bertahun-tahun jugak, tapi inilah yang terbaik buat blog saya, ok saya guna sampai bila-bila ekeke *harapnye lah*.

Setelah saya menukar themes, tak sampai 1 jam sitelink blog saya dah dapat semula, yeayyyyy!!!, ok sekarang saya faham, yang cantik tidak semestinya terbaik hiks!, tu pun macam-macam error saya jumpa semalam, tapi sitelink tu belum update lagi home desc, error semalam pula kat desc tu hee, amik masa sikit nak update.

PR pun dari PR4 turun jadi N/A, ingatkan lepas tukar themes akan pulih semula apabila google membuat PR Update, ternyata saya silap, semuanya sebab masalah teknikal pada blog ini, terima kasih pada rakan-rakan yang perihatin, ada yang menghantar email memberitahu hehe, makasih Azmanisma sebab begitu perihatin.

ha semalam macam atas tu pun ada, penat heheee

Bayangkan saya tidur dalam pukul 4 pagi gara-gara nak setel problem blog ni, error segala macam pelik yang keluar, segala syntax error yang keluar sampaikan blog ini tak dapat dibuka macam biasa, jadi blank putih je, takde apa-apa, lepas tu keluar pulak syntax error, saya bermain-main kat cpanel, try and error, orang kata kena berani baru ilmu tu bertambah.

Alhamdulillah setelah pelbagai usaha dilakukan, berjaya juga buat blog ni normal macam biasa, mana tidaknya nak minta tolong kat orang pun mana ada kawan-kawan yang online pada pukul 4 pagi, kalau ada pun yang tak berapa nak biasa dengan saya, tu pun tak ramai yang berani nak menggodek-godek cpanel ni.

Apa pun terima kasih buat sahabat saya KulanzSalleh, beliau memang banyak membantu saya, themes sekarang yang saya guna ni pun kalau takde dia memang takde themes ni, alhamdulillah themes ini saya dah gunakan bertahun jugak, terima kasih Lan, guna balik themes ni heheee.

– Paling mencabar semalam bila time edit blog, streamyx pulak buat perangai -..-“