Salam, semalam Pertama Kali Masak Laksa Penang, oh takdelah susah mana pun nak masak Laksa Penang ni, cuma leceh sikit bab nak asingkan isi ikan dari tulang ikan tu, tapi no problem small matter je hehee, layan!

laksa penang

Resepi ni hasil perkongsihan dari rakan-rakan twitter dan google sekali, tang kuahnya memang sedap sangat, pekat terasa sangat isi-isi ikan tu, tak macam beli kat luar, cair hehee

laksa penang

Laksa Penang ni pekat sebab letak Ikan Sardin Tin, blender bersama Isi Ikan, bawang, cili kering, cili padi dan belacan, oh yea Ikan Sardin tin tadi dibuang sosnya yea.

Nak tahu anak-anak saya makan memang berulang, sedap katanya heeeee, seronok betul dapat masak sedap-sedap untuk family kan nnggee~, lagi-lagi ini merupakan Pertama Kali Masak Laksa Penang.

mangkuk

Licinnnnn, maksudnya???

.

– Teringin tak semestinya ada makna lain kan?, ni sebab lama tak makan 😀