Salam, baru-baru ni kami ada ke KLCC, tujuan asalnya adalah untuk Meeting Bersama Specialist Google Adsense Dari Google.com, tetapi dah alang-alang ada kat KLCC kan, so kami tak lepaskan peluang untuk melihat Showcase Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 Di KLCC ni, entry ni sepatutnya publish khamis lepas hahaa, mood kelaut so hari ni baru nak publish, layan~
Nak dapatkan angle cantik untuk gambar kali ni memang susah sebab ramai je orang duk berkerumun kat depan kereta tu, so layankan jelah gambar yang tak seberapa dari saya hikhik.
Aiman dah Haziq, ehhh nampak perut Aiman cam muncit ler -..-“
Segak bergaya ^___^
Ok serius i like this picture 😀
Wiwwiiittt cun betul kereta tu duk kat atas ^___^
Pheeww~ seriau, lalu bawah tu pun lelaju hahaha.
Petronas Formula 1 Grand Prix menjadi lokasi kedua bagi tahun 2012 ini, hari ini 25hb merupakan hari perlumbaan, sudah tentunya ramai yang sedang berada di litar sepang sekarang untuk menyaksikan Perlumbaan Formula 1, perlumbaan sebanyak 56 pusingan ini mengambil masa kira-kira dalam 120 minit, semalam juga berlangsungnya konsert F1 di KLCC.
Baca jugak sini – F1 Malaysian GP 2012
– Banyak lagi nak taip ni, tapi dah malas hahaha, layan je ler F1 kat TV nggeee~
It’s going to be end of mine day, but before end I am reading this great article to increase my experience.
Good blog post. I certainly love this website. Keep it up!
Nak naik kete tu. Please…..
Rasa rugi plak tak dapat pi tgk live kat Sepang tahun nie….tahun depan akan cuba tuk tgk live kat Sepang….
Tak dapat nak pergi bila dah belajar kat johor ni..tengok gambar je la..hehe
Pasukan Petronas wajib letak kenderaan F1 mereka di KLCC. 🙂
Salam kak, saya curi 2 keping gambar F1 tu ye.. hehe dah curi baru mintak izin.. sal saya tertarik dgn design wind tunnel n spoiler FL tu.. ada mena mengena dgn subjek saya di ukm.. so ni kiranya halal la ye?
Salam, boleh je no problem 🙂
kalau boleh bawa kereta tu di jalan raya macam biasa kan bagus..hehe
bestnya..
fuh rajin betul kakyan..dan lagi satu, tu jentera baru kan. nampak lain dan Petronas punya
wah bestnya dapat tgk depan depan
untung ler kat dapat buat review nih 🙂
@azmanisma, sesambil je time ni, suami dan anak2 dah puas tawaf, kakyan gitu2 je sebab seblum tu dah bizi meeting dengan google, lepas dari sini gi tasik titiwangsa, pastu gi kg baru makan, shopping, baru blk klang, penat sangat, tu yang entry ni lambat di publish *alasan* hehee 😀
smart ar keta f1 tu…tp tkot yg ltak kat atas..klau jtuh, naya jer..
@syu90, ehhee tak jatuhnya syu, diorang dah buat cermat tu, ada video tapi tak letak 😀
@yanmie, haha..btol jgk tu, msti diorg titikberatkan soal keselamatan..
kak yan, seronok tak? baru ingat nak g tengok, tapi tak de masa..
@tokobakso, Oklah biasa je heheee 😀