Salam, hikhik ingat nak start buat entry macam ni lah, sebagai sumber rujukan hikhik, kebetulan semalam gtalk dengan sahabat saya pasal Tanda Awal Kehamilan aka Mengandungย ni, tetiba pulak semalam saya jadi doktor hahaha, sahabat saya tu mempunyai tanda-tanda tersebut, so kalau betullah kan, saya happy sesangat tuk dia hehee.
Jangan salah faham, entry ini bukan untuk saya, tapi untuk sahabat yang saya maksudkan tadi heheee, tapi apasalahnya kan kalau saya tulis di sini, boleh lah jadi sumber rujukan, dah banyak ilmu-ilmu ni saya lupa, dah nak 6 tahun berlalu nngee~
Jom tengok Tanda Awal Kehamilan aka Mengandungย ni :-
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan…
…Tahniah!
Sumber : PortalAlamHamil
.
– Tapi tidak semestinya semua tanda tu ada, masa Aiman dan Haziq dulu tanda awal cuma rasa 1,2,4,5,9,10 ๐
Bleh test guna pregnancy test strip. Kepada anda yang nak dapatkan pregnancy test dengan hanya RM 8 termasuk kos penghantaran (pasaran RM 12). Apa yang ada tahu. Esok selamat sampai di rumah anda. Sila likes SINI
Saya doakan yang terbaik utk akak.
saya doakan akak. hehe #berisemangat
dah ada tanda2 ke kak yan…saya doakan yang terbaik yer…
tanda2 ni akn mumcul kat sy bile anak nk masuk umor 2 thn… hik3x.. tp xsemua tanda tulah… :p
best tau kak yan cium bau baby selalu ๐
Kekadang tanda2 yang dialami adakalanya false alarm.. ๐
Rupanya period yang menjelma ๐
betul tu dear…hahhahaa macam pernah kena je, akak dah pernah kena false alarm tu, hampesss wakakkaa sabar jelah
@yanmie,
Memang penah kena pun kak yan,
ada sekali tu ingatkan betulla preggy sebab period dah lewat tapi tekaan salah..huhuu
@Myra Jay, hehehe takpe sesama kita usaha ye, mudahan ada rezeki, amin ๐
@yanmie,
Aminnn, insyaAllah moga kak yan beroleh cahaya mata ke 3, dan myra cahaya pertama yang dinanti selama 2 tahun ๐
@Myra Jay, Amin Ya Rabbal Alamin, akak doa jugak untuk MJ ๐
siapa-siapa yang mencari tuh bleh la refer sini kan.
alamak kenapa dgn tetek saya ni..huhuhu
bagus ni, lepas ni mana taw cari sumber balik untuk isteri ๐
insyaAllah kalau ada rezeki lagi dapatlah buat experiment mana2 part yg baru tau..he he. no.7, no.9 n no.10 memang dah tau.
saya rasa yg no.8 tu masa mula2 mengandung..memang tak selesa jadinya..
Yeahhh.. aku pegnan.. sbb kuat makan. Macam mana tuh kak yan? hik3
@nurmisnan, ooo ada ye, tahniah ye, dah berapa bulan tu? kuat makan takpe, kan makan sekali tu baby hehee
tak ler.. sajer je join segmen ibu2 ngandung… suker.. hik3
@nurmisnan, ooo hehehe ingatkan tengah preggy ๐
samalah akak pun ๐
hahah sempat lagi mai sini , azie lah ni .. duk jeng jeng jeng kat blog bee , tk de apa lah .. pelik gak nape ada tanda2 gitu ..
@puanbee, hehehe eh ada ek tanda gitu kat bee hehe, nak balik kg bila ni?
kalau tukar tajuk pun best jugak “tanda-tanda awal berlakunya penambahan umat” hehehe..gurau aje
@segalabenda, boleh bah kalau kau ๐
bagus guna entri ni untuk para suami. bolehlah alert sikit dengan perubahan isteri ๐
@Amirez, hehhee betul2, suami pun kena tahu jugak ๐
tak sabar nak merasai tanda-tanda ni..tgh mencuba utk dapatkan adik untuk Faiz..hehehe
@ila, hehee good luck ye, dah lama ke try nak dapatkan adik tuk faiz tu?
Kak sya awal pregnant mmg lapar sentiasa…kalau mkn nasi mesti 2 pinggan…masa tu mmg dh ready…bila piot lewat seminggu….terus beli pregnancy test…nak tahu kak sya test kul bape….kul 3 pg…excited punyer pasal…maklumler ira dh 5 thn…dh blh dpt baby baru…semoga kandungan kali ini selamat…amin…
@syamila, wahhh kul 3 pagi tu, mesti sebelum kul 3 pagi tu tak sabar hehehe, tahniah ye kak, ira sebaya haziq kot, bestnyeee heee, kasik tiup sikit angin2 tu hahhaha, moga semuanya dipermudahkan ye, amin ๐
@yanmie, lps beli tgh hari rasa nk terus test….tp pujuk hati…sabar2….seeloknya waktu pg…nk tido pun tk lena…ni kes berdebar2 ler…akirnya tertido jgk…jadi sedar je kul 3 pg…apalagi…testing time…hik3….bila positive terus kejutkan hubby..terkulat2 dia bgn…. Kalau dekat…kak sya dh tiup dah…itula..rasa ira mmg sebaya haziq…
@yanmie, insya allah…nanti.giliran haziq pula.dpt baby….
Aduhai ingatkan Haziq hendak dapat adik. ha..ha..
@akubiomed, hehehe sabar jelahhhh, doakan ada rezeki untuk kami ๐
@yanmie, Bila si Haziq hendak tukar title kepada adik bongsu ke tidak bongsu lagi. ๐
@akubiomed, hehehe masih bongsu lagi, tu dia punya manja Ya Allah dia anggap dia tu baby, masih nak di peluk cium lagi hehehe, doakan haziq jd abg hehe
@yanmie, nanti haziq dah ada adik, pandai aje dia bawak diri jadi abang..heeee
@Denaihati, saya doakan Haziq dan Aiman dapat adik baru….bau baby wahhh
Bagus buat entry macam ni Azie boleh ref. kat sini nanti.
@azie, yep untuk perkongsihan bersama ๐
tak sabar nak dapat anak buah lagi, kot2 gegirl kan heeee
huhuu, NOW X der lagi, insya.Allah kalau ada rezeki gegirl ke boy ker terima jer. Akak tu pun coming soon kot. heheheh. BTW nanti Azie ref. kat sini jer.
@azie, ye betul tu, tak kisah ler laki ke pompuan, terima seadanya, cepat sikit, tak sabar nak cium bau baby hehee
masa mengidam macam2 nak makan kan
@sharinginfoz, ha’ah betul tu tapi belum mengidam lagi ๐
Kalau bapa yang mengidam nak makan apa2..adakah bapa juga mengandung?
hehehe gurau jer..ada baby ker???ade le tuu…
@azman, hahahaa masa mengandungkan aiman dengan haziq dulu akak tak teringin nak makan asam, tapi suami pula yang macam orang mengandung, dia yang suka makan asam hehee
belum ada lagi.
Kalau kerap lapar tu yer.. tanda2 lain tak de pun. hihihi.
@PinkyLucia, hahahaha saya pun sekarang ni kerap lapar, bukan sekarang…selalu juga hahhahaa ๐