Jalan-jalan Ke Negeri Melaka – Jakun Tengok Beca

Salam, kan hujung minggu baru ni kami Jalan-jalan Ke Negeri Melaka, kemain jakun nengok beca hehee, comel betul beca-beca kat Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ni, nak naik tapi takut tayar pancit kikiki, makanya berjalan sampai dekat 3 jam, time ni belum tau Baby On The Way, kemain gagah berjalan kikiki.

beca

Kan cantik sangat, macam-macam jenis stail ada, tapi saya perasan beca orang yang berumur lagi cantik dan cun berbanding beca orang muda heheee.

Continue reading “Jalan-jalan Ke Negeri Melaka – Jakun Tengok Beca”

Baby On The Way

Salam, heeeee tajuk entry buat saya tersipu-sipu malu ekeekekee, yelah tu betullah teka teki kawan-kawan kat twitter, Baby On The Way, alhamdulillah berita gembira buat kami suami isteri, maybe berita gembira juga buat pembaca blog ini heheee.

pregnancy kit

Aiman lah orang yang paling teruja dan gembira, tak sabar nak dapat adik lagi hehee, doakan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan ye.

– 5 tahun tak minum susu anmum, hari ni dah start minum, perghhh sedap 😀

Kek Birthday Untuk Aiman

Salam, Yeayy Aiman Dah 6 Tahun!, so buatlah Kek Birthday Untuk Aiman seperti yang dia inginkan, nak ada gambar boboiboy, nak letak gambar dia sendiri memang tak kesampaian ler sebab tak tau nak order edible image kat mana, so buat yang boboiboy ni, kemain dia suka heeee, layan!

Kek Birthday Untuk Aiman

Kek macam biasa lah tak cantik, sebab tangan ni keras, tak berseni langsung huhuhu, tapi seronok dapat buat untuk Aiman, serius dia teruja tengok gambar boboiboy tu heheee~

Continue reading “Kek Birthday Untuk Aiman”

Yeayy Aiman Dah 6 Tahun!

Salam, syukur alhamdulillah hari ini Aiman dah pun genap umurnya 6 tahun, selamat hari lahir sayang, moga panjang umur murah rezeki, jangan nakal-nakal, moga jadi anak yang soleh dan berguna, amin….

aiman

Gambar Aiman pagi tadi sebelum ke Tadika.

Saya sedang menyiapkan kek hari lahir untuk dia, harapnya dia suka, korang pun boleh bagi dia hadiah dengan Vote video dia kat Digi Wwwow tu heheee.

Continue reading “Yeayy Aiman Dah 6 Tahun!”

iPhone 4S Akhirnya Menjadi Milikku

Salam, rasanya ramai kawan-kawan yang menanti entry tentang iPhone 4s dari saya, Alhamdulillah Menang iPhone 4s Dari Contest Gadget Impian, syukur sangat-sangat, rezeki Allah SWT bagi, terima kasih kepada Penaja juga Al Ansar Properties Sdn Bhd atas tajaan hadiah iPhone 4s tersebut.

menang iphone 4s

Sabtu baru ni saya ngedate sekejap dengan Denaihati bersama keluarganya, terima kasih untuk hadiah iPhone 4S ni, seronok sangat, lebih-lebih lagi hadiah disampaikan oleh Kekasih hati Denaihati heheeee, peramah orangnya, jumpa kali ke 3, rasa macam dah kenal sangat heeee~

Continue reading “iPhone 4S Akhirnya Menjadi Milikku”

Hadiah Dari Sunway Resort Hotel & Spa

Salam, syukur alhamdulillah Menang Penginapan 2D 1N Di Sunway Resort Hotel & Spa, sabtu baru-baru ini saya berjumpa dengan Rebecca untuk mengambil hadiah tersebut, horayyy boleh cuti-cuti malaysia lagi.

memang giveaway

Gambar bersama RebeccaSaw.com Di 1 Utama

Dah plan untuk percutian yang ni rasanya nak pi turun mandi manda kat Sunway Lagoon, tu pun kalau cuaca cun time tu, dah penat-penat main air boleh ler manjakan diri kat hotel 5 bintang tu kan heeeee~

Continue reading “Hadiah Dari Sunway Resort Hotel & Spa”

Sepetang Di 1 Utama

Salam, semalam saya, anak-anak dan adik Sepetang Di 1 Utama, pergi pun bukan sesaje, ada tujuan yang BEST, nanti saya cerita heee~, tapi gambar tak banyak yang saya dapat snap sebabnya mood malas nak keluarkan kamera dalam beg, kikikiki boleh pulak gitu kan, dah pikul berat-berat lepas tu tak guna -..-“

1utama

Sesampai je terus masuk ke dalam Aeon Jusco 1Utama, anak-anak rambang mata nengok pelbagai jenis roti kat dalam tu, so layankan je diorang nak makan roti tu, serius licin pulak diorang makan, lapar sangat agaknya pedahal sebelum tu dah makan nasi kat rumah heeee~

Continue reading “Sepetang Di 1 Utama”