Update 9.34pm : Amaran Tsunami di tarik balik, alhamdulillah syukur ya Allah.

Update : Baru tahu kakak, adik dan adik sepupu saya sedang bercuti di Langkawi, tadi kakak call dalam keadaan cemas, mohon rakan-rakan mendoakan agar bencana Tsunami tidak berlaku, aminnnn….

Salam, baru kejap tadi rasa rumah ni macam bergoyang, ingatkan perasaan saya sahaja, rupanya memang ada Gempa Bumi Bermagnitud 8.9 Skala Richter Melanda Banda Acheh, Utara Sumatera, Indonesia. Kuat juga rasa gegaran tadi, saya kat Klang ni terasa juga kuat gegaran tersebut.

amaran tsunami

Susulan kejadian tersebut, Jabatan Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami, 963 kilometer dari Malaysia. Gempa kali ini lama juga dirasai berbanding gempa sebelum ini, dirumah saya lebih kurang dalam seminit gegaran dapat dirasai, saya semasa itu sedang duduk dan menyandar, rasa bangku digoyang, saya berdiri untuk pastikan sama ada betul ianya gegaran gempa bumi, bila bangun saya terasa pening, kemudian saya perhatikan air dalam jug bergoyang, sah ada gempa bumi.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami. – Bernama [6.11pm via FB MyMetro]

gegaran di sumatera

RIBUAN pengunjung sebuah pusat membeli-belah dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang berpusu-pusu keluar sebaik merasai gegaran kira-kira jam 4.50 petang – [6.42pm Via FB MyMetro]

gegeran di petaling jaya

PENGHUNI Apartment SS2, Petaling Jaya bergegas keluar akibat gegaran gempa bumi di Aceh turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan pantai barat Semenanjung Malaysia. Foto: NSTP (11/04/2012)- [6.40pm Via FB MyMetro]

– Ya Allah Lindungilah kami, amin.