Salam, baru ni saya telah menghadiri satu event iaitu, Bioinfinity Vibrance Kegel Device Media Event yang berlangsung di GTower Hotel Jalan Tun Razak, seperti biasa majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan refreshment, ramai juga blogger yang dijemput hadir.
Antara blogger yang dijemput hadir, kami semua diberikan Alat Vibrance Kegel Device 😀
Ok berbalik pada tajuk entry ini, korang pernah dengar tak tentang Vibrance Kegel Device? kalau tak pernah dengar dan tak pernah tau, okeh korang (wanita) sangat rugi, so makanya baca entry saya sampai habis, saya akan kongsikan apa istimewanya Vibrance Kagel Device ini.
Antara blogger yang datang, Kak Emila, Jardness, Yana, KakIna, PuanBee, CikLily dan ramai lagi.
Sebagai seorang wanita yang dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, saya sangat menitik beratkan kesihatan dalaman, bukan sahaja ingin cantik luaran malahan kecantikan dalam juga penting untuk kebahagian suami isteri. Tapi luaran tu confirm lah tak cantik kan, comel je hahahahhaa.
Apa itu Kagel?
Kagel adalah sejenis senaman untuk menguatkan otot lantai pelvis, ianya diperkenalkan oleh Dr. Arnold Kagel pada tahun 1948.
Apa itu Alat Vibrance Kegel Device?
- Sejenis alat senaman kagel, atau senang nak faham dalam bahasa melayu kita iaitu senaman kemut, hehee mesti ramai yang suka topik kemut ni kan?, alat ini membantu proses senaman kemut, menguatkan lagi kemutan.
- Vibrance Kegel Device sejenis alat peranti kalis air dan boleh bertahan selama lebih kurang 2 tahun
- Ianya diperbuat dari Getah silicone bermutu tinggi dan amat selesa untuk digunakan kerana ianya bersifat hypoallergenic.
- Alat peranti yang hanya menggunakan bateri.
Alat Vibrance Kegel Device mempunyai 3 level pelarasan.
Kenapa Wanita yang sudah berkahwin perlu memiliki Alat Vibrance Kegel Device ini?
- Meningkatkan kualiti seks suami isteri, sejujurnya, sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin, kebahagian rumahtangga adalah impian semua orang wanita, aktiviti seks bersama suami amatlah penting, tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja, bak kata orang tua-tua, kalau pandai layan suami di katil insyaallah suami tak cari lain.
- Dapat merapat, meningkatkan dan menguatkan kemutan Vagina, jangan syiok sendiri, pasangan pun harus menikmatinya bersama so lakukan senaman kagel ini, suami anda pasti tersenyum!
- Memperbaiki sistem dalaman dan postur tubuh, yang bestnya dapat mengembalikan bentuk tubuh badan.
- Mampu mengatasi masalah mudah terkencing
- meningkatkan aliran darah dari uterus atau vagina
- Menguatkan otot vagina dan seterusnya memudahkan proses bersalin serta mengurangkan koyak pada perenium semasa melahirkan anak.
- Dapat mengurangkan kes peranakan/rahim turun dan dapat juga memperbetulkan kedudukan rahim/peranakan yang turun.
- Tampil dengan lebih yakin
Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan yang diperolehi dari menggunakan Alat Vibrance Kegel Device ini, sila alaminya sendiri, tak mahal pun alat ni, harga mampu milik, apa salahnya cantik dalaman untuk kebahagiaan suami isteri kan?.
Saya bersama Blogger KakIna dan CikLily meneroka Alat Vibrance Kegel Device 😀
Testimoni dari 2 orang pengguna Alat Vibrance Kegel Device, Terbaaaiiikkk!!
Pada Event tersebut juga kami turut diajak ke Gym untuk sesi simulasi senaman Kegel bersama Doktor Suhaila, pada sesi tersebut kami diajar untuk mengenalpasti kedudukan otot lantai pelvis, sejujurnya susah jugak nak cari heheheee, nasib baiklah datang event ni, terima kasih MyBioinfinity dan Rouge Communications.
Bagi anda yang ingin mendapatkan Alat Vibrance Kegel Device ini boleh dapatkannya secara online melalui laman web MyBioinfinity dan boleh juga di dapati di SHINS outlets dan pusat kecantikan terpilih atau di hospital pada harga RM 498.00 sahaja, murah dan harganya sangatlah berpatutan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Customer Careline di 1700 -81-0321
Insyaallah sebulan dari sekarang saya akan berikan feedback tentang pengalaman saya menggunakan Alat Vibrance Kegel Device ini, nantikan heeee
– Lagi banyak gambar di Laman Facebook Fanpage saya, klik SINI
kemut dan merapat lain macam je nama, tapi menerik juga untuk kesihat wanita..
senaman kegel ni mmg femes
Bagus sekali info yang diberi. Orang melayu dahulu2 dh ade senaman yg mempunyai fungsi sama, iaitu senaman kemutan. Cuma dgn ada alat ini, nampk lebih mudah skit. Memang betul faedah2nya memang sgt banyak.
Bukan untuk lelaki. Huhuhuhu
panas sungguh tajuk entry ni.
tp bila pk2 balik, penting je utk srg isteri try produk2 cmni.
org yg xkawin lg mmg la xtau rahsia kebahagiaan suami isteri.
huhu
Macam-macam pula alat sekarang ni 😀
pasal alat ni pun yan baru tau jugak 😀
ramai gak kaki kemut hadir yer he3..
apaaa??? kaki kemut??? hahaha sabar jelah 😛
ooo…alat utk merapat..sama la yg cam kt blog bee tu ya..tunggu feedback dr yan dulu..hehe
ha’ah alat yang sama, insyaallah tunggu sebulan dari sekarang yea hihihi 😀
Saya ada terbaca masalah wanita terkucil salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan senama kagel atau kemutan. Selain itu ia merapatkan saluran rahim menjadi padat. Orang tua-tua dahulu mengamalkan senama kagel atau kemutan ini.
Ada kajian menunjukkan jamban cangkung lebih baik daripada jamban duduk kerana ia dapat menguatkan otot kawasan pelvis.
Aduhai komen sudah macam pakar sakit puan pula dah. 🙂
ye betul tu memang senaman kagel dapat membantu mengatasi masalah terkencing,dan peranakan yang turun dapat diperbetulkan, insyaallah kalau kita usaha mesti boleh punya.
ooo ok baru tau guna jamban cangkung lagi bagus heheee, makasih share 😀
takpe jadi pakar wanita, untunglah bini dapat suami yang ambil berat dan membaca perihal kewanitaan 😀
saya setuju dgn biomed…
bagus bila si suami ambil berat masaalah wanita ni
nak baca pun malu2 seh.. hehehe.. bagus juga ni.. bagi yg dah berkahwin.. boleh inform dengan wife nanti…. hik2
Kalau yang anak dara pun boleh baca kerana ada antara mereka mempunyai masalah terkucil atau terkencing.
tetapi tidak disarankan bagi wanita yang masih anak dara, takut dikhuatiri terpecah dara 😀
baca je malu kan?, nak guna tak malu hahahhaa, bagus gak inform kat wife, memang elok untuk wanita lepas bersalin gak ni, perbetul dalaman 😀
haha baca malu ya .. guna pun malu ..
pemikiran biasa orang kita kak..
adam baca sambil tutup mata.. hehehehe
terernyeee dia 😀
Bro baca Braille seh…
tu dia..geng-geng makcik-makcik berkampung. Yehhhh..
bukan selalu dapat berkumpul macam ni 😀
hipotesis: semakin banyak anda bersenam semakin banyak anda kemut. heh
okies noted heeehee 😀
tunggu feedback dr kak yan n bee… kalau positif boleh kumpul duit beli… hihi….
insyaallah zie nanti akak kongsikan, boleh start kumpul duit dari sekarang heheee 😀
Wahhhh. Kak yanmie dah up entry ni. Saya baru je buat giveaway, belum buat detail entry lagi. case malas… hahaha… I think my entry about the event will be up by Wed…God willing. 😀
ps: kak yanmie dah try ke belum? saya belum lagi… ish… teragak pulak sebab husband selalu ada kat rumah these few days…rasa malu la. hahahahahahaha! I think gonna try bila anak takde kat rumah. Takdelah dia hairan dengan bunyi beep beep tu.
Oh ada bunyi susah juga kalau ada cik abang dekat rumah tentu dia musykil ingat bunyi dail nombor telefon. 🙂
hahahahahhahahaaa ok buat lawak ler tu 😛
ooo hubby ada kat rumah payah sikit nak buat kan hahahahhahaa, malu pun ada, takut tetiba dengar bunyi beeeppp, tapi kakina kata bunyi beep tu slow je heheeee 😀
wah kemain suker lagi k yan ye… dapat feedback hebat lah tu kan
feedback hebat dari kakina heheee 😀
kehkeh kakina KL best , trademark baru ..
Lelaki boleh guna ke? Kemutt? Hik3. …Current Mode = Puasa…hik3…
hhahahaha nanti bagi wife pakai memang elok untuk pulihkan dalaman tu, ala puasa tak lama pun, kejap je hahahaa 😀
Lelaki pun boleh buat senaman kagel atau kemut tetapi untuk alat ini tidak sesuai untuk lelaki sebab tidak tahu mana hendak letak. 🙂
oooo lelaki punya senaman pun panggil senaman kemut ke? heheeee
hahaha tak tau nak letak mana ye, so beli 1 untuk wife, taulah wife nak guna nanti hehee 😀
Tak sabar nak tau feedback dari kak yan, Bee, kak Ina pasal kagel nieh 🙂
Insyaallah akan beri feedback tentang alat ini 😀
yup tunggu saja feedback ..alahai segan .. kali ni bee tunggu akak2 buat entri dulu yek
tak yah tunggu bee, buat je berdasarkan pengalaman 😀
wah tak sabar nak tunggu review dari kamu…ha ha ha..
hahahaa syiokkkk call akak tadi, siap dah bagi feedback tu, nak yan publish tak feedback akak tadi? hahahahhaa…larikkk 😀
Ehem.. apa feedback dari kak Ina ye? 🙂 heheee
hahahaa kena minta izin dengan kak ina, feedback yang sangat memberangsangkan heheee 😀
Takpe hari Ahad ni kita sembang lanjut boleh? heheee
Insyaallah, kalau jumpa akak tegur2 ler, akak ni pemalu hahahhaa 😀
Akak pemalu, myra lagi berganda pemalu..hehee 🙂
Nasib baik ada hubby meneman, kalau tak mau tercagat kutu kat dalam tu sementara enjin nak panas..heheee
Akak datang seorang, suami akak tak reti bersosial, insyaallah ramai kawan2 kat situ nanti 😀
Takpela akak dok dekat, myra dari Penang ha konpom kena tarik en suami sekali..hehee 😉
good luck yea 🙂
kak….cepat sket bg testimoni nye ekk..hehehe..
pstt..puanbee tembam la…hehehe
sebulan dari sekarang akak bagi feedback heehee, tunggguuu 😀