Salam, ahad baru ni saya telah dijemput menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati, majlis berlangsung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, ramai blogger yang turut hadir memeriahkan majlis ini, seronok pulak ada majlis seperti ini, dapat mengeratkan lagi jalinan ukhwan sesama blogger, terima kasih Denaihati.com atas jemputan. Hoyeahhh mari kita layan gambar pulak kikikiki.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Saya intro dengan gambar atas tu ye, jangan jeles nengok award tu hehee, award tu telahpun dimiliki oleh Tuan Denaihati.com untuk kategori blog Best Of The Best Blog Of The Year, amik koooo!! paling the best dah tu, takde no 1, takde no 2, dialah yang paling best heheee, ok sejujurnya bangga blog kawan naik macam ni, Keep on blogging DH.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Sejujurnya saya kurang puas hati dengan gambar-gambar yang saya ambil, takde feel langsung hahahha, kawan-kawan menembak saya pun tahu yang saya ni memang fail bab-bab snap gambar dalam tempat-tempat gelap bercahaya macam ni, confirm hancur heeee~, apa pun layankan jelah ye.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Gambar sumbangan dari Azmanishak

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Effendi, ini kali ke 2 saya jumpa beliau, kali pertama semasa Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa Blogger, dialah yang bagitau Denaihati yang mana satu heeee, kantoiiiii!! sebab kali pertama saya jumpa denaihati kat Pejabat Al-Ansar katanya dia bukan Denaihati, pedahal dialah tuan punya denaihati.com, kejammmmm tak??? hahahhahaaa.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Majlis di rasmikan oleh En.Khanafi Pengarah Urusan Al-Ansar, ini kali ke 3 saya jumpa beliau, kali pertama saya jumpa beliau semasa mengambil hadiah Laptop Acer Aspire One, kali ke dua saya mengambil hadiah iPad2 di Majlis Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa Blogger dan perjumpaan kali ke 3 Alhamdulillah Menang iPhone 4s Dari Contest Gadget Impian, ketiga2 nya saya menang dalam contest di blog denaihati.com hihihihi

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Gambar sumbangan dari Azmanishak.com

Seterusnya ucapan dari Founder Denaihati.com iaitu Tuan Hj. Amir Hassan, atau nama glemernya En. Ilham heheee, amik ko dah tak leh nak menyorok dah, pertama kali saya jumpa beliau semasa mengambil hadiah laptop tu kan, saya tanya siapa denaihati, saya ingatkan En.Khanafi tu denaihati, rupanya denaihati yang sembang sama dengan kami, yang amik gambar kami, hahhaha kejammmmm tu taknak bagitau, siap cakap denaihati takde selalu travel, kejam tak? hahahhaa, tapi yelah time tu kan dia tak nak orang kenal dia, biar orang kenal blog baru kenal tuannya, bagus jugak macam ni kan, harus dicontohi nanti takdelah orang cakap, ehhh awak blog mana ek? sorilah tak pernah dengar, tak ke merah muka kan hehheeee, branding tu penting.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Rebeccasaw.com yang juga merupakan penaja menyampaikan hadiah cabutan bertuah

Susun atur cara majlis sangatlah best, tak bosan, memang santai sesantainya, ada tayangan slide dan cabutan bertuah,    ramai sungguh penaja pada majlis tersebut, ada juga persembahan nyanyian dari Penyanyi juga blogger iaitu Zarul Umbrella.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Gambar sumbangan dari Akubiomed.com (Saya duduk semeja dengan beliau)

Part ni paling best hahahhaa, tak sangka sebenarnya menjadi Top Affiliate Equrban ni, alhamdulillah rezeki lagi, dapat 1 bahagian untuk qurban/akikah, semua ini berkat entry saya yang INI, maybe ramai yang masuk membuat pembelian dari entry tersebut heheeee.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Gambar sumbangan dari Azmanishak.com

Part ni paling phewww~ nak gugur jantung, walaupun ramai yang meramalkan saya bakal membawa balik iPhone 4s tersebut, tetapi saya tak confident sebab semua peserta pun hebat-hebat belaka, nama di umumkan saat-saat akhir adalah satu yang paling mendebarkan, antara dapat dan tidak fuhhh…dan keputusannya…saya juara contest gadget impian, syukur alhamdulillah.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Gambar sumbangan dari Akubiomed.com

Hoyeahhhh dapat iPhone 4s, gadget ke  3 saya dapat dari denaihati.com, terima kasih semua atas bantuan rakan-rakan semua yang tak henti-henti menyokong saya, tanpa anda semua tak mungkin saya dapat gadget impian ini, terima kasih sekali lagi.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Hoyeahhh, Thumbs up tiru gaya DH heheee.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

So saya balik dengan 2 hadiah, alhamdulillah syukur rezeki Allah bagi.

Tahniah juga buat pemenang lain iaitu :-

puanbee.com (iPhone 4S)

zulseffort.com (Samsung Galaxy Tab 10.1)

normj1001.blogspot.com (Nikon D90)

eiz1004.upprofits.com (Samsung Galaxy Note)

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Gambar sumbangan dari Akubiomed.com

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Gambar mak budak gedik, hahhaa bersama Puanbee (seriusnya puanbee) dan Ciklily

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Saya, Ariffshah ( kali ke 2 jumpa ), Pisyek dan Ieyra

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Bersama Zarul Umbrella, alamak gambar kakyan terpotong, maklumlah bambam -..-“

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Tetiba saya tengok gambar ni macam gambar anak beranak heheee, jangan marah ya!, gambar Puanbee, Denaihati dan Yassin anak Kak Emila Yusof.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Bersama Sicantik Siezuka

Oklah banyak lagi gambar….tapi entry ni macam dah panjang sangat…

.

.

.

Ramai-ramai…..

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Dalam gambar 2 dari kiri, AbangEnsem, Fazreen, Cikgu Naman, Ariffshah, Jai, Denaihati, Eyriqazz, CikLily, Puanbee, KakEmi, sebelah kakemi tak tau nama, maaf ye, nanti bangitau akak, akak masukkan. Dari bawah pulak, kiri Bro Framestone, MJ, Ayong Qiela, Nik, Sizuka dan anak Kak Emila.

Time ni dah ramai yang balik, tingal kami-kami je yang kat atas tu, kalau ambil gambar ramai2 lagi syiok kan, tapi yang ni pun dah penuh kat stage tu heheee.

Ok last!

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Saya suka gambar ni hahahhahaa, makasih Azrin aka AkuBiomed untuk gambar di atas 😀

– Lagi banyak gambar di Fanpage Blog

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

53 thoughts on “Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati”
  1. nak komen 3 je.

    1. muka akak ngan bro DH masa gambar thumbs up tu cam adik beradik
    2. sebelah kak emi tu? tunang broframestone
    3. yeayyyy kali ni kita jmpa lama sket kan hahaha

    1. tulah tengok ramai dah cabut lari, maybe duk ingat kat anak bini heheeee, kakyan nasib baik gak abang gi bawa anak2 gi jenjalan ke KL, dia memang tak nak ikut sebab tak reti nak bersosial macam ni, kena hormat gak permintaan dia kan, but enjoy sesangat sebab dia bagi akak pergi and suruh enjoy, takyah fikir anak2, dia ada nak jaga heheee 😀
      yanmie recently posted..Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihatiMy Profile

  2. tahniah yan sebab menang gadget impian tu, dah agak dah. tuah yan bersama denaihati tak kemana. 🙂 serius jeles tgk gambar2 kat atas ni. nak join ada tanggungjawab lain pula. apa-apa pun syabas sekali lagi yan, dan syabas juga buat denaihati kerana berjaya membuat satu majlis yg grand gitu. 🙂
    Mohd Isa recently posted..Kadar Mas Kahwin Mengikut NegeriMy Profile

  3. Tahniah ya kak yan…
    membara semangat myna baca entry kak yan… seronoknya dapat kompul ramai² cenggini… DH Low profile kan.. i like… 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge