Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

Salam, bercuti ke Cameron Highland rasa tak lengkap kalau tak singgah ke Pasar Malam Brinchang Cameron HighlandΒ ni, ada banyak gambar yang saya snap, tapi saya kongsikan yang dibawah ni dulu ye.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Maaflah kualiti gambar kali ni memang kurang memuaskan sebab bukan dalam mood nak bergambar, mood nak shopping je heheee, banyak betul benda menarik kat Pasar Malam Brinchang Cameron HighlandΒ ni, apa yang pasti produk berbentuk strawberry menjadi tumpuan pengunjung.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Coklat Strawberry menjadi makanan yang paling glemer kat sini, mana-mana tempat ada je jual coklat strawberry ni, harga pun takdelah mahal, cuma RM10.oo untuk 3 cucuk strawberry coklat tu.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Sudah semestinya sayur-sayuran segar dijual disini, rambang mata nengoknya, kalau dekat dengan rumah memang dah borang banyak dah sayur-sayur ni.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Macam-macam jenis beg berbentuk strawberry, baju, bantal, fridge magnet, keychain, eeee banyak lagi lah, saya borong fridge magnet, nanti saya share kat entry lain hihihii.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Mak mertua beli Ubi keledek kecik tu, sedap, manis, rasanya lain dari yang lain, kat tempat lain tak pernah lagi jumpa ubi keledek yang comel macam ni, katΒ Pasar Malam Brincang ni pertama kali saya jumpa ubi keledek jenis gini, ke saya je yang tak tahu ni? heeheee.

Pasar Malam Brincang Cameron Highland

Madu, suami nak beli tapi takut dapat madu yang bukan asli, sudahnya tak beli, tengok je nngee~~

– Seronok dapat bercuti-cuti Malaysia πŸ˜€

Comments

  1. Saya suka tengok makanan bergoreng yang berbagai jenis. Labu, keledek, water sprout abih semua digoreng. Boleh tahan lama lak kerangupannya walaupun ditempat sejuk dikelilingi kabus dan titisan air. Lg satu saya suka sayur-sayurannya. Jagung madu dia pun murah dan sedap dimakan tanpa dimasak

  2. salam kak , org cakap petai sana sedap juga , dan rasanya tk sama dengantempat2 lain , ada cuba ?

    makan kat mana ? bee teringin nak p sana nih

  3. Rindunya dengan pasar malam brinchang πŸ˜‰

    Rindu nak makan stoberi dan jagung manis πŸ™‚

    Balik KL ari tu ajak hubby singgah jap, tp memandanngkan kami sampai Ipoh dah kul 5 pastu nak balik Penang lak, esok masing2 keje, maka plan kena cancel πŸ™‚

    1. betul2 jagung cameron memang manis, sedap kan πŸ˜€
      takpe next time ajak en.hubby pergi sana bersama d90 disini ekekkee πŸ˜€

      Baru2 ni denaihati minta MJ pnya twitter, akak dah bagi kat dia, dia ada contact tak?

      1. InsyaAllah kak, mudah-mudahan dapat jejak sekali lagi kesana πŸ™‚
        Dengan D90-tak sabar nak tengok hasilnya..heheee (boleh berangan dah kan..)

        p/s : DH ada DM semalam tanya dah survey blom D90 tu πŸ™‚
        Akak dah survey ke iPhone 4’s tu?

    1. Salam kenal juga, ini merupakan kali ke 2 kami bercuti ke Cameron Highland, maklumlah perjalanan yang agak mencabar sebab tu kena fikir banyak kali nak pergi sini, hari tu balik anak2 muntah, mabuk dengan jalan yang macam ular di palu πŸ˜€

        1. pergi ikut simpang pulai tahan lagi, balik tu ikut tapah, perghhhhh seluruh makhluk dalam kereta tu mabuk kecuali suami akak πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.