Taman Bunga Ros Cameron Highland

Salam, kalau Bercuti Ke Cameron Highland ni tak sah kalau tak singgah cuci mata kat Taman Bunga Ros Cameron Highland kan?, ini merupakan kali ke 2 saya dan Myhero-hero sampai ke sini, memang cantik, siapa kata kat Malaysia takde tempat menarik?, banyak wooo tak puas dan tak habis lagi nak terokainya.

Taman Bunga Ros Cameron Highland

Pintu masuk Taman Bunga Ros Cameron Highland pun dah cukup meriah dengan dekorasinya, tu tak masuk lagi ke dalam tu.

Taman Bunga Ros Cameron Highland

Sesampai di lorong pertama, perghhhh nyaman sungguh pandangan mata ni~

Taman Bunga Ros Cameron Highland

Macam-macam jenis bunga kat sini, gambar ada banyak hinggakan tak tahu nak letak gambar yang mana satu.

Taman Bunga Ros Cameron Highland

Galeri Taman Bunga Ros, macam muzium bunga Ros lah, Bunga Ros ni ada banyak jenis nama dan rupa, semuanya di paparkan dalam Galeri Taman Bunga Ros tersebut.

Galeri Taman Bunga Ros

Kami bercuti kali ni bawa sekali Mak dan Ayah mertua serta Adik Ipar dan isteri, kami pergi dengan 1 kereta MPV.

haziq

Haziq dan Bunga Matahari

hero-hero yanmie

Myhero-hero

– Tak sabar nak pergi cuti-cuti Malaysia kat Langkawi pulak 😀

Comments

  1. bila dapat menikmati kehijauan dan merah bunga ros mcm ni, boleh tenangkan jiwa.
    kalau peminat bunga ros, mungkin berjam2 nak puaskan hati dan berbondong2 beli utk bawak balik.

  2. baru nampak semua gambar baru boleh komen , tadi petang dtg baca gambar tk keluar , line sini bengong hehhe

    cantik kak , sy suka sgt bunga ros .. hishh bila nak sampai tah

  3. baru dua kali saya pergi sini. Paling suka tengok pokok-pokok lada yang buahnya bermacam warna dan bentuk. Paling suka pokok lantern. kiut je buahnya

    1. pergilah tapi jangan pergi time cuti sekolah sebab nanti lagi sibuk, nak kemana2 pun leceh, jem je memanjang lagi pulak pergi time cuti sekolah memang semuanya jadi mahal 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.