Mengidam Laksa Lagi

Salam, ini kali ke 2 saya buat Laksa sejak saya disahkan Mengandung anak ke 3, tekak memang kurang nak makan nasi, pedahal sebelum ni hantu nasi heheee, layankan jelah Mengidam Laksa Lagi, gigihkan diri masuk ke dapur buat apa yang patut, alhamdulillah terhasillah laksa sedap, sedap sebab kuahnya kaw-kaw punya ^__^.

laksa

Keje asyik duk ulang makan laksa je, nasib jugalah boleh masuk tekak, syukur sangat-sangat sebab kadang-kadang kalau saya makan mesti “termuntah” semula, yang ni alhamdulillah siap boleh makan berulang lagi hihihi.

Continue reading “Mengidam Laksa Lagi”

Abang Long Demam

Salam, baru je maknye sihat, anak pulak tak sihat, lepas Abang Ngah demam Abang Long pulak demam, alahaiii serius kesian betul dengan anak-anak ni, maybe rindu dengan ayah diorang kot, yang abang long ni keje asyik duk kira hari berapa hari lagi ayah nak balik hehee.

instagram pic

Gambar dari Instagram

Gambar ni snap semalam, baru balik dari beli barang dan ubatnya, bukan taknak bawa pergi ke klinik, cuma klinik yang biasa kami pergi tu dah tutup, yang ada pun klinik yang tak berapa nak best huhuhu.

Continue reading “Abang Long Demam”

Kek Tiramisu Comel

Salam, sebenarnya risau betul dengan keadaan diri ni, bukan apa takut kena penyakit Kencing Manis pulak, alahaiii mintalah dijauhkan, mana tidaknya tekak asyik teringin yang manis-manis je, Asam-asam dan makanan masin memang tolak tepi, so dah suka yang manis, layan Kek Tiramisu hihihi.

Kek Tiramisu

Kek Tiramisu paling sedap kat SINI 😀

Tiramisu Block, tak besar sangat pun, oklah cukup untuk kami makan, saje tak nak ambil yang besar sebab takut nanti takde yang nak perabis kek tiramisu ni, sebab makan memang cepat muak, makan untuk sikit-sikit tu oklah, banyak-banyak kang kencing manis pulak, risau sob..sob..

Continue reading “Kek Tiramisu Comel”

McD Chicken Foldover

Salam, yeayy McD Chicken Foldover kembali lagi, rasa keenakannya tiada bandingan, eh?? hehee sebab sedap kat tekak, kan tekak tengah western food sekarang ni, no nasi-nasi, aiyooo risau juga hemmm, nak buat macam mana nasi memang tak boleh nak masuk, kalau nasi putih lagi ler bercinta nak makan, nasi goreng tahan lagi kot hehee

McD Chicken Foldover

Bungkus je bawa balik makan kat rumah, sebab time ni perut full baru Lunch Di Pastamania Bukit Tinggi Klang dengan Abang Ngah.

Continue reading “McD Chicken Foldover”

Lama Tak Cerita Pasal Adsense

Salam, hiks Lama Tak Cerita Pasal Adsense kan?, ni “ter”entry pun lepas baca entry Buat duit dengan Adsense di blog Bahasa Melayu, sebenarnya ramai juga yang duk PM tanya tentang Adsense ni, macam mana nak Apply Adsense di Blog BM, sebenarnya kena Apply menggunakan blog BI untuk mendapatkan akaun Adsense, dah Approve nanti akaun tu boleh guna kat semua blog termasuk blog BM.

Cashout Adsense

Ok cerita pasal cashout hihihi, ini merupakan Cashout kali ke…hemmmm kali keberapa ye?, ada juga yang saya tak entry kan, senyap-senyap terus pi amik duit heheeee.

Continue reading “Lama Tak Cerita Pasal Adsense”

Lunch Di Pastamania Bukit Tinggi Klang

Salam, hari ni saya “Terpaksa” keluar beli barang, walau dalam keadaan yang kurang sihat tapi digagahkan juga, kalau ada suami disisi kan best sob..sob.., sesambil sebelum balik tekak minta diisi, apa yang saya perasan sejak mengandung ni saya suka makan Burger, Pasta, tak kiralah jenis macam mana janji pasta kikiki.

Pastamania bukit tinggi klang

Iced Lemon Tea, biasanya tak boleh masuk tekak, tapi try kali ni, perghhhh nyaman 😀

Nasi saya kurang lalu nak makan, makan sikit mesti nak muntah, bayangkan bau nasi panas-panas pun saya kurang gemar, boleh muntah saya dibuatnya hahahaha, macam-macam betul pembawaan budak ni kan, ayam goreng pun sama, tak boleh nak masuk, tapi kalau bakar/sup ok je heheee.

Continue reading “Lunch Di Pastamania Bukit Tinggi Klang”

Batuk Ketika Mengandung

Salam, 1st Trimester Yang Sangat Mencabar masih dilalui dengan penuh gigihnya, paling tak tahan bila Batuk Ketika Mengandung ni, teramatlah seksanya, mujur juga batuk time perut masih kecil, kalau time perut besar memang sakit tau kat perut tu, tu yang ada kes bleeding, nauzubillah minta dijauhkan.

batuk

Google Img

Ni yang baru 2 bulan pun kalau batuk terasa sakit di dada dan perut, berdoa selalu agar tidak ada yang teruk berlaku, dah ler batuk teruk macam ni, ubat batuk pulak tak boleh ambil sebab doktor cakap kalau boleh elakkan dari mengambil ubat batuk ketika dalam 1st Trimester kerana waktu ini perkembangan anggota tubuh badan bayi sedang berlaku.

Continue reading “Batuk Ketika Mengandung”

1st Trimester Yang Sangat Mencabar

Salam, nampaknya 3 hari juga blog ni tak berupdate kan, terima kasih pada rakan-rakan yang rindukan saya hehee, nak tau sampai ada yang email, sms dan call tanya kenapa tak update blog, ini kerana angin-angin kemabukan melanda diri plus saya demam kuat lebih kurang seminggu ni, alhamdulillah demam dah takde tapi mabuk dan loya sangatlah teruk, 1st Trimester Yang Sangat Mencabar.

1st Trimester Yang Sangat Mencabar

Google img

Ini merupakan kandungan yang ke 3 saya, insyaallah. Sangkaan saya meleset 100% yang mana saya ingatkan saya tidak mengalami alahan, mabuk, loya dan pening-pening yang teruk, semuanya bermula pada minggu lepas, semua simptom tersebut datang serentak sekali dengan demam tu.

Continue reading “1st Trimester Yang Sangat Mencabar”

Jus Acai Berry Monavie

Salam, pernah dengar tak tentang Jus Acai Berry Monavie?, saya telah mencuba sendiri produk ini 2 bulan yang lepas, alhamdulillah Jus Acai Berry Monavie ni memang terbaik, rasa bertenaga dengan mengambil Jus ni, saya bukanlah ada penyakit apa pun, cuma bagi saya kalau ada supplement seperti ini lagi bagus kan.

jus acai berry monavieNak tahu Jus Acai Berry Monavie ni mengandungi 19 jenis buah-buahan yang berkhasiat dan terbaik didunia, ianya mampu membantu menyembuhkan dari pelbagai penyakit kronik, insyaallah dengan izin Allah, usaha je dulu, itu lebih baikkan?, dah dah ada testimoni yang berjaya dengan produk ini.

Continue reading “Jus Acai Berry Monavie”