Abang Long Demam

Salam, baru je maknye sihat, anak pulak tak sihat, lepas Abang Ngah demam Abang Long pulak demam, alahaiii serius kesian betul dengan anak-anak ni, maybe rindu dengan ayah diorang kot, yang abang long ni keje asyik duk kira hari berapa hari lagi ayah nak balik hehee.

instagram pic

Gambar dari Instagram

Gambar ni snap semalam, baru balik dari beli barang dan ubatnya, bukan taknak bawa pergi ke klinik, cuma klinik yang biasa kami pergi tu dah tutup, yang ada pun klinik yang tak berapa nak best huhuhu.

ubat

So untuk sementara belikan dia Byebye Fever, Breathe Right dan Panadol Tablet, Ubat demam Abang Ngah pun ada lagi sebenarnya, cuma leceh sikit Abang Long nak makan so tu yang belikan dia Panadol Tablet, senang nak makan.

Dan pagi ni alhamdulillah Abang Long dah nampak sihat, yang pasti dia masih menghitung hari bila Ayahnya nak balik heheee, dia pun dah boleh makan minum dan layan Boboiboy di iPad2, syukur Ya Allah.

Comments

  1. bagi minum air 100 plus banyak sikit. berkesan.
    tak payah makan panadol banyak sangat, tak elok untuk cell blood nanti..hehe
    semoga cepat sembuh abang long! 🙂

    1. Baiklah doktor Syah 😀
      eh yang sebenarnya semalam shopping tu rasa macam ada benda kurang je, baru teringat lepas baca komen ni, lupa belikan air 100 plus -..-“

Leave a Reply

Your email address will not be published.