Salam, sebenarnya saya dah bersabar taknak buat entry ni, tapi takut ada yang salah faham pulak, kita diam dia ingat kita tak berani nak bertindak!, baru-baru ini saya dan salah seorang rakan blogger baik saya Hilang kawan kerana blog awards.

Saya dan rakan blogger tersebut di remove dari list twitter dan facebook beliau, apa yang menjadi isu sangat sehingga perkara tersebut dibuat?, mesti kerana blog awards kan?, alahai sedihnya sanggup hilang rakan semata-mata blog awards, kalau awak nak menang awak amik jelah, kita nak masuk pun untuk suka-suka, branding blog, kalau rasa layak rakan-rakan vote, tak layak buat dek je ler. Inilah risikonya kalau masuk sekali dengan kawan.

Baru ni saya dapat 1 komen, hanya tinggal beberapa jam sahaja sesi undian habis, ok fine saya terima seadanya kalau tak menang pun, bukan semua pertandingan kita punya rezeki kan.

komen

Saya sembang dengan rakan Jard, dia cakap tak mungkin komen tersebut dari Bella Enveeus sebab dia kenal Bella tu macam mana, dan dia hubungi Bella untuk memberitahu hal ini, dan komen dibawah yang saya merahkan tu adalah komen dari Bella Enveeus yang sebenar.

jard

Mesej dari Jard, kantoi terus orang yang menyamar tu.

komen

No IP, saya dah cek no ip ni menggunakan UMOBILE

Ada ke patut dia cakap saya undi sendiri? owhhh dah takde kerja betul lah, dia tak tahu ke atau buat tak tahu yang saya beri Percuma Tudung Bernilai Rm49.00 Untuk Semua, sponser dari Kedai Kak Siti?, hampir 200 helai tudung akan di poskan kepada rakan-rakan yang menyokong!.

Mungkin Bella Enveeus tak puas hati dan ingat saya yang buat cerita, mari tengok no IP saya, takde kerja saya nak komen2 blog orang buat macam ni!!!!

komen

No IP saya, saya reply pada Enveeus pada malam itu jugak!

twit

Twit dari Jard, kami juga yakin orang yang tolong Vote adalah orang yang tinggalkan komen!

Tak cukup komen di blog saya, dia pergi serang pulak di blog Denaihati.com, yang saya kesian dengan Bella Enveeus Sebenar, dia sekali lagi menjadi mangsa, orang tu menggunakan identiti dia untuk meninggalkan komen, kepada Bella sebenar, sepatutnya awak mempertahankan diri awak!

komen

Enveeus menyerang di Blog Denaihati.com pulak

IP

Komen “Enveeus” di Blog Denaihati, no IP seperti diatas juga menggunakan UMOBILE

komen

Komen reply dari Denaihati

Bab ni paling BEST!

.

pic bella twit

Gambar yang Bella Enveeus Sebenar Share malam tu.

IP yang sama digunakan komen di blog saya dan di Blog Bella Enveeus!, pandai orang ni nak laga-lagakan kami!!!!!!!!!, kononnya saya komen di blog Bella macam tu, pedahal IP tersebut adalah IP yang sama komen di blog saya pada malam itu!

Awak tak rasa berdosa ke ha buat kerja macam ni?, tolong takut sikit dengan ALLAH SWT, sedih sangat ada orang macam ni!

Kepada awak, awak, awak dan awak, ye awak yang baca entry ini, kami dah tahu siapa punya kerja semua ni, yang dengki dengan kami, yang tak sanggup nak tengok saya menang di Tourism Awards tu, tahu awak SIAPA, tapi kami bukan jenis busuk hati macam awak!.

Sekian!

– Berani kerana benar!