Di Penghujung Trimester Pertama

Salam, syukur alhamdulillah saya semakin mendekati Penghujung Trimester Pertama, apa yang saya boleh katakan disini 1st Trimester Yang Sangat Mencabar bagi kandungan saya yang ke 3 ini, sebelum ini semasa mengandungkan anak pertama dan kedua saya sangat aktif dan tidak mengalami alahan yang teruk pada Trimester yang pertama.

1st trimester pregnancy

Apa pun syukur kerana nampaknya 2-3 hari ini kesihatan saya semakin baik, semoga semuanya baik-baik sahaja sehingga saya melahirkan baby ke 3 ini, insyaallah , mabuk alahan semakin berkurangan, morning sickness dan nausea yang teruk saya alami sebelum ini tidak ada lagi, cuma kadang-kadang sahaja berasa tekak loya.

Alahan dan mabuk teruk yang saya alami seperti di bawah, seronok pulak nak listkan kat sini, eeeee enjoy rasanya menaip entry ni, alhamdulillah syukur.

1. Demam

Saya mengalami mabuk dan alahan yang teruk sehingga saya demam seminggu, bacaan suhu sehingga 40 darjah, cuba bayangkan betapa panasnya!

2. Morning Sickness

Morning Sickness yang sangat teruk, pagi-pagi lagi dah berkampung kat tandas, sampai sakit-sakit tekak dan perut dibuatnya, sebelum ini semasa mengandungkan anak pertama dan kedua saya tidak mengalami Morning Sickness, hihihi caya tak?, saya sangat aktif, tapi kali ni berlainan sedikit.

3. Nausea (loya/mual)

Nausea yang berpanjangan, nampak makanan ke minuman ke, tengok orang ke, apa-apa je mesti rasa loya nak muntah, pelik tapi benar, dan kandungan kali ini baru saya rasa loya yang teruk, nak muntah pulak jenis tak boleh nak tahan, kat mana-mana je boleh terbabas huhuhu, mujur juga kalau saya dah rasa tak boleh nak tahan tu bersiap sedia tutup mulut dengan tangan, perghhh tak boleh nak tahan-tahan wooo.

4. Bau

Tang bau ni rasanya ramai wanita yang mengandung alah pada bau, tetapi ada juga yang maintain takde alahan langsung, ok saya sangat alah pada bau-bauan, terasa hidung semakin sensitif, bau ayam goreng memang saya tak boleh nak bau, kat situ juga saya nak termuntah kehkehkeh, oh ye bau nasi panas-panas pun saya tak boleh nak bau, busuk sangat hahahahaa, tapi sekarang alhamdulillah dah boleh makan nasi siap bersambal belacan lagi hehee

5. Batuk

Saya mengalami batuk yang teruk, sangat-sangat TERUK, sampaikan saya menangis-nangis tak selesa dek batuk yang saya alami, dah pergi ke klinik tapi doktor tak berani nak bagi ubat batuk sebab katanya time tu tak sesuai, dan kali ke dua saya ke klinik di kampung (balik kampung en.hubby), doktor bagi ubat batuk tapi dalam dos yang bersesuaian dengan wanita mengandung, ok happy dapat ubat batuk tersebut, tapi bila dah 2-3 hari makan takde apa-apa perubahan saya terus stop ambil sebab takde perubahan pun, walaupun dos yang diberikan tak tinggi tapi saya masih risau nak abil ubat batuk, kalau boleh elakkan saya cuba elakkan, tapi batuk berpanjangan pun tak elok juga untuk kesihatan kan, batuk juga salah satu ancaman kepada keguguran, nauzubillah minta dijauhkan, amin…, dan syukur batuk kini dah beransur baik, cuma ada sedikit-sedikit sahaja, tak teruk macam sebelum ni, alhamdulillah syukur sangat Ya Allah.

6. Sakit Badan

Sakit badan yang melampau di bahagian belakang, abis lenguh satu badan, nak kata buat kerja rumah tak juga sebab adik yang tolong-tolong buat kerja rumah, memasak, jaga anak-anak heeeee, makasih adik!, yelah time ni hubby takde sebulan, dia outstation ke Terengganu.

7. Hilang selera makan

Dah semua benda pun tak boleh kan, nak makan apatah lagi, memang hilang selera makan, sebelum nak makan segala benda nak teringin makan, bila dah dapat tu tak boleh masuk ke tekak lah pulak, makan sesudu tapi muntahnya lebih dari sesudu kehkehkeh, sekarang alhamdulillah boleh SANGAT dah nak makan heheee

8. Mabuk Laptop/DSLR

Percaya tak kalau saya cakap saya mabuk pada laptop dan dslr sepanjang saya dalam 1st trimester ni?, saya langsung takde keinginan nak on laptop ataupun ambil gambar dengan menggunakan DSLR, padahal kedua2 gadget tersebut memang dan sinonim dengan saya hihihihi, saya cuma online kadang-kadang dari BB dan iPhone je, tak percaya selak aje entry-entry saya sebelum ini, tengok berapa kekerapan saya update blog hihihi.

Itu jelah kot yang paling teruk saya alami pada 1st Trimester kandungan kali ke 3 ini, memang sangat luar biasa, tapi pengalaman inilah yang paling manis bila dikenangkan semula, terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu, tak sabar rasanya ingin melihat seorang lagi khalifahmu di muka bumi ini, semoga kandunganku di perlihara dan diberikan kesihatan tubuh badan, amin Ya Rabbal Alamin.

– Lama tak menaip panjang-panjang 😀

 

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Di Penghujung Trimester Pertama”

  1. ada jgk senarai mabuk laptop ye kak.. ingatkan zie sorang jer alami sindron mabuk tgk skrin pc/laptop sbb bila zie buat entry hari tu ramai yg heran..hihihi… mmg sindrom utk sesiapa yg bergelar blogger yg pregnant kot 😉 … Apa pun jaga diri baik2 yer..

    1. Ramai kawan2 yang bila preggy mesti alah pada laptop, tu yang blog pun tak update, keje nak terbaring je kan heheee..

      Terima kasih Zie, samalah take care yea 😀

        1. blogger hebat mabuk laptop memang pelik.. haha..
          tapi betul gak tu, baby dalam kandungan tu nak mak dia rehat dari laptop jap tu.. hehe.

  2. hee! tang yang paling last paling rare kak yan:)
    ape-ape pun nik doakan semoga kak yan baik2 je sampai ke penghujung trimester ke3 dan deliver nanti:)

    1. Salam Nik,

      Ye macam susah je nak percaya mabuk laptop/dslr hihihi, kalau akak on pun kan akak tak duk dpn laptop tu, on lepas tu off kehkehkeh macam no point plak on laptop kan..

      Insyaallah, terima kasih doa untuk akak 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.