Eyriqazz vs Denaihati Apa Kata Yanmie?

Salam, hiks yang sebenarnya saya kena paksa join Contest Eyriqazz Vs Denaihati ni hahahaaa, seganlah nak masuk sebab blog tak hebat mana pun nak main SEO ni, lebih-lebih lagi blog ni dah jarang nak update, plus hari tu kena google slap *sakit tau!* heeee~

Eyriqazz vs Denaihati

Tapi demi tidak menghampakan Sahabat baik, saya join jugalah contest ni, saya tau dia saje nak kenakan saya, HAHAHA sabar jeler, tapi sejujurnya saya enjoy masuk contest ni, sebab dapat “mengata”  Eyriqazz dan Denaihati, bukan senang dapat peluang macam ni.

Saya tak nak sentuh dari segi teknikal blog, sebab blog saya sendiri pun banyak yang perlu diperbaiki, apa yang saya nak sentuh disini iaitu saya kagum dengan mereka berdua ini, mempunyai cara yang tersendiri didalam dunia blogging, dan mempunyai pembaca serta peminat sendiri, pendek kata takde entry SEO pun ada je trafik ribu riban masuk, tak caya tengok saje useronline di blog mereka ^___^

Saya kenal dahulu Eyriqazz *secara maya*, maklumlah dia ni ala-ala anak ikan emas nuffnang juga, buatlah entry mengutuk nuffnang sampai pedas macam tergigit cili api, dia still juga stay dengan nuffnang, mana nuffnang tak sayang dia kan *korang patut contohi* heheee, tapi kan time tu segan nak tegur, saya pun dah lupa macam mana mula-mula boleh bertegur dengan dia nnnggee~

Denaihati pulak saya mula kenal masa beliau buat Contest Hidup Berani Untuk Gagal, time ni contest ni memang ngetop giler lah, yang join pun ramai, tapi saya takde luck sebab saya masuk suka-suka aje, nak rasa macam mana seronoknya join contest kehkehkeh.

Lepas dari Contest Hidup Berani Untuk Gagal, saya cuba lagi masuk contest-contest yang dianjurkan oleh beliau, sejujurnya saya katakan disini, setiap contest yang dianjurkan oleh denaihati memang lain dari yang lain, mencabar dan menyeronokkan, dan part yang kurang tak best sebab dia suka orang tertunggu-tunggu hahhhaa, *kejam tahu tak?*

Dannnnnn…..yang paling best, ehemmmm kalau nak dikira-kira dan di congak-congak ler kan, banyak juga yang saya dah dapat dari blog beliau, jap…jap…saya kira ek….kikikiki…alamakkk tak terkiralah, ok saya listkan ye.

acer aspire one

Saya menang Acer Aspire One dari Denaihati untuk Top Link Referer Sepanjang Tahun heee~

ipad2

Alhamdulillah Menang iPad2 pulak dari denaihati dan eQurban untuk Contest iPad2 Malaysia

iphone 4s

Alhamdulillah Menang iPhone 4s Dari Contest Gadget Impian juga dari blog denaihati

ringgit malaysia

Saya juga dapat hadiah yang tidak disangka-sangka dari beliau, rezeki blogging saya dapat RM500, rasa macam mimpi je dapat duit RM500 dari beliau kikikiki, terima kasih sangat-sangat.

Yang sebenarnya banyak lagi hadiah wang ringgit yang saya dapat dari blog beliau, kalau korang pembaca setia blog denaihati mesti korang dah biasa tengok nama blog ni naik di blog beliau *perasan hahaha*, cuma lately taknak menonjol sangat sebab dah ramai yang warning suruh bersara dari join contest di blog denaihati, *kejam mereka itu, hahaha*, tapi saya degil join juga sebab nak support contest rakan-rakan kan.

Alamakkkk rasanya macam meleret pulak cerita pasal denaihati ni, heemmmmm namapun Eyriqazz Vs Denaihati kan, kita tengok siapa yang kena dalam entry ni, tapi macam lebih kepada denaihati pulak hemmmm, maybe sebab saya rasa saya lebih rapat dengan denaihati, *eyriqazz jangan kecik hati*, takpun maybe sebab saya selalu bertukar-tukar pendapat dengan denaihati plus dah pernah jumpa 5 kali *siap ingat balik tu haha*, pertama kali jumpa dia tak mengaku dia denaihati hahahaa *kejam ok!*

bersama blogger

Dan Eyriqazz pulak pertama kali saya jumpa masa Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa Bloggerdi Hotel Equatorial Bangi, dan kali ke 2 semasa Majlis Sepetang Bersama Blogger. Pertama kali jumpa tu dia yang tegur dulu, hiks cam juga dia ye hahahaaa, sekali jumpa dah riuh macam dah kenal 10 tahun *sila jeles*.

Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Saya bersama denaihati iaitu En.Amir Hassan, perjumpaan kali ke 4 di Majlis Sepetang Bersama Blogger, terima kasih untuk hadiah diatas, saya juga dapat 1 bahagian lembu untuk Top Affiliate Equrban *tak sangka*, oh yea dan iPhone 4s tersebut nnggee~.

Sebenarnya apa yang saya ingin katakan disini, nak berjaya tak susah mana pun kalau kita sentiasa ada rasa ingin berusaha untuk berjaya, jangan takut hidup berani untuk gagal, saya yakin kedua-dua sahabat saya ini Eyriqazz Vs Denaihati melalui banyak proses untuk berjaya seperti hari ini.

Rasanya entry ni dah melarat kot, kalau ikutkan hati nak menaip lagi panjang-panjang, idea masih ada ni, tapi hari dah lewat malam, besok pagi saya ada appointment di klinik, so takat ini sahaja lah ye, untuk anda berdua, teruskan blogging dan semoga sukses selalu.

Entry ini BUKAN lah entry penyertaan dari saya, entry ini sebagai tanda sokongan kepada Contest Seo Eyriqazz Vs Denaihati, good luck kepada rakan-rakan yang menyertai contest ini, kalah menang adat bertanding tapi ketahuilah dengan contest-contest macam ni lah kita dapat belajar sesuatu yang baru, yang bestnya dapat kenal ramai rakan walaupun sekadar rakan maya.

– Besok-besok kalau jumpa diorang dia ni, suh buat gusti lengan Eyriqazz Vs Denaihati pun best haha…

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

45 thoughts on “Eyriqazz vs Denaihati Apa Kata Yanmie?”

  1. haha, dulu 1st masuk blog eyrizz tu ingat blog korea mana la. tup2 la lebih kurang otai otai ni semua 😀
    saya pun tengok dulu la nak join ke tidak, lelaki kacak tu tak terjoinnya..kehkeh *rasa malas nk join contest, ada cadangan 🙂

  2. Assalamualaikum..

    Dahsyatnya awak ni.. Walaupun entri suka-suka dapat duduk page pertama..

    Tentu blog awak mempunyai SEO yang mantap.. Ni rasa nak belajar dengan awak cara memantapkan SEO blog.. Harap sudi beri tunjuk ajar..

    TQ..

  3. Bagus juga kak yan tak join mungkin ada peluang nak menang ni.. tapi dalam mimpi jelah.. hehehe..

    Kenapalah kak yan tak join.. saya tunggu-tunggu juga kakyan, ariffshah dan otai2 SEO lain join nak curi-curi skill SEO dia orang ni.. hehehe.

    Memang bagus contest macam ni. sebab secara tak langsung kita belajar sesuatu.. betul tak?

  4. Dulu Denaihati boleh dikatakan hanya orang terdekat sahaja yang kenal seperti Ariff Shah, Anarm – lepas dipertontonkan video Toshiba tak silap saya, baru kenal encik Amir ni haha

    Apa pun semoga berjaya buat Kak Yan. banyak sudah hadiah yang Kak Yan menang ye, best! Kak Yan pun ada pembaca setia, user online mantap je setiap waktu hehe

    1. Ta target pun untuk menang, blog saya ada problem sikit dengan google, baru sembuh dr google slap so amik masa nak maintain balik kehkeh, lagi pulak ni bukan entry penyertaan, ni entry sokongan pada contest tersebut 😀

      Good luck ye titan 🙂

      1. boleh menang punya. blog ni mesra seo. twist sikit aje..buat 2-3 artikel aje dah cukup lepak kat first page search engine google tu. hoho..

    2. hahhaa..kan Titanm kan…tak menang juga tak tahu lah camner…blog cikgu dah habis ranking dah…tak tersenarai langsung dah dalam google rasanya untuk keyword ‘Eyriqazz vs Denaihati”..hahaha

      1. Mesti DH menang sebab dia sponsor.. X menang kalu.. semua owg x dapat..Ahaks.. Terbaik lar kak yan.. cuma tambah support sikit aje mcm bro titan cakap… (jack nih.. mintak ilmu ckit leh???)

Leave a Reply

Your email address will not be published.