Salam, yeayyy akhirnya dah merajinkan diri pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang untuk membuat buku merah atau lebih dikenali sebagai buku ibu mengandung. 5 tahun juga tak ke klinik mengandung ni heheee, kali ni nampaknya makin keraplah saya berkunjung ke klinik kesihatan ni, insyaallah.
Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang ni takdelah jauh manapun, dalam 5 minitlah dari rumah kalau naik kereta, bersebelahan sahaja dengan Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang, lepas check up boleh gi shopping hahahaha.
Parking pun senang sebab banyak parking yang disediakan.
Ada banyak bahagian dalam klinik kesihatan bandar botanik klang ni, dan sudah semestinya saya ke bahagian Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, mula-mula sampai kat sini, fuhhh ok serius suka sangat dengan suasananya, dengan warna hijau yang mendamaikan, serius boleh tenang dibuatnya kikiki, hilang stress menunggu giliran ekeke.
Hahhhhh siapa kata sunyi je klinik ni? sebab ramai yang komen kat entry “Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak” kata mereka nampak sunyi je kaunter tu kehkehkeh, so gambar atas tu adalah gambar depan kaunter pendaftaran, so tengok ler ramai ke tak? nnggeee~
Ni bahagian Makmal, nampak sunyi kan? tapi depan kaunter ni ramai yang menunggu kehkeh, tu gambar kaunter je heeee~, kat makmal ni tak lama pun menunggu, memandangkan saya baru buat buku merah ni, so macam biasa kena ambil darah dan cek air kencing, dan serius tak menunggu lama pun, ok kagum 😀
Yang ni bahagian farmasi, memang pergi je terus dapat ubat, takde nak tungu-tunggu dah sebab time ni takde orang, yelah sampai sini pun dah tengahari, orang sibuk nak lunch, lepas pukul 2 petang meriah semula agaknya, tapi seminggu lepas tu, datang pagi dan nampak ramai juga patients.
Kaunter Pendaftaran untuk pesakit luar, erkkk saya pun tak pasti nggeee, ampun~, tak ramai kan? sebab time ni lunch, dalam pukul 2 petang meriah ler semula.
Ok dah buat, dah jumpa doktor buat pertama kali di klinik ibu dan anak ni, Doktor cakap tekanan darah saya rendah dan badan kurang air sob…sob..
Sedikit Info untuk membuat Kad Merah / Kad Ibu Mengandung :-
1. Bawa Ic Original Isteri & Suami
2. Sijil Nikah
3. bawa buku mengandung terakhir sekiranya pernah mengandung dahulu, agar senang jururawat semak semula sejarah kehamilan yang terakhir.
– doktor ada scan baby, eeee seronok sangat tau coz time doktor scan perut tu, baby tengah gerak guling-guling hheeee, tapinyaaaa saya masih belum rasa lagi gerakan baby, insyaallah sedikit masa lagi, yeayyy!!
kat sini ada klinik pergigian ke? nak pegi yang atas bukit tu jauh pulak dari bandar botanik ni.
Salam.dkat sne ade tmpt scan skali ye?bergambar ke tak?rm bpe?
kat bahagian makmal tu ada perkidmatan test ape je???????
salam…kak boleh sy tau hari ape untuk wat check up ibu mengandung kt klinik ni?
sy bru pindah kt taman sri andalas…
Memang bagus klinik ni..selesa..si ibu pun tak stress..hehe
pernah lalu kat depan KK ni…memang besar…cantik dan moden…
Bila nak tengok lagi kad merah ni ye 😛
Klinik kerjaan ya , tapi nampak lain sangat dah ..tk mcm klinik kerajaan biasa
betul2…. suasananya nampak macam klinik swasta dah ni 🙂
Lama tak tengok buku merah ni. alhamdulillah service terbaik macam ni.
cantik klinik kesihatan klang ni
Cantik & kemas jer…
1st time tengok dalam dia.. kk ni dekat dengan rumah saya.. =)
Pernah nampak masa nak g ke jj dulu. heeee cantik suasannya =P
Kad merah…wifey takde…hik3…
Cantik gambar2 yang kak yan amik..jealousss…
x kena marah yer.. sya dulu dtg usia kandungan 3 bulan pun kena marah sbb misi kata dah lambat.. ngeeee… sya x pnh lg smp klinik ni tp tgk gambar ni mcm best je..x sama mcm klinik kesihatan bukit kuda tu.. aduyaiii lg sesak rasanya. parking pun terhad.. 🙂
Dr tak marah ker baru nak dtg check? he3..
Doktor ok je hihihi, tapi risau gak time tu, tapikan doktor dan misi2 kat tempat ni baik dan peramah pulak tu 😀
Wah.. Cantik lagi KK nya. Pasti ini KK baru.
Dulu pernah terlibat dalam projek KK tp sebelah sabah. Hehehe..
KK = Klinik Kesihatan
oh yeker? sabah area mana tu?
Besar betul klinik ibu dan anak ini.
Ini adalah klinik kesihatan, dalamnya ada klinik kesihatan ibu dan anak, tapi memang besarlah, puas hati menunggu coz boleh sambil cuci mata tengok ragam orang heheee, berbanding sebelum ini pernah ke klinik ibu dan anak di sri rampai KL, kecik je, sesak nafas duk lama2 dalam tu heeee 😛