Salam, syukur alhamdulillah segala urusan dan perjalanan kami semasa Percutian Ke Pulau Langkawi beberapa hari lepas berjalan dengan lancar, Kami pergi bertujuh, saya sekeluarga, Mak Ayah Mertua dan Adik Ipar. Flight dari LCCT ke Langkawi sepatutnya dijadualkan pada 5.20PM, tetapi delay 2 kali, hemmm takpelah tak jadi masalah bagi kami, cuma geram sikit aje nnggeee, apa pun kami enjoy dengan penerbangan kami bersama Air Asia.

lcct

Sehari sebelum penerbangan, saya dah buat Air Asia Web Check In, so senang sikitlah takde nak penat-penat beratur nak check in kat kaunter tu, lagi pulak kalau check in kat kaunter kena caj lagi kehkehkeh. So dah buat cek in web tu tinggal lagi bawa aje boarding pass yang dah di print ke kaunter untuk pengesahan dokumen dan untuk mendapatkan no gate pelepasan.

air asia

Sesiapa pun boleh terbang~

air asia

En.hubby dan Abang Ngah nak naik dahhh

air asia

Ayah, Mak dan Abang Long, semua nampak happy, yeay~

air asia

My En.hubby ^___^

air asia

Abang Ngah sibuk nengok gambar aje~

air asia

Ok terbang~, kami sampai di Langkawi dalam pukul 8 lebih kot dan di jemput oleh Mitsubishi Grandis 😀

– Later saya Update lagi, memang banyak nak entry ni heheee ^___^