Salam, alhamdulillah hari ini cukup seminggu kita berpuasa, syukur diberi peluang untuk berpuasa ditahun ini, pada bulan puasa ini jugalah pastinya ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil sibuk mengajar/melatih anak-anak berpuasa, saya sendiri tak terlepas dari melihat Ragam Anak-anak Berpuasa, memang syiok!
Baru-baru ini Aiman dan Haziq berjaya puasa penuh sehari, seronok sangat tau, manakan tidak berhari-hari juga diusahakan agar puasa tak terbatal, dah akhirnyaaaa heeeee alhamdulillah, dan sebagai seorang ibu sudah tentunya saya gembira apabila mereka berjaya melalui hari yang penuh cabaran bagi mereka hahahahahaa.
Antara Dialog Abang Long (6 tahun)
“Ibuuuu….nak makannnnn, lapar sangat”
“Ibuuu…nak minum sikit jeeee plissss”
“Ibuuu…tolonglah nak pengsan dah ni” (tinggal setengah jam nak berbuka)
Ini antara dialog dari Abang Ngah (5 tahun)
“Ibu…nak minum, hauslahhhh”
“Ibu….nak makan coklat sikit je boleh?”
“Ibu…Angah penat sangat, pening rasa nak muntah, rasa nak mati”
“Ibu…tadi Angah pengsan kat sofa” (Pedahal tidur…hahahaa)
Sebenarnya banyak yang kita boleh buat bagi mengalih perhatian anak-anak pada makanan, contohnya ajak bersembang perkara yang mereka minati, hargai usaha mereka dalam menempuhi cabaran berpuasa contohnya dengan memberikan hadiah agar next time mereka ingin berpuasa lagi.
Sejujurnya dalam hal sebegini ibu bapa harus kuat, memanglah kita kesian dengan anak-anak kan, tapi dari seusia beginilah kita harus melatih anak-anak untuk berpuasa, setakat ni banyak puasa mereka yang terkantoi sekitar pukul 2-3 petang baru buka, dan semalam pecah rekod puasa penuh sehari nnggee~, syabas anakku!
– Jom kongsikan ragam anak-anak anda berpuasa pulak bagaimana?
anak saya yg umur setahun lebih ni pon dh pandai meragam dan byk songeh. xtau la bila dh umur 5-6 tahun dan nak ajar berposa nnt. hehe
Suka baca entri ni..tinggal komen satu…hahaha
wah,tahniah!! puasa jugak akhirnya.
Anak Sop masih x berjaya puasa 🙂
baru try sehari.. sampai jam 11.30 jer dah minta minum 🙂
tp bila tanya, puasa tak? puasa.. heheheh
heheee anak tu umur berapa? anak2 akak pun lebih kurang juga, tu pun nasib2lah dapaut puasa penuh sehari, lain2 diorang puasa sekerat hari, takpelah ajar slow2 🙂
ooo lagu ni yer cara mendidik anak2 bulan puasa…emm nanti anak besar mungkin cara ni juga yang sy ambil kira…huhuhu
comel sebenarnya tengok budak budak kecil berpuasa. teringat zaman kanak-kanak dulu. kanak kanak lah yang paling semangat time ramadhan dan raya.
Kerenah anaklah yang paling menghiburkan. Oleh itu bersabarlah kalau mereka buat hal yang bukan2 contohnya nak bukak puasa walaupun tinggal setengah jam je lagi. 🙂
Kelakarnya anak kak yan ni. hehe. biasa la tu kan, budak2. baguslah dapat puasa penuh.
dulu2 kecik puasa, mak suruh tidur sbb kiteorang slalu bising nk mkn. haha
Hehe..macam2 ragam anak-anak..kelakar juga dialog diorang yer..tak tahan pengsan tu..hahahaha…
sama lebih kurang dgn anak akk , tp kalau ajak main apa2 ke dia leka .. kang teringat dia merengek balik .. hahaa
yg x tahan nk mati tuh..heheh
anak saya pun tengah belajar berpuasa..
mmg macam-macam ragam..
anak kucing jiran saya tak puasa!
hahah bab pengsan tu yg tak le tahan
syabas buat anak kak yan
haha..ada yang menangis semata2 menahan makan n minum.bagus anak kalau dah pandai berpuasa sejak kecil 🙂
Aduhai kelakar betul telatah anak-anak Yanmie. Teringat akan kepada anak-anak saya ketika mula-mula berpuasa dahulu. Itu belum lagi lauk-lauk yang bergoreng tiba-tiba berkurangan. Seorang pun tak mengaku tapi mulut masing-masing berminyak. 🙂
lama dah akak tak rasa suasana macam ni 😀
tunggu cucu naaa
Anak2 kak sya tak puasa pun…lagipun ahmad tak makan macam org lain…menu utama keropok lekor dn roti canai…kesian pula nk suruh puasa penuh…setakat pukul 12 tgh hari je berjaya…
haha anak kakak saudara saya hari tuh tinggal lagi 15 minit je nak buka puasa, dh meraung nak makan. huhu jenuh memujuknya.
Tahniah abg ngah n abg long dah dapat penuh 1 hari. kadang2 nak kena umpan mcm2 juga anak2 ni.
Hurmmm….. Rasa nak mati yang tak tahan …. nanti akak citer gelagat diorang pegi bazar ramadhan….
Anak saya baru belajar berpuasa tahun ni. Sama la dengan anak akak. Macam2 cara dia buat. Tapi oklah kan. Ibu bapa kena latih anak berpuasa dari kecik. Baru diorang tahu agama islam mewajibkan umatnya berpuasa. Dapat setengah hari pun dah ok. Tahun depan puasa penuh pulak
hahah lawak abang longan abang ngah ni… anak buah saya umur 7 tahun, perempuan.cam tu gak kak.. nk minum jek bukn mkn..hahha